Rabu, Julai 23, 2008

Sahabat Bukit Kelulut


ZUKI YUNUS, dengar namanya persis orang muda, tapi beliau orang lama yang banyak pengalamannya. Zuki juga sahabat lama aku, hampir 10 tahun aku tidak bertemu muka dengannya.

Ekspedisi ini menemukan aku kembali dengan Zuki. Beliau orang lama dalam bidang kewartawanan. Rasa-rasa aku, lebih 30 tahun beliau menulis. Kini beliau sebagai Pemberita Daerah BERNAMA di Temerloh.

Aku tabik dengan Zuki, dengan kesihatannya yang tidak begitu selesa beliau masih gagah mencari berita. Tanpa menggunakan kemudahan era teknologi maklumat yang canggih, beliau mengutip dan menghantar berita dengan telefon sahaja.

Dalam kembara ini, buat pertama kalinya aku terpaksa bermalam di rumah seorang sahabat yang aku kenali. Sahabat dari Bukit Kelulut. Bermalam di rumahnya sungguh menyeronokkan dengan layanan mesra lima bintang. Lebih hebat dari bermalam di hotel lima bintang. Terima kasih Zuki, kita jumpa lagi.

Sebelum di Bukit Kelulut, di Kuantan aku sempat juga bertemu dengan rakan lama dari Utusan Malaysia, Siti Mariam Md Zain. Hampir 10 tahun juga aku tidak bertemu muka dengannya. Beliau aku lihat, agak terharu dengan kembara ini. Banyak memberi dorongan agar aku berjaya.

0 ulasan: