Sabtu, Januari 30, 2010

PERJALANAN HIDUP JACK

JACK atau nama sebenarnya Sohaimi Ahmad agak unik orangnya. Beliau nampak serius tapi mesra. Pernah melalui liku-liku hidup penuh ranjau berduri, tapi punya kekuatan. Seorang staf Rumah Pengasih yang penuh komited dan dedikasi.Jack aku anggap sebagai seorang sifu, bila aku mula-mula menyertai keluarga Pengasih. Beliau banyak membantu dan membimbing aku. Baru-baru ini aku bangga sekali bila rakan aku R.K.SHYAMALA dari THE STAR menulis sekelumit kisah...

Rabu, Januari 27, 2010

KEMBALI SEMULA KE PENGASIH

KEHIDUPAN yang kita lalui ini penuh dengan silang kata. Tidak dapat dijangka. Kekadang apa yang dirancang tidak menjadi, tetapi apa yang tidak kita fikirkan dan bayangkan muncul dalam kehidupan kita secara tiba-tiba.Begitu juga dengan perjalanan hidup ku. Aku tidak menjangka sama sekali akan kembali semula ke pangkuan Rumah Pengasih. Setelah aku meninggalkan Rumah Pengasih, aku mula membuat percaturan menentukan haluan sendiri. Mula membentuk silang...

Rabu, Januari 20, 2010

KISAH LELAKI BERNAMA MAN

MAN. Nama panggilan bagi seorang rakan sebaya aku. Sejak dari sekolah rendah, aku bersama Man membesar di sebuah kawasan perkampungan setinggan di pinggir ibu kota. Zaman kanak-kanak, kemudian remaja aku bersama Man penuh dengan kenangan dan nostalgia. Kemudian kami berpisah membawa haluan masing-masing.Sesekali aku mendengar juga khabar dari Man, pernah juga bersua dengannya. Man masih OK. Baru-baru ini, aku singgah makan di Setapak Jaya, sebuah...

Isnin, Januari 11, 2010

Bermulanya Ekspedisi Kehidupan

BARU-BARU ini, aku ambil satu langkah bodoh. Kebodohan begitu terasa bila aku tinggalkan Rumah Pengasih. Hati aku betul-betul bebal, kerana aku tepiskan kasih sayang dengan semua keluarga Rumah Pengasih. Aku betul-betul tidak mengenang budi terhadap YDP Pengasih, Haji Mohd Yunus Pathi yang lebih mesra dipanggil Yeop, yang telah membimbing aku dan mahu lihat aku berubah dan mengambil aku bekerja sebagai Pembantu Medianya.Semasa aku mahu tinggalkan...