Khamis, Ogos 07, 2008

Tidur Di tapak Mayat


Aku sendiri pun tidak sangka, selama dua malamm aku berkhemah di Hutan Lipur Kanching dekat Rawang, rupa-rupanya tapak perkhemahan aku betul-betul di kawasan tapak mayat wanita yang mati dibunuh.

Tapi, syukur kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku. Cuma yang aku sedari pada pagi aku mahu meninggalkan tempat itu, aku ternampak colok dan lilin yang mungkin digunakan untuk 'menurun' nombor ekor.

Aku lantas teringat, pada malamnya sewaktu aku memandang ke arah pokok-pokok di tepi khemah aku ternampak cahaya merah seakan-akan cahaya mata dari lembaga. Namun aku buat tidak kisah sahaja.

Sebaik mengemaskan barangan untuk menghala perjalanan ke Perak, seorang peniaga makanan di situ menyapa aku dan bertanyakan keadaan di tempat perkhemahan aku.

"Encik ada tak berlaku perkara-perkara aneh semasa berkhemah di situ, seperti orang mandi ke, orang mengilai ke," katanya.

Aku berkata, tiada apa-apa yang berlaku. "Kenapa?," aku bertanya kembali.

"Syukurlah, encik selamat, tempat itu keras tempat encik buat khemah itu adalah kawasan tapak mayat seorang wanita yang kena bunuh, ramai yang lari turun ke sini bila berkhemah di situ," katanya lagi.

Aku meninggalkan tempat itu dengan seribu pertanyaan. Apa benarkah itu?.

Dalam perjalanan ke Perak, dari situ kemudiannya aku singgah bermalam di Rekreasi Ulu Yam selama satu malam.

INFO HUTAN LIPUR KANCHING

Hutan Lipur Kanching terletak di Hutan Simpan Kanching yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan Bukit. Hutan lipur ini juga terletak lebih kurang 2 km dari Templer Park.

Keunikan kawasan ini ialah ianya mempunyai 7 strata air terjun yang cantik. Pada setiap strata air terjun terdapat kolam yang cantik dan sangat sesuai untuk mandi-manda.

Pengunjung-pengunjung boleh juga berkhemah dan menyusur denai hutan sambil menikmati suasana yang hijau di sekeliling air terjun. Kemudahan awam yang disediakan adalah seperti tempat letak kereta, tandas awam dan tempat mandi. Di samping itu tempat ini sesuai untuk aktiviti berkelah atau aktiviti berkumpulan. Plot demostrasi disediakan untuk tujuan pembelajaran.

Maklumat Lanjut:-
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor,
48000 Rawang, Selangor.
Tel. : 03-60916131
Laman Web: www.forestry.gov.my

0 ulasan: