Khamis, Julai 03, 2008

Terima Kasih Janda Baik


Setelah dua hari di Janda Baik, aku melangkah lagi. Kali ini ke destinasi yang tidak pasti. Mungkin ke Kuala Gandah, tempat konservasi gajah. Janda Baik memang best. Terima kasih aku kepada Janda Baik. UNCLE lebih-lebih lagi, melayan aku dengan sewajarnya.

Ungkapan beliau yang tak dapat aku lupakan: “Nazriee kau memang melakukan kerja-kerja gila, memang lebih kurang macam wali wali lah.”. Aku ketawa kecil dalam hati. Tidak mungkin aku jadi wali.

Sebelum bertolak meninggalkan Pondok Pak Habib, aku sempat meninjau persekitaran chalet rekreasi itu. Memang hebat, memang cantik dan memang canggih. Ada ketenangan di sini.

Sempat juga aku mandi pagi di anak sungai yang memang wujud di kawasan Pondok Pak Habib. Airnya sejuk sekali. Menyegarkan badan.

Sebelum aku bertolak pergi, tiba-tiba UNCLE menahan. “Nazriee ada buah tangan dari Pak Habib”.

Dia menghulurkan RM100 sebagai bekalan aku di perjalanan. Terima kasih Pak Habib atau Syed Hussein Al-Attas, penulis buku yang aku kagumi. Beliau tahu mengenai perjalanan aku dari UNCLE. Beliau turut kagum dan dapat mengimbas kembali, perkara yang sama yang beliau telah lakukan 50 tahun yang lampau.

Sebelum sempat aku bergerak, Ustaz Syed Hassan Al-Attas yang baru tiba sempat jugamenghulurkan imbuhan RM20 buat aku.

Rupanya Pak Habib juga pernah membuat kerja gila yang aku cuba lakukan hari ini. Beliau tidak dapat bertemu dengan aku kerana tidak mahu mengganggu tidur ku. Sekadar menyampaikan salam dan bekalan RM100. Terima kasih sekali lagi Pak Habib.

Terima kasih juga pada Zelmey, Adeek Seekers, Max, Salim dan semua warga Pondok Pak Habib.

UNCLE sampaikan salam aku untuk Pak Habib.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada ke ada orang tu nak ajak aku bergambar buka baju kat janda baik pasal nak tgk perut sape lebih boroi hhehehe