Di Kelantan, setelah nmelalui perjalanan yang berliku merentasi Lebuhraya Timur-Barat daripada Baling aku berehat dan bermalam di Pantai Cahaya Bulan (PCB) selama empat hari empat malam.Aku terpaksa berehat panjang kerana tangan kanan aku tiba-tiba sahaja sakit. Mula-mula di rasa kebas-kebas, kemudian tiba-tiba tidak berfungsi untuk membuat pergerakkan. Pergelangan tangan kanan itu macam jadi lumpuh, lembik dan terkulai. Aku terpaksa mencari tukang...