Aku terpaksa mengubah strategi, daripada Pahang kembali ke Wilayah Persekutuan, Selangor dan kemudian ke utara tanahair. Cadangan asal selepas Pahang aku terus ke Kelantan dan Terengganu.
Di Kuala Lumpur secara kebetulan aku terserempak dengan Mahaguru dan juga pengasas Seni Silat Lincah, Datuk Omar Din Mauju. Aku agak rapat dengan Omar Din yang aku panggil ayahanda.
Beliau seolah-olah tidak gembira kerana aku tidak memberitahunya lebih awal tentang ekspedisi ini. Selepas hampir sebulan aku kembara di Pahang, baru aku bertemu dengannya dan menyatakan tentang ekspedisi yang aku lakukan ini.
Namun aku lihat, dia bangga dengan apa yang aku buat. Beliau cukup berminat dan terus memberi kata perangsang dan mengungkapkan kata-kata: "Jika ada apa-apa masalah di perjalanan terus kontek ayahanda, InsyaAllah bantuan akan sampai".
Beliau kemudian mencadangkan aku supaya pergi berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman templer, Dato' Subahan Kamal sebelum aku meninggalkan Selangor untuk bertolak ke Perak.
Aku kemudian ke pejabat Pusat Khidmat ADUN Taman Templer untuk bertemu Subahan, memang betul kata Omar Din, tidak menghampakan. Terima kasih ayahanda.
Aku sempat meminta Omar Din menulis sepatah dua kata dalam buku log kembara aku. Di sini aku sertakan catatan beliau.
'Saya mendoakan anakanda Nazriee supaya dapat menyudahkan ekspedisi ke seluruh Malaysia dan mendapat pengalaman baru untuk dipaparkan buat tatapan umum'.
-- DATO' HJ OMAR DIN MAUJU.
México lindo (beautifull)
-
Am I afraid? Of course I am, like everyone else. Fear is good as long as
you have it under control, and don’t let It control you. It helps me stay
aware an...
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan