Rabu, Februari 10, 2010

KASUT INI JAMAL ABDILLAH PUNYA


Kasut ini Jamal abdillah punya. Itulah jawapan yang ku berikan pada rakan-rakan yang bertanya, berapa harga kasut Crocs berwarna biru, yang sering aku pakai untuk ke pejabat. Bukan menjadi kebanggaan ku untuk diceritakan kerana kasut itu dihadiahkan oleh penyanyi tersohor Jamal Abdillah.

Tetapi, sifat pemurah Jamal. Beliau sering bagi begitu saja, baju, seluar dan kasut yang baru dibelinya kepada penghuni-penghuni Rumah Pengasih. Kadang-kadang penghuni itu tidak rapat pun dengan Jamal, tetapi dia ikram (hadiah) juga. Ada kasut dan seluar yang diikramkan itu mencecah ratusan ringgit.

Kasut ini juga menjadi panduan untuk Jamal sama-sama keluar mencari aku, di rumah adik ku, ketika aku meninggalkan Rumah Pengasih suatu ketika dulu. Jika ada kasut itu adalah dia, kata Jamal.

Itulah Jamal Abdillah kini. Tahap kekukuhan spritualnya kini begitu mantap sekali. Solat tidak pernah tinggal. Jika tiada show di mana-mana, Jamal akan sentiasa kelihatan di Surau Ar-Rahman, Rumah Pengasih bila masuk waktu solat lima waktu.

Jamal agak rapat dengan ku. Beliau banyak memberi panduan agar kepulihan ku terus kekal buat selama-lamanya. Beliau juga sering berkongsi pengalaman dengan ku. Bercerita tentang perancangannya masa hadapan, tentang masalah keluarganya, tentang kes-kes mahkamahnya.

Jamal pernah berkata: “Kau tahu aku akan merasa bersalah jika terlibat semula dengan dadah, kerana satu Malaysia akan tahu Jamal Abdillah menagih semula. Tak macam kau dan orang lain, setakat penghuni Rumah Pengasih dan keluarga saja yang tahu, itulah juga adalah antara kekuatan dalam kepulihan ini untuk terus kekal”.

Aku faham, kata-kata Jamal itu. Dia cuba menggambarkan tentang kerisauannya dan kepayahannya menjadi seorang yang di dalam kepulihan berbanding menjadi seorang penagih. Dia merasa amat bersalah kepada rakyat Malaysia dan peminatnya jika beliau terjebak semula.

Kekadang jika ada ruang aku turut ikut Jamal pergi ke shownya di luar. Kagum aku dibuatnya kerana ramai peminat masih menyayangi dia.

Jamal sepatutnya boleh tinggal di luar dan membawa haluannya sendiri, tetapi dia memilih untuk terus tinggal di Rumah Pengasih, kerana aku rasa pasti ada kedamaian dan ketenangannya di sini.

9 ulasan:

JMR berkata...

bestnyer jamal kasi prezen kasot..syukur2..

Unknown berkata...

fulamak jamal siot...best2..tgh tunggu konsert die kat IB..peminat setia nie...hehe

mancai berkata...

salam singgah, jamal still the best... tahniah2 dapat hadiah dari jamal

cobraeite berkata...

tq...tq... kerana ko orang lawat blog aku...

junita berkata...

setiap org perlukan kedamaian dan ketenangan..

cobraeite berkata...

yes..junita, setiap orang juga perlukan kasih sayang dan kegembiraan, anyway... tq

Tim berkata...

Allah duga orang yang kuat semangatnya..so, kuatkan lagi semangat kay and jadi contoh untuk org lain..

zella y berkata...

bf sy peminat jamal..
;)

cobraeite berkata...

tq... kerana bf zella minat jamal... nanti saya sampaikan kat jamal macam tu....