Dari Temerloh aku meneruskan perjalanan dengan penuh tekad untuk ke destinasi seterusnya. Aku sendiri tidak pasti destinasinya. Tapi aku menuju ke arah Kuantan. Dalam perjalanan aku berkira mahu saja singgah di Maran dan bermalam di situ. Namun hujan yang turun dan hari hampir senja menyebabkan aku singgah di sebuah perkampungan kecil.
Pada mulanya aku kira perkampungan haram yang diusahabina oleh pendatang asing. Rupa-rupanya ianya sebuah perkampungan sementara yang dibina oleh masyarakat orang asli dari suku kaum Jakun.
Aku mengenali dengan lebih dekat salah seorang dari penghuni kampung itu. Itam Panjang, namanya. Dia sangat mesra dan begitu lawak orangnya. Terdapat kira-kira tujuh buah rumah yang diperbuat daripada kayu dan buluh di kampung itu. Kerja mereka ialah masuk ke hutan mencari kayu tongkat ali dan dijual dengan harga RM2 sekilogram.
Kebetulan ada sebuah rumah kosong yang ditinggalkan oleh kaum mereka kerana pulang ke kampung asal mereka, aku dibenarkan bermalam semalam di rumah itu.
Tidur berlantaikan buluh, berdindingkan sebahagian daun-daun kayu amat mengasyikkan sehingga pagi.
Keesokkan paginya aku meninggalkan kampung Bukit Gebuk, kira-kira 12 kilometer dari Maran untuk meneruskan perjalanan.
Sesuatu yang aku pelajari semalaman bersama kaum Jakun itu, mereka cukup berdisplin. Bangun pagi sahaja sebelum sarapan terus gosok gigi. Jika anda ikut perangai macam Jakun memang anda seorang yang berdisplin.
México lindo (beautifull)
-
Am I afraid? Of course I am, like everyone else. Fear is good as long as
you have it under control, and don’t let It control you. It helps me stay
aware an...
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan