Khamis, Ogos 28, 2008

Empat Malam Di PCB Kelantan


Di Kelantan, setelah nmelalui perjalanan yang berliku merentasi Lebuhraya Timur-Barat daripada Baling aku berehat dan bermalam di Pantai Cahaya Bulan (PCB) selama empat hari empat malam.

Aku terpaksa berehat panjang kerana tangan kanan aku tiba-tiba sahaja sakit. Mula-mula di rasa kebas-kebas, kemudian tiba-tiba tidak berfungsi untuk membuat pergerakkan. Pergelangan tangan kanan itu macam jadi lumpuh, lembik dan terkulai. Aku terpaksa mencari tukang urut untuk rawatan. Setakat ini OK lah sikit.

MATT NAZRIEE TIBA DI KELANTAN

KOTA BAHARU, 26 Ogos -- Wartawan Matt Nazriee Hassan (tiga, kanan), 41, bergambar bersama kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Biro Kelantan dan orang ramai ketika singgah di pejabat agensi berita itu di sini, hari ini.

Beliau dalam misi penjelajahan diberi nama "Cobraeite Ekspedisi" sebelum ini telahpun sampai ke Pahang, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Matt yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi bernombor pendaftaran BSJ 7057, tiba di bandar ini dari Kedah lewat petang semalam dan dijangka meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu esok.

Anak kelahiran Kuala Nerang, Kedah ini, memulakan penjelajahan dengan hanya bermodalkan RM70.57 di Gombak, Selangor pada 1 Julai lepas. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

1 ulasan:

Zulhairy Jalaluddin berkata...

Tahniahlah sampai di Kelantan. Aku pun dah lama tak pergi PCB. Kali terakhir tahun 1993. Walau pun kerap ke Kota Bharu.Tangan kau sakit? Harap tak serius. Balik KL besok kita pergi urut. Budak Liza tu kerap called tanya kau.