GULA yang berlebihan adalah pencetus kepada pelbagai penyakit. Kenaikan harga gula baru-baru ini membuka ruang kepada orang ramai untuk mengurangkan penggunaannya.
Bagi penggemar kordial ataupun jus buah-buahan, minuman yang dibeli dikedai ataupun pasaraya itu, pastinya mempunyai kandungan gula yang amat tinggi.
Bagaimanapun sebuah syarikat bumiputera di Gurun, Kedah telah berjaya mengeluarkan produk minuman manis tanpa gula yang bakal menjadi pilihan baru minuman seisi keluarga rakyat Malaysia.
Produk minuman keluarannya, dengan jenama ‘Manis Stevia’ hanya menggunakan ekstrak tumbuhan herba stevia bagi menggantikan gula, yang merupakan pemanis semulajadi.
Stevia atau nama saintifiknya ‘stevia rebaudiana’ merupakan pemanis yang rendah kandungan kalorinya dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa.
Usahawan muda, Rahimah Abdullah, 25, merupakan pencetus minuman kordial tanpa gula itu dengan pelbagai rasa seperti oren, roselle, nanas, mangga, sarsi, ros danbuah-buahan tropika.
Minuman ini baru sahaja berada dalam pasaran sejak setahun lepas.
Menurut Rahimah, kelebihan dan khasiat tumbuhan herba seperti stevia banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia, mendorong syarikatnya mengeluarkan produk minuman 100 peratus tanpa gula.
Harganya setara seperti mana minuman kordial jenama lain, tetapi kordial 'Manis Steva' ini mempunyai nilai tambah sebagai minuman kesihatan yang dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah, merangsangkan penghasilan hormon insulin di samping meningkatkan tenaga kepada tubuh badan.
Kordial 1 liter pelbagai rasa itu dapat dibeli dengan harga RM11.90 sebotol yang boleh dijadikan sebagai minuman kesihatan untuk seisi keluarga, sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.
Mengamalkan minuman ini boleh melegakan komplikasi kencing manis, darah tinggi dan dapat membantu untuk menurunkan berat badan.
Selain minuman kordial, produk jenama ‘Manis Stevia’ yang lain berada di pasaran ialah air berkarbonat pelbagai perisa yang dijual dengan harga RM2.50 sebotol, teh dengan ekstrak stevia yang dijual dengan harga RM21.90 bagi serbuk 20 uncang (RM11.90 bagi serbuk teh 10 uncang) dan pemanis stevia paket 15 gram dengan harga RM24.90.
Antara lain kelebihan mengamalkan minuman dan makanan yang mengandungi herba stevia ialah:
Bagi mereka yang ingin mencuba dan mengamalkan minuman kordial manis tanpa gula untuk kegunaan di rumah ataupun dijadikan minuman kesihatan tempahan boleh dibuat melalui Matt Nazriee di talian 0111-8844380, minima untuk pesanan pos ialah pesanan minima tiga botol dengan tambahan kos penghantaran pos RM10.00.

- mengimbangkan kandungan gula dalam darah
- meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan
- melicin serta memutihkan kulit serta awet muda
- membantu menurunkan tekanan darah
- membantu mengawal masalah insomania
- berupaya mengawal berat badan
- melawaskan pembuangan air kencing
Stevia berasal dari Amerika Selatan dan mula digunakan sejak 1,500 tahundahulu sebagai pemanis minuman dan makanan oleh penduduk asli Paraguay.
Stevia berasal dari Amerika Selatan dan mula digunakan sejak 1,500 tahundahulu sebagai pemanis minuman dan makanan oleh penduduk asli Paraguay.
Bagi mereka yang ingin mencuba dan mengamalkan minuman kordial manis tanpa gula untuk kegunaan di rumah ataupun dijadikan minuman kesihatan tempahan boleh dibuat melalui Matt Nazriee di talian 0111-8844380, minima untuk pesanan pos ialah pesanan minima tiga botol dengan tambahan kos penghantaran pos RM10.00.
0 ulasan:
Catat Ulasan