Rabu, Julai 30, 2008

Antara Dong & Ulu Dong

Seorang rakan mencadangkan aku ke Dong, untuk bertemu wakil rakyatnya Datuk Shahiruddin Ab.Moin. Aku pun belum pernah sampai ke Dong dan tidak tahu di mana lokasinya.Dalam perjalanan dari Lancang melalui mempaga untuk ke Dong, aku bertanyakan penduduk tempatan arah untuk ke Dong. Tetapi ada di antara mereka tidak pasti di mana tempatnya. Penduduk Pahang sendiri tidak tahu Dong, apatah lagi aku. Ini menguatkan semangat aku ke dong.Kebetulan di Dong,...

Khamis, Julai 24, 2008

Dari Jerantut Ke Kuala Krau

Paginya, setelah bermalam di Jerantut, rumah seorang kenalan lama, Karim Mat Noor, aku bergegas ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerantut untuk mendapatkan tandatangan dan cop rasmi pejabat itu untuk buku log ekspedisi.Perjalanan kemudian menuju ke Kuala Krau, ke Pusat Khidmat ADUN di situ. Pekan kecil Kuala Krau aku sampai sejam kemudian dan tidak perlu berlegar puas untuk mencari Pusat Khidmat ADUNnya. Bertemu jua akhirnya, dalam pejabat itu terdapat...

Rabu, Julai 23, 2008

Sahabat Bukit Kelulut

ZUKI YUNUS, dengar namanya persis orang muda, tapi beliau orang lama yang banyak pengalamannya. Zuki juga sahabat lama aku, hampir 10 tahun aku tidak bertemu muka dengannya.Ekspedisi ini menemukan aku kembali dengan Zuki. Beliau orang lama dalam bidang kewartawanan. Rasa-rasa aku, lebih 30 tahun beliau menulis. Kini beliau sebagai Pemberita Daerah BERNAMA di Temerloh.Aku tabik dengan Zuki, dengan kesihatannya yang tidak begitu selesa beliau masih...

Isnin, Julai 21, 2008

Semalam Bersama Jakun

Dari Temerloh aku meneruskan perjalanan dengan penuh tekad untuk ke destinasi seterusnya. Aku sendiri tidak pasti destinasinya. Tapi aku menuju ke arah Kuantan. Dalam perjalanan aku berkira mahu saja singgah di Maran dan bermalam di situ. Namun hujan yang turun dan hari hampir senja menyebabkan aku singgah di sebuah perkampungan kecil.Pada mulanya aku kira perkampungan haram yang diusahabina oleh pendatang asing. Rupa-rupanya ianya sebuah perkampungan...

Jumaat, Julai 18, 2008

Restu ADUN Lancang

Walaupun blog ini agak lama tidak dikemaskini, tetapi perjalanan ini pasti diteruskan. Aku menghadapi beberapa masalah dalam kembara ini. Aku terpaksa melepaskan peluang mencari pengalaman di Kuala Gandah kerana masalah-masalah yang tidak aku duga hebatnya.Bagaimanapun ada juga sesetengah pihak yang mempertikaikan ekspedisi yang aku jalani ini. Ada juga yang ragu-ragu. Tiada apa yang untung dari segi imbuhan ataupun kewangan yang dapat aku cari dalam...

Jumaat, Julai 11, 2008

Beruang Rusa Bukit Rengit

Ramai yang tidak tahu berhampiran Kuala Gandah terdapat sebuah kawasan eko-pelancongan yang menarik iaitu taman rusa serta beruang jinak di Bukit Rengit yang sedia menanti kedatangan pelancong. Aku sempat meninjau tempat itu seketika waktu. menarik sekali.p/s: minta maaf kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, blog ini tidak dapat dikemaskini mengikut jadual.HENCE TO INTERACT WITH ROAMING ANIMALVISITORS can expect a unique experience at Deerland...

Isnin, Julai 07, 2008

Cabaran Pertama Ekspedisi

Aku betul-betul teruja. Inilah cabaran pertama yang telah aku lalui dalam ekspesdisi ini. Tiga hari aku terpaksa meninggalkan Kuala Gandah tanpa kakitangan di situ tahu ke mana aku pergi. Aku terpaksa. Bukan sengaja mahu menghilangkan diri. Mulanya aku ke Mentakab dari Kuala Gandah untuk memperbaiki dan servis motosikal yang menjadi teman aku dalam ekspedisi ini (lihat gambar sebelah, minta maaf Zelmet terpaksa krop muka kau, kerana nak tunjuk motosikal...

Ahad, Julai 06, 2008

Pusat Konservasi Gajah

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah...

Aku Sukarelawan Gajah

Aku tekad seminggu untuk bermukim di Kuala Gandah. Selama tempoh itu aku turut bertugas sebagai tenaga sukarelawan di pusat pemuliharaan gajah di situ.Hari pertama bertugas, aku agak kekok kerana ini adalah pengalaman pertama aku berhadapan dengan gajah.Seawal pagi lagi aku di tempat gajah jinak, melihat para petugas di situ membersihkan dan memberi makan gajah, aku turut membersih kawasan di situ.Kemudian aku ke tempat gajah denak yang diberi nama...

Sabtu, Julai 05, 2008

Ke Kuala Gandah Akhirnya

Akhirnya aku tiba juga ke Kuala Gandah, pusat konservasi gajah yang dikendalikan PERHILITAN. Aku terus berjumpa dengan ketua pusat itu dan menjelaskan tujuan aku ke situ.Tanpa banyak bicara beliau memberi persetujuan awal sebelum dimaklumkan ke ibu pejabat di Kuala Lumpur untuk aku mencari pengalaman sebagai petugas sukarelawan di pusat itu selama seminggu. Aku ditempatkan di kuaters kakitangan PERHILITAN di pusat itu selama seminggu aku berada di...

Khamis, Julai 03, 2008

Terima Kasih Janda Baik

Setelah dua hari di Janda Baik, aku melangkah lagi. Kali ini ke destinasi yang tidak pasti. Mungkin ke Kuala Gandah, tempat konservasi gajah. Janda Baik memang best. Terima kasih aku kepada Janda Baik. UNCLE lebih-lebih lagi, melayan aku dengan sewajarnya.Ungkapan beliau yang tak dapat aku lupakan: “Nazriee kau memang melakukan kerja-kerja gila, memang lebih kurang macam wali wali lah.”. Aku ketawa kecil dalam hati. Tidak mungkin aku jadi wali.Sebelum...

Rabu, Julai 02, 2008

99 de Janda Baik

Angka sembilan (9) bagaikan 'magic' dan tidak aku sangka sama sekali begitu jadinya pada hari pertama ekspedisi. Terima kasih kepada sahabat yang bernama UNCLE, serta rakan-rakannya yang memberi angka 9 begitu bermakna meneruskan semangat perjalanan ekspedisi ini.Aku tiba di Janda Baik di Pondok Pak Habib, Wadi Hussien sekitar jam 10.30 malam setelah menempuh perjalanan yang agak menyeramkan dari kawasan rehat Genting Sempah untuk masuk ke perkampungan...

Selasa, Julai 01, 2008

Tekad Ke Janda Baik

Bersama tekad dan azam yang membara aku melangkah pergi ke destinasi pertama, Janda Baik untuk memulakan ekspedisi ini.Seperti yang aku katakan bermodalkan RM70.57, aku belanjakan untuk petrol sebanyak RM20.00 dan bayaran untuk siber kafe RM3.50 dan jumlah yang kini tingal ialah RM47.07 untuk bekalan ke Janda Baik.Sebelum bertolak aku memeriksa sekali lagi akaun bank aku agar tiada lagi wang simpanan di dalamnya. Akuan MayBank aku berbaki RM1.52...