Khamis, Ogos 28, 2008

Bantuan Di Baitulmal Perlis

Perjalanan yang aku lalui ini bertujuan untuk menyempurnakan kembara arwah ayahanda ku Haji Mohd Hassan Ismail. Pada Usia remajanya, sekitar tahun 1940an, ayahanda ku pernah menjelajah semenanjung denganm berbasikal.

Beliau memulakan perjalanan dari Kuala Nerang, Kedah sehingga ke Singapura dan di Kuala Lumpur, beliau dan seorang lagi rakannya tidak mampu mengayuh lagi untuk kembali ke Kedah. Mereka bertolak balik dengan naik keretapi.

Hasratnya tidak tercapai, jadi aku bertekad menyudahkan impian ayahanda ku dengan mengelilingi semenanjung. Walaupun aku menaiki motosikal tepai beliau berbasikal, tapi aku bermodalkan hanya RM70.57. Difahamkan, beliau bersama rakannya ketika itu hanya bermodalkan RM50 setiap seorang.

Sebagai musafir, dalam perjalanan aku adalah antara yang layak menerima wang zakat dengan status musafir. Bermodalkan RM70.57 untuk mengelilingi semenanjung memang mencabar.

Di Perlis, aku tidak punyai wang lagi. Sudah puas aku cari wakil rakyat untuk dapatkan belas ehsan mereka, tapi semuanya berkampung di Permatang Pauh, bagi membantu kempen pilihan raya kecil di situ.

Akhirnya, pejabat zakat Perlis aku tuju. Di Baitulmal Perlis aku nyatakan hasrat dan tujuan aku yang kesempitan untuk meneruskan perjalanan ekspedisi ini.

Alhamdulillah, mereka faham tujuan aku dan memberikan sumbangan sebanyak RM200. Terima kasih Baitulmal Perlis.

0 ulasan: