Selasa, November 04, 2008

Akhirnya Cobraeite Ekspedisi

Cobraeite Ekspedisi sudah berakhir, aku selamat sampai di Janda Baik pada 17 September lalu. Selama 77 hari di perantauan, aku banyak mengutip pengalaman dan banyak kenangan manis dan pahit telah aku telan.Walaupun ekspedisi ini telah berakhir tetapi laman blog ini akan terus beroperasi. Aku akan terus menulis di blog ini apa yang berkaitan dengan ekspedisi yang telah aku lakukan. Selepas ekspedisi banyak kerja yang akan aku lakukan berkaitannya....

Ahad, November 02, 2008

Sejarah Aku Di Melaka

SORRY... sebenarnya aku dah lama tamat ekspedisi menjelajah semenanjung secara solo dengan motosikal. Aku kembali semula ke Janda Baik (tempat pertama aku singgah) pada 16 September lalu. Ingatkan dah habis ekspedisi aku boleh relek, tapi macam-macam kerja kena buat sampai aku tak sempat update blog ini.Aku kini tengah siapkan skrip dokudrama Cobraeite Ekspedisi. Kisah pengalaman aku sepanjang penjelajah 77 hari itu akan difilemkan. Dalam pada itu...

Jumaat, September 26, 2008

Misteri Bukit Putus

Selepas bermalam di Sri Jempol, pagi-pagi lagi aku dah nak bertolak ke Tampin melalui Bahau, Daripada situ aku terpaksa melalui Bukit Putus. Bukit Putus pun aku tak tahu di mana... tetapi ada orang pesan.. awas kat Bukit Putus. Aku check internet cari info jumpa dalam Malayaonline.net.Forum dalam tu ada macam-macam seperti kata Little_duck:ni my uncle la ni punye cite..balik keje tgh mlm..lalu kt c2..selekoh pertame ok je..kedue,ketige pun ok..sampai...

Isnin, September 15, 2008

Di Batu Kikir Ingat Marang

Dari Kuantan, aku terpaksa bermalam di Temerloh, di rumah sahabat Zuki Yunus. Esoknya aku meneruskan perjalanan ke Negeri Sembilan. Perjalanan melalui persisir Sungai Pahang. Sempat juga aku singgah di Bera.Hari sudah hampir petang, aku berkira-kira untuk singgah menumpang malam di Warisan Homestay di Batu Kikir. Akhirnya aku temui jua Warisan Homestay yang belum pernah aku sampai. Kawasannya agak menarik, tapi hampes.Pemilik homestay itu aku kira...

Mengemis Di Saham Wakaf

Setelah meninggalkan Rantau Abang aku meneruskan perjalanan untuk ke Johor, Melaka dan Negeri Sembilan bagi meneruskan baki ekspedisi aku. Hari hampir petang, menyebabkan aku terpaksa bermalam di surau Pantai Kemasik, Kemaman, Terengganu.Esoknya aku meneruskan perjalanan dan terpaksa menempuh Pahang, sekali lagi. Aku terpaksa singgah di Pahang bagi mencari sumber kewangan kerana modal aku rasa tidak cukup untuk meneruskan perjalanan.Di Kuantan, aku...

Misteri Rantau Abang

Aku pernah ke Rantau Abang, kira-kira hampir 20 tahun dulu. Kini dalam ekspedisi ini aku sempat singgah di berkhemah selama dua malam di Rantau Abang, yang terkenal dengan tempat penyu bertelor.Rantau Abang aku perhatikan tidak seperti dahulu, tempatnya aku terbiar berbanding 20tahun dulu. Aku tiba di pantai Rantau Abang ketika senja baru sahaja berlabuh. Beberapa orang nelayan pantai masih ada di pengkalan mereka berlabuh. Aku minta izin pada salah...

Isnin, September 08, 2008

Sumbangan Amal Cobraeite Ekspedisi

Kembara bermotosikal menjelajah semenanjung Malaysia secara solo yang saya mulai pada 1 Julai 2008 bermodalkan RM70,57 dijangka berakhir pada 16 Semtember ini.Sempena tarikh penutup bulan kemerdekaan (angkat sumpah PM baru kalau jadi) itu saya bercadang menamatkan ekspedisi ini di Pondok Pak Habib, Janda Baik, Pahang yang merupakan tempat pertama saya bermalam bila memulakan ekspedisi ini.Sempena Ramadan ini, saya bercadang untuk melakukan sedikit kerja dan ibadah amal sempenana pencapaian saya menamatkan ekspedisi ini tanpa modal yang besar dan...

Rabu, September 03, 2008

Man Luke Man

MANLUKEMAN adalah orang yang sama dengan nama Mohd Luqman Hakim Ab Rahim. Dia wartawan Kosmo! berprofil tinggi di Kelantan. Dia juga punyai blog sendiri. Sebelum meninggalkan Kuala Terengganu bertolak ke Rantau Abang, aku sempat melayari blog Luqman dari pejabat Ayob Mamat. Rupanya Luqman minat juga dengan kerja gila aku untuk dipaparkan dalam laman blognya. Terima kasih Luqman. Ilebiu somas.Foto di atas dirakam oleh Jurufoto Kosmo Biro Kelantan.Berikut...

Puasa Di Kuala Terengganu

31 Ogos 2008, aku di Kuala Terengganu, setelah melalui jalan pantai dari Kampung Fikri. Di sini aku menghubungi rakan wartawan, Ayob Mamat yang 'satu kepala' seperti aku.Beliau kini lebih hebat dari aku. Bertugas di akhbar Kosmo!, kemudian jadi Presiden Kelab Wartawan Terengganu pula.Ayob datang menjenguk aku di lokasi aku berkhemah di Pantai Batu Buruk, berhampiran pusat bandaraya Kuala Terenganu. Setelah bersembang-sembang dan bertanya kabar beliau...

Merdeka Di Kampung Fikri

Niat dihati aku ingin meraikan malam ambang merdeka ke-51, di Kuala Terengganu. Aku meninggalkan Pantai Irama, Bachok, Kelantan setelah bermalam di situ.Aku bertolak agak lewat petang, setelah waktu paginya aku berkesempatan menikuti program Larian Gemilang Kemerdekaan Ke-51, anjuran Rukun Tetangga daerah Bachok di Dataran Perahu, Pantai Irama.Aku melalui jalan pantai yang beitu mepesonakan pemandangan dengan kampung nelayan dan persisiran pantai...

Khamis, Ogos 28, 2008

Empat Malam Di PCB Kelantan

Di Kelantan, setelah nmelalui perjalanan yang berliku merentasi Lebuhraya Timur-Barat daripada Baling aku berehat dan bermalam di Pantai Cahaya Bulan (PCB) selama empat hari empat malam.Aku terpaksa berehat panjang kerana tangan kanan aku tiba-tiba sahaja sakit. Mula-mula di rasa kebas-kebas, kemudian tiba-tiba tidak berfungsi untuk membuat pergerakkan. Pergelangan tangan kanan itu macam jadi lumpuh, lembik dan terkulai. Aku terpaksa mencari tukang...

Bantuan Di Baitulmal Perlis

Perjalanan yang aku lalui ini bertujuan untuk menyempurnakan kembara arwah ayahanda ku Haji Mohd Hassan Ismail. Pada Usia remajanya, sekitar tahun 1940an, ayahanda ku pernah menjelajah semenanjung denganm berbasikal.Beliau memulakan perjalanan dari Kuala Nerang, Kedah sehingga ke Singapura dan di Kuala Lumpur, beliau dan seorang lagi rakannya tidak mampu mengayuh lagi untuk kembali ke Kedah. Mereka bertolak balik dengan naik keretapi.Hasratnya tidak tercapai, jadi aku bertekad menyudahkan impian ayahanda ku dengan mengelilingi semenanjung. Walaupun...

Cobraeite Ekspedisi de Media

Di Kedah, ekspedisi yang aku lakukan ini mendapat liputan meluas dari pihak media. Antara yang memberi ruang ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Harian Metro, Kosmo dan Radio Kedah FM.Di Kelantan juga begitu, BERNAMA sekali lagi membuat liputan termasuk Kosmo dan Nanyang Siang Pau.Kedah juga merupakan negeri yang paling banyak aku terima sumbangan daripada penaja dan juga rakan-rakan. Terima kasih kepada Sherry Cafe, Persatuan Peniaga...

Jumaat, Ogos 15, 2008

Mengimbau Nostalgia Kedah

Hampir dua tahun tidak menjejak kaki ke negeri kelahiran aku, Kedah, sejak aku bertugas sebagai wartawan di Kuala Lumpur. Ekspedisi ini memberi kesempatan aku singgah di kedah dan nostalgia bertugas dengan BERNAMA selama hampir lapan tahun di Kedah mula terbayang.Rakan-rakan wartawan aku, masih seperti dulu tidak berubah. Josmani, Fazil, Zaid, Shah dan beberapa rakan lagi masih ada kemesraan. Aku rindu mereka dan juga Kedah.Aku sempat pulang bermalam...

Selasa, Ogos 12, 2008

Pak Manap Bukit Gantang

PAK MANAP tidak aku kenali sebelum ini, beliau juga tidak mengenali aku secara mendalam sebelumnya. Tapi aku tabik kepada Pak Manap, tanpa banyak soal dan bertanya asal usul aku, beliau terus membenarkan aku bermalam di chaletnya yang terletak di kawasan dusun Bukit Gantang.Aku tiba di rumahnya, sewaktu Magrib dengan bantuan salah seorang penduduk kampung Abdul Rahim yang aku temui di Hentian Sebelah Bukit Gantang. Aku nyatakan tujuan dan ekspedisi...

Sabtu, Ogos 09, 2008

8.25 Ekar Untuk Orang Asli

Oleh MATTT NAZRIEE HASSANKAMPUNG CHANG, Bidor (9 Ogos 2008): Kerajaan Negeri Perak pada dasarnya bersetuju untuk mengurniakan 8.25 ekar tanah kepada masyarakat Orang asli di negeri Perak, sebagai tanah hak milik tetap mereka.Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ngeh Koo Ham berkata dengan adanya tanah milik sendiri dengan ada geran tanahnya, masyarakat Orang Asli boleh mengusahakan tanah itu secara tetap dan mengusahakan hasil pertanian secara...

Jumaat, Ogos 08, 2008

Baiknya Semai Kg Chang

Kini ekspedisi aku hampir mencapai matlamat. Setakat ini sudah empat negeri aku jelajahi. Bermula negeri pertama Pahang, aku ke Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak.Di Perak bermalam di penempatan Orang Asli, Kampung Chang dekat Bidor adalah sesuatu yang menarik. Aku ke Kampung itu secara tidak dirancang. Aku singgah di hentian sebelah Ladang Bikam untuk menanak nasi bagi mengalas perut.Masak nasi di kawasan ladang kelapa sawit. Seorang pekerja...

Khamis, Ogos 07, 2008

Malaysia’s Indigenous People

By Matt Nazriee HassanKAMPUNG CHANG, Malaysia: Just before Semah Ah Yin’s great-grandfather Atok Mawai died, he asked that his body to be left by a nearby waterfall so it could to be carried away by a flood to his next life. The waterfall and river in northern Perak state, where he performed ritualistic ceremonies, became a sacred site for the indigenous Semai people living in nearby Kampung Chang village. It marks the boundary of lushly forested...

Tidur Di tapak Mayat

Aku sendiri pun tidak sangka, selama dua malamm aku berkhemah di Hutan Lipur Kanching dekat Rawang, rupa-rupanya tapak perkhemahan aku betul-betul di kawasan tapak mayat wanita yang mati dibunuh.Tapi, syukur kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku. Cuma yang aku sedari pada pagi aku mahu meninggalkan tempat itu, aku ternampak colok dan lilin yang mungkin digunakan untuk 'menurun' nombor ekor.Aku lantas teringat, pada malamnya sewaktu aku memandang...

Selasa, Ogos 05, 2008

Apa-Apa Kontek Omar Din

Aku terpaksa mengubah strategi, daripada Pahang kembali ke Wilayah Persekutuan, Selangor dan kemudian ke utara tanahair. Cadangan asal selepas Pahang aku terus ke Kelantan dan Terengganu.Di Kuala Lumpur secara kebetulan aku terserempak dengan Mahaguru dan juga pengasas Seni Silat Lincah, Datuk Omar Din Mauju. Aku agak rapat dengan Omar Din yang aku panggil ayahanda.Beliau seolah-olah tidak gembira kerana aku tidak memberitahunya lebih awal tentang...

Jumaat, Ogos 01, 2008

Laksa Di Pulau Chekas

ULU DONG ada pakej untuk menarik pelancong. Selain perkampungan yang damai di Ulu Dong terdapat tempat rekreasi yang menarik seperti Pulau Chekas dan Lata Jarum.Kerana mahu menghayati kedamaian di Ulu Dong aku mengambil keputusan untuk berkhemah selama dua malam di Pulau Chekas. Aku gunakan khemah yang UNCLE bagi, untuk aku gunakan sepanjang kembara ini.Sekarang musim buah,durian tengah gugur. Ulu Dong terkenal juga dengan duriannya dan juga lain-lain...

Rabu, Julai 30, 2008

Antara Dong & Ulu Dong

Seorang rakan mencadangkan aku ke Dong, untuk bertemu wakil rakyatnya Datuk Shahiruddin Ab.Moin. Aku pun belum pernah sampai ke Dong dan tidak tahu di mana lokasinya.Dalam perjalanan dari Lancang melalui mempaga untuk ke Dong, aku bertanyakan penduduk tempatan arah untuk ke Dong. Tetapi ada di antara mereka tidak pasti di mana tempatnya. Penduduk Pahang sendiri tidak tahu Dong, apatah lagi aku. Ini menguatkan semangat aku ke dong.Kebetulan di Dong,...

Khamis, Julai 24, 2008

Dari Jerantut Ke Kuala Krau

Paginya, setelah bermalam di Jerantut, rumah seorang kenalan lama, Karim Mat Noor, aku bergegas ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerantut untuk mendapatkan tandatangan dan cop rasmi pejabat itu untuk buku log ekspedisi.Perjalanan kemudian menuju ke Kuala Krau, ke Pusat Khidmat ADUN di situ. Pekan kecil Kuala Krau aku sampai sejam kemudian dan tidak perlu berlegar puas untuk mencari Pusat Khidmat ADUNnya. Bertemu jua akhirnya, dalam pejabat itu terdapat...

Rabu, Julai 23, 2008

Sahabat Bukit Kelulut

ZUKI YUNUS, dengar namanya persis orang muda, tapi beliau orang lama yang banyak pengalamannya. Zuki juga sahabat lama aku, hampir 10 tahun aku tidak bertemu muka dengannya.Ekspedisi ini menemukan aku kembali dengan Zuki. Beliau orang lama dalam bidang kewartawanan. Rasa-rasa aku, lebih 30 tahun beliau menulis. Kini beliau sebagai Pemberita Daerah BERNAMA di Temerloh.Aku tabik dengan Zuki, dengan kesihatannya yang tidak begitu selesa beliau masih...

Isnin, Julai 21, 2008

Semalam Bersama Jakun

Dari Temerloh aku meneruskan perjalanan dengan penuh tekad untuk ke destinasi seterusnya. Aku sendiri tidak pasti destinasinya. Tapi aku menuju ke arah Kuantan. Dalam perjalanan aku berkira mahu saja singgah di Maran dan bermalam di situ. Namun hujan yang turun dan hari hampir senja menyebabkan aku singgah di sebuah perkampungan kecil.Pada mulanya aku kira perkampungan haram yang diusahabina oleh pendatang asing. Rupa-rupanya ianya sebuah perkampungan...

Jumaat, Julai 18, 2008

Restu ADUN Lancang

Walaupun blog ini agak lama tidak dikemaskini, tetapi perjalanan ini pasti diteruskan. Aku menghadapi beberapa masalah dalam kembara ini. Aku terpaksa melepaskan peluang mencari pengalaman di Kuala Gandah kerana masalah-masalah yang tidak aku duga hebatnya.Bagaimanapun ada juga sesetengah pihak yang mempertikaikan ekspedisi yang aku jalani ini. Ada juga yang ragu-ragu. Tiada apa yang untung dari segi imbuhan ataupun kewangan yang dapat aku cari dalam...

Jumaat, Julai 11, 2008

Beruang Rusa Bukit Rengit

Ramai yang tidak tahu berhampiran Kuala Gandah terdapat sebuah kawasan eko-pelancongan yang menarik iaitu taman rusa serta beruang jinak di Bukit Rengit yang sedia menanti kedatangan pelancong. Aku sempat meninjau tempat itu seketika waktu. menarik sekali.p/s: minta maaf kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, blog ini tidak dapat dikemaskini mengikut jadual.HENCE TO INTERACT WITH ROAMING ANIMALVISITORS can expect a unique experience at Deerland...

Isnin, Julai 07, 2008

Cabaran Pertama Ekspedisi

Aku betul-betul teruja. Inilah cabaran pertama yang telah aku lalui dalam ekspesdisi ini. Tiga hari aku terpaksa meninggalkan Kuala Gandah tanpa kakitangan di situ tahu ke mana aku pergi. Aku terpaksa. Bukan sengaja mahu menghilangkan diri. Mulanya aku ke Mentakab dari Kuala Gandah untuk memperbaiki dan servis motosikal yang menjadi teman aku dalam ekspedisi ini (lihat gambar sebelah, minta maaf Zelmet terpaksa krop muka kau, kerana nak tunjuk motosikal...