Selasa, Julai 01, 2008

Tekad Ke Janda Baik

Bersama tekad dan azam yang membara aku melangkah pergi ke destinasi pertama, Janda Baik untuk memulakan ekspedisi ini.

Seperti yang aku katakan bermodalkan RM70.57, aku belanjakan untuk petrol sebanyak RM20.00 dan bayaran untuk siber kafe RM3.50 dan jumlah yang kini tingal ialah RM47.07 untuk bekalan ke Janda Baik.

Sebelum bertolak aku memeriksa sekali lagi akaun bank aku agar tiada lagi wang simpanan di dalamnya. Akuan MayBank aku berbaki RM1.52 dan akaun Bank Islam berbaki RM5.50. Baki wang ini memang tidak boleh dikeluarkan.
Aku buat ini semua agar aku mengotakan janji-janji aku dan tidak mahu menipu diri sendiri untuk aku berdikari dengan modal RM70.57 untuk aku ikhtiar hidup dalam kembara yang tanpa penghujung ini.

2 ulasan:

zelmey berkata...

Semoga ekspedisi saudara akan berjaya. Ketawa, menangis dan sedih tu akan menjadi asam garam ekspedisi ini.

Hanya orang yang berani gagal dengan teruk akan berjaya dengan bergaya.

Ubat tu jangan lupa makan .. huhu

http://www.zelmey.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dengan ekpidisi hari sahabat?