Rabu, Julai 02, 2008

99 de Janda Baik

Angka sembilan (9) bagaikan 'magic' dan tidak aku sangka sama sekali begitu jadinya pada hari pertama ekspedisi. Terima kasih kepada sahabat yang bernama UNCLE, serta rakan-rakannya yang memberi angka 9 begitu bermakna meneruskan semangat perjalanan ekspedisi ini.

Aku tiba di Janda Baik di Pondok Pak Habib, Wadi Hussien sekitar jam 10.30 malam setelah menempuh perjalanan yang agak menyeramkan dari kawasan rehat Genting Sempah untuk masuk ke perkampungan Janda Baik.

Tanpa aku hubungi UNCLE lebih awal, aku tawakal sahaja terus ke pondok Pak Habib. Nasib menyebelahi aku, UNCLE seperti menunggu akan kehadiran aku ke pondok ayahnya. Beliau agak terperanjat dengan kemunculanaku yang tidak semena-mena dan setelah mendengar penjelasan aku beliau mengerti akan segala-galanya.

Beliau terus memberi sokongan dari segi meterial dan moral, begitu juga rakan-rakannya. Tanpa berlengah beliau menghulurkan wang tunai sejumlah RM99 bersama 9 buah buku dan 9 kotak rokok.

ADEEK SEEKERS, puteri pondok di sini turut aku kagumi sanggup memecahkan tabungnya menghulurkan sejumlah RM9.90 untuk ransangan terhadap ekspedisi ini.

MAX tidak ketinggalan turut membantu walaupun tiada ongkos di tangan ketika itu kerana belum dapat gaji terus memberi habuan sebanyak 99 sen.

Paling aku tidak sangka rakan UNCLE, ZELMEY yang baru saja tiba terus menghulurkan sebungkus bekalan ubat tradisional yang berharga RM300 berserta wang tunai RM15.

Sebelumaku bertolak wang ditangan cuma ada RM47.07, kini jumlahnya bertambah RM171.96. Terima kasih rakan-rakan di atas sokongan anda.

p/s: ADIK yang risau tentang tidur aku menyebabkan UNCLE memimjamkan khemah keramatnya kepada aku. Terima kasih lagi untuk sahabat aku ini.

0 ulasan: