Oleh MATTT NAZRIEE HASSAN
KAMPUNG CHANG, Bidor (9 Ogos 2008): Kerajaan Negeri Perak pada dasarnya bersetuju untuk mengurniakan 8.25 ekar tanah kepada masyarakat Orang asli di negeri Perak, sebagai tanah hak milik tetap mereka.
Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ngeh Koo Ham berkata dengan adanya tanah milik sendiri dengan ada geran tanahnya, masyarakat Orang Asli boleh mengusahakan tanah itu secara tetap dan mengusahakan hasil pertanian secara komersial.
"Kerajaan Negeri Perak menimbang untuk menganugerahkan tanah seluas 0.25 ekar untuk tapak rumah, dua ekar untuk dusun dan enam ekar untuk tanah pertanian kepada setiap keluarga Orang Asli di negeri ini," katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia peringkat Semenanjung Malaysia di Kampung Chang di sini, hari ini.
Katanya, sebelum ini kebanyakkan Orang Asli tidak memiliki geran tanah sendiri walaupun mereka merupakan penduduk asal di negara ini dan setakat ini hanya 110 geran tanah sahaja yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada penduduk Orang Asli.
Bagaimanapun, Koo Ham berkata, pemberian tanah itu akan dikenakan premiun yang rendah dan tidak membebankan yang dimampu dibayar oleh setiap keluarga Orang Asli.
"Kerajaan Negeri kini sentiasa mengambil berat dan mengutamakan kepentingan masyarakat Orang Asli dalam segala hal dan akan menangani segala masalah mereka terutama terhadap pencerobohan tanah adat mereka di beberapa kawasan," katanya lagi.
Kerajaan negeri, katanya, setakat ini telah merezabkan 370 ekar tanah untuk masyarakat Orang Asli di Gopeng dan sedang berusaha mencari kawasan lain pula untuk Orang Asli di seluruh Perak.
Sementara itu, pengumuman Kerajaan Negeri itu disambut baik oleh masyarakat Orang Asli yang hadir di sambutan Hari Orang Asal Seduania di sini tetapi ianya tidak begitu menyelesakan bagi kepimpinan masyarakat Orang Asli di negeri Perak.
Setiausaha Jaringan Kumpulan Orang Asli Perak (JKOAP), Tijah Yop Chopil berharap masyarakat Orang Asli di sini tidak terlalu menaruh harapan dan bergembira dengan pemberian tanah yang dicadangkan kerajaan negeri itu.
"Pada dasarnya masyarakat Orang Asli hidup dalam kawasan atau negeri yang tersendiri, pemberian tanah itu akan menghadkan pergerakan, budaya dan usaha pertanian di dalam lingkungan sempit dan terhad.
"Pemberian tanah itu lebih bersifat komersial atau perniagaan, bukann itu yang dimahukan oleh masyarakat Orang asli," katanya.
Jsuteru,katanya, hasil perbincangan lanjut dengan Koo Ham, masyarakat Orang Asli diminta menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mewujudkan pemetaan di lingkungan kawasan ataupun negeri masing-masing.
Beliau berkata, pemetaan kawasan itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut bagi menyelesaikan pemberian tanah yang dicadang kerajaan negeri kepada masyarakat Orang Asli. -- Cobra Cobraeite.
México lindo (beautifull)
-
Am I afraid? Of course I am, like everyone else. Fear is good as long as
you have it under control, and don’t let It control you. It helps me stay
aware an...
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan