Selasa, April 20, 2010

PEKENA SHISHA KL DOWNTOWN

Memerhatikan gelagat orang ramai menghabiskan waktu malam, dengan aku bersama rakan-rakan dari Pengasih, bersantai di gerai minuman KL Downtown adalah seperti menyaksikan satu pementasan drama tetapi itulah realitinya.Drama kehidupan itu aku amati dengan asyik, apatah lagi aku bersama rakan-rakan melayan dua hookah shisha membuatkan kami turut diperhatikan. Kanak-kanak, yang tua dan muda, lelaki dan wanita kekadang menjeling, memandang sinis melihat...

Khamis, April 01, 2010

HISHAMUDDIN TEMUI AYAH PIN

Dalam kerjaya aku di bidang penulisan, Hishamuddin Rais boleh aku anggap sebagai mentor. Aku suka baca tulisannya. Aku mula baca tulisannya sejak Hishamuddin jadi kolumis Berita Harian dulu, kemudian aku terus ikuti kolumnya di Malaysiakini.com.Bait-bait ayatnya begitu terkesan di hati, kekadang mengundang juga lelucon. Memetik sebaris ayatnya yang ditulis mengenai seorang pemimpin negara lebih kurang begini: “Kes jahat pemimpin ini sudah berkepok-kepok....

Selasa, Mac 23, 2010

MILIK SIAPAKAH GADIS INI

Ieda Aziz, namanya persis seorang artis, ada nilai komersial lagi. Medengar keletah dia berbicara, dengan melihat raut wajah dia, ala-ala gedik gitu. Itu tanggapan awal aku terhadap Ieda. Tapi dia tidak begitu, setelah aku kenal akan dia.Mungkin tidak seberapa sangat, aku mengenali Ieda. Namun gadis itu mampu meruntum kalbu, bagaikan penglipur lara, Ieda boleh dijadikan kawan berbicara. Aku pasti terbahak-bahak ketawa bila bersembang-sembang dengannya....

Isnin, Mac 15, 2010

SIREH PULANG KE GANGGANG

IBARAT sireh pulang ke ganggang, itulah yang boleh aku katakan bila mengikuti rombongan Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi ke PUSPEN Besut, baru-baru ini.Apa yang menarik, seolah-olah aku dapat merasakan dan mengimbas kembali perjalanan hidup Mohd Yunus yang penuh ranjau dan onak berduri sehingga beliau kembali bangun untuk menjadi seorang manusia selepas mendapat rawatan di pusat itu kira-kira 27 tahun yang lampau.Semuanya...

Rabu, Mac 03, 2010

KISAH PALING SERAM - GENGBLOGGER.COM

MISTERI RANTAU ABANGSehingga kini aku masih tercari-cari jawapan, siapakah wanita dalam chalet dan dari mana datangnya suara kanak-kanak di hutan pinggir pantai Rantau Abang. Peristiwa ini berlaku pada penghujung tahun 2008 ketika aku dalam ekspedisi bermotosikal secara solo menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia.Pertama kali aku pernah ke Rantau Abang, hampir 20 tahun yang lampau. Dalam ekspedisi itu aku sempat singgah dan berkhemah selama dua...

Rabu, Februari 24, 2010

GADIS USIA 12 JUAL DIRI

IBU ku seorang tukang urut. Tukang urut kampung, bertemu pelanggan untuk rawatannya di hotel yang tiada nama. Sekali sekala hotel itu dijadian sandaran untuk meraih rezeki bagi membayar sewa rumah dan makan minumnya. Kekadang adalah untung setelah ditolak sewa bilik yang harganya tidak seberapa.Agak lama sudah, aku tidak bertemu dengan ibuku. Lantas baru-baru ini, aku meluangkan masa bertemu dengannya di hotel itu. Sementara menunggu ibuku bersama...

Isnin, Februari 22, 2010

JAMAL ABDILLAH DI PERMATANG BONGLAI

BARU ini aku bersama Jamal Abdillah dan krew Pengasih berkesempatan ke Permatang Bonglai, Jitra untuk program "Kenali Anak Kita" di Kedah. Rakan aku Nazaruddin dari Utusan Malaysia sempat melaporkan aktiviti kami di sana dan di sini aku selitkan kembali laporan yang tersiar dalam Utusan Malaysia.JITRA 21 Feb. - Lazimnya mereka hanya mengenali beliau melalui media massa yang memaparkan kehebatannya sebagai penyanyi tersohor. Semalam, mereka sama sekali...

Rabu, Februari 10, 2010

KASUT INI JAMAL ABDILLAH PUNYA

Kasut ini Jamal abdillah punya. Itulah jawapan yang ku berikan pada rakan-rakan yang bertanya, berapa harga kasut Crocs berwarna biru, yang sering aku pakai untuk ke pejabat. Bukan menjadi kebanggaan ku untuk diceritakan kerana kasut itu dihadiahkan oleh penyanyi tersohor Jamal Abdillah.Tetapi, sifat pemurah Jamal. Beliau sering bagi begitu saja, baju, seluar dan kasut yang baru dibelinya kepada penghuni-penghuni Rumah Pengasih. Kadang-kadang penghuni...

Ahad, Februari 07, 2010

MAAF DARI SALEM

Berakhir ku di pintu besiWalaupun ku terkurung sepiLama lamunan ku hayunkan kakiMasih adakah pintu maaf dihatiUntuk diriku ini.Sesampainya di depan rumah kuKu hanya berdiri terpakuIngin bertemu bersama dirimuTetapi rasa hati maluKu mengecewakanmu.Telah ku sedari, ku insafiTak ingin lagi, ku ulangiHidup dibuih yang terasaMenyeksa diri.Berikanlah aku pintu maafmuAtas segala kesalahan kuBerikanlah aku kunci hati muHulurkan jabat tangankuJangan samakan aku, Seperti dahuluKini aku telah berubah, dalam hidup ku.Telah ku sedari, Ku insafiTak ingin lagi,...

AKU PENGUTIP SAMPAH

Kota ini tidak pernah merasa terhutang pada aku yang mengorbankan wangi dan harum issey, miyaki, minyak atar hingga hiduku kini sukar membezakan masam ketiak sendiri dengan busuk bangkai kucing pecah perut berulat hijau atau kohong perut ikan seminggu diperam dalam tong sampah. Lambat aku, mereka merungut sampah bertimbun makan gaji buta keluar berita waktu perdana, kerek datangnya bersungut baunya, anak-anak tidak boleh bermain bimbang dibaham lori...

Jumaat, Februari 05, 2010

AL-USTAZ DR SAM RASPUTIN

MASIH ingat lagu Saya Anak Malaysia oleh Dr Sam Rasputin yang popular sekitar 1986. Lagu itu kini umpama lagu rakyat. Sering berkemundang sebagai lagu tema pada slot-slot tertentu untuk radio mahupun televisyen. Lagu itu sesuai untuk konsep “One Malaysia” masakini.Ketika di pentas Dr Sam dengan imej dan identiti sendiri. Bertopi ala Pakistan, berjambang dan bercermin mata hitam. Beliau sinonim dengan grup tabilghnya, Musafir yang ketika itu sering...

Sabtu, Januari 30, 2010

PERJALANAN HIDUP JACK

JACK atau nama sebenarnya Sohaimi Ahmad agak unik orangnya. Beliau nampak serius tapi mesra. Pernah melalui liku-liku hidup penuh ranjau berduri, tapi punya kekuatan. Seorang staf Rumah Pengasih yang penuh komited dan dedikasi.Jack aku anggap sebagai seorang sifu, bila aku mula-mula menyertai keluarga Pengasih. Beliau banyak membantu dan membimbing aku. Baru-baru ini aku bangga sekali bila rakan aku R.K.SHYAMALA dari THE STAR menulis sekelumit kisah...

Rabu, Januari 27, 2010

KEMBALI SEMULA KE PENGASIH

KEHIDUPAN yang kita lalui ini penuh dengan silang kata. Tidak dapat dijangka. Kekadang apa yang dirancang tidak menjadi, tetapi apa yang tidak kita fikirkan dan bayangkan muncul dalam kehidupan kita secara tiba-tiba.Begitu juga dengan perjalanan hidup ku. Aku tidak menjangka sama sekali akan kembali semula ke pangkuan Rumah Pengasih. Setelah aku meninggalkan Rumah Pengasih, aku mula membuat percaturan menentukan haluan sendiri. Mula membentuk silang...

Rabu, Januari 20, 2010

KISAH LELAKI BERNAMA MAN

MAN. Nama panggilan bagi seorang rakan sebaya aku. Sejak dari sekolah rendah, aku bersama Man membesar di sebuah kawasan perkampungan setinggan di pinggir ibu kota. Zaman kanak-kanak, kemudian remaja aku bersama Man penuh dengan kenangan dan nostalgia. Kemudian kami berpisah membawa haluan masing-masing.Sesekali aku mendengar juga khabar dari Man, pernah juga bersua dengannya. Man masih OK. Baru-baru ini, aku singgah makan di Setapak Jaya, sebuah...

Isnin, Januari 11, 2010

Bermulanya Ekspedisi Kehidupan

BARU-BARU ini, aku ambil satu langkah bodoh. Kebodohan begitu terasa bila aku tinggalkan Rumah Pengasih. Hati aku betul-betul bebal, kerana aku tepiskan kasih sayang dengan semua keluarga Rumah Pengasih. Aku betul-betul tidak mengenang budi terhadap YDP Pengasih, Haji Mohd Yunus Pathi yang lebih mesra dipanggil Yeop, yang telah membimbing aku dan mahu lihat aku berubah dan mengambil aku bekerja sebagai Pembantu Medianya.Semasa aku mahu tinggalkan...