Seorang rakan mencadangkan aku ke Dong, untuk bertemu wakil rakyatnya Datuk Shahiruddin Ab.Moin. Aku pun belum pernah sampai ke Dong dan tidak tahu di mana lokasinya.
Dalam perjalanan dari Lancang melalui mempaga untuk ke Dong, aku bertanyakan penduduk tempatan arah untuk ke Dong. Tetapi ada di antara mereka tidak pasti di mana tempatnya. Penduduk Pahang sendiri tidak tahu Dong, apatah lagi aku. Ini menguatkan semangat aku ke dong.
Kebetulan di Dong, orang yang ingin aku temui ada majlis menyampaikan bantuan untuk anak-anak yatim. Kesempatan itu aku ambil bertemu dengannya dan membuat liputan majlisnya sekali.
Rupanya dong ialah pekan kecil, seperti pekan koboi. Dari situ ke Ulu Dong cuma 14 kilometer. Di Ulu Dong ada tempat rekreasi yang menarik seperti Pulau Chekas dan Lata Jarum. Aku mengambil keputusan untuk meninjau ke Ulu Dong.
ADUN DONG MAHU RAKYAT SUSAH DAPAT BANTUAN SEGERA
DONG, Raub: Rakyat yang susah dan hidup menderita serta memerlukan bantuan hendaklah segera memaklumkannya kepada kerajaan supaya bantuan dapat disalurkan.
Mereka boleh menemui ketua-ketua kampung, penghulu dan pejabat daerah di tempat masing masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong ,Datuk Shahiruddin Ab.Moin berkata kerajaan negeri tidak mahu lagi melihat adanya rakyat negeri ini yang masih menderita dan mengalami kesusahan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Katanya kerajaan tidak akan lari daripada tanggungjawabnya dan akan terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak dan benar-benar memerlukan bantuan supaya mereka tidak terpinggir.
"Kerajaan akan terus membantu mereka yang mengalami kehiduapan yang susah serta menderita ini terutama sekali mereka yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.
"Mereka ini bolehlah juga merujuk kes-kes mereka kepada pihak-pihak lain seperti Pergerakan Pemuda UMNO, Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),atau Majlis Guru Besar (MGB) yang akan sedia membantu mereka serta menyampaikan maklumatnya kepada kerajaan," katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Anak-Anak Yatim bagi DUN Dong di Dewan Serbaguna Dong.
Hadir sama Ketua Penolong Pegawai Daerah, Mohamad Abdul Ghani; Penghulu Mukim Dong, Mohd Nor Abd.Ghani, Penghulu Mukim Gali II, Mokhtar Yaakob; Presiden GPMS Daerah Raub, Mohd Kamal Jamlus dan Ketua Kampung Dong, Mohd Ihsan Hashim.
Pada majlis itu seramai 191 anak-anak yatim menerima bantuan Kerajaan Negeri yang berjumlah kira-kira RM30,000.
Shahiruddin berkata ibubapa hendaklah sentiasa peka akan tanggungjawab serta peranan mereka memberikan pendidikan kepada anak-anak dan jika ada masalah mereka hendaklah menghubungi pemimpin-pemimpin masyarakat di tempat masing-masing.
Kerajaan sentiasa bersedia membantu rakyatnya bukan hanya anak-aak yatim tetapi termasuklah mereka yang terlantar sakit dan uzur, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan lain-lain kerana tidak mahu melihat rakyat negeri ini susah dan menjalani kehidupan yang menderita.
"Ibu bapa-ibubapa tidak semesti lupa akan tanggungjawab kepada keluarga iaitu memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak.
"Gunakan masa sebaik-baiknya dengan berikan pendidikan yang sempurna dan terbaik.dengan memberikan motivasi dan semangat serta cita-cita besar untuk maju pada masa depan", katanya.
Kata Shahiruddin ibubapa perlu berusaha kea rah mencapai cita-cita agar anak –anak berjaya, berilmu serta sedia berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara pada masa depan.
Menurut Shahiruddin lagi kesusahan jangan menyebabkan kita lupa akan tanggungjawab kepada keluarga dan semesti dapat menggunakan masa dengan memberi perhatian bersungguh-sungguh kepada anak-anak.
Katanya kerajaan tidak mahu melihat anak-anak Melayu ketinggalan dan terpinggir atau tercicir dari dunia persekolahan. kerana kehidupan yang susah dan menderita.
México lindo (beautifull)
-
Am I afraid? Of course I am, like everyone else. Fear is good as long as
you have it under control, and don’t let It control you. It helps me stay
aware an...
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan