Jumaat, September 26, 2008

Misteri Bukit Putus

Selepas bermalam di Sri Jempol, pagi-pagi lagi aku dah nak bertolak ke Tampin melalui Bahau, Daripada situ aku terpaksa melalui Bukit Putus. Bukit Putus pun aku tak tahu di mana... tetapi ada orang pesan.. awas kat Bukit Putus. Aku check internet cari info jumpa dalam Malayaonline.net.Forum dalam tu ada macam-macam seperti kata Little_duck:ni my uncle la ni punye cite..balik keje tgh mlm..lalu kt c2..selekoh pertame ok je..kedue,ketige pun ok..sampai...

Isnin, September 15, 2008

Di Batu Kikir Ingat Marang

Dari Kuantan, aku terpaksa bermalam di Temerloh, di rumah sahabat Zuki Yunus. Esoknya aku meneruskan perjalanan ke Negeri Sembilan. Perjalanan melalui persisir Sungai Pahang. Sempat juga aku singgah di Bera.Hari sudah hampir petang, aku berkira-kira untuk singgah menumpang malam di Warisan Homestay di Batu Kikir. Akhirnya aku temui jua Warisan Homestay yang belum pernah aku sampai. Kawasannya agak menarik, tapi hampes.Pemilik homestay itu aku kira...

Mengemis Di Saham Wakaf

Setelah meninggalkan Rantau Abang aku meneruskan perjalanan untuk ke Johor, Melaka dan Negeri Sembilan bagi meneruskan baki ekspedisi aku. Hari hampir petang, menyebabkan aku terpaksa bermalam di surau Pantai Kemasik, Kemaman, Terengganu.Esoknya aku meneruskan perjalanan dan terpaksa menempuh Pahang, sekali lagi. Aku terpaksa singgah di Pahang bagi mencari sumber kewangan kerana modal aku rasa tidak cukup untuk meneruskan perjalanan.Di Kuantan, aku...

Misteri Rantau Abang

Aku pernah ke Rantau Abang, kira-kira hampir 20 tahun dulu. Kini dalam ekspedisi ini aku sempat singgah di berkhemah selama dua malam di Rantau Abang, yang terkenal dengan tempat penyu bertelor.Rantau Abang aku perhatikan tidak seperti dahulu, tempatnya aku terbiar berbanding 20tahun dulu. Aku tiba di pantai Rantau Abang ketika senja baru sahaja berlabuh. Beberapa orang nelayan pantai masih ada di pengkalan mereka berlabuh. Aku minta izin pada salah...

Isnin, September 08, 2008

Sumbangan Amal Cobraeite Ekspedisi

Kembara bermotosikal menjelajah semenanjung Malaysia secara solo yang saya mulai pada 1 Julai 2008 bermodalkan RM70,57 dijangka berakhir pada 16 Semtember ini.Sempena tarikh penutup bulan kemerdekaan (angkat sumpah PM baru kalau jadi) itu saya bercadang menamatkan ekspedisi ini di Pondok Pak Habib, Janda Baik, Pahang yang merupakan tempat pertama saya bermalam bila memulakan ekspedisi ini.Sempena Ramadan ini, saya bercadang untuk melakukan sedikit kerja dan ibadah amal sempenana pencapaian saya menamatkan ekspedisi ini tanpa modal yang besar dan...

Rabu, September 03, 2008

Man Luke Man

MANLUKEMAN adalah orang yang sama dengan nama Mohd Luqman Hakim Ab Rahim. Dia wartawan Kosmo! berprofil tinggi di Kelantan. Dia juga punyai blog sendiri. Sebelum meninggalkan Kuala Terengganu bertolak ke Rantau Abang, aku sempat melayari blog Luqman dari pejabat Ayob Mamat. Rupanya Luqman minat juga dengan kerja gila aku untuk dipaparkan dalam laman blognya. Terima kasih Luqman. Ilebiu somas.Foto di atas dirakam oleh Jurufoto Kosmo Biro Kelantan.Berikut...

Puasa Di Kuala Terengganu

31 Ogos 2008, aku di Kuala Terengganu, setelah melalui jalan pantai dari Kampung Fikri. Di sini aku menghubungi rakan wartawan, Ayob Mamat yang 'satu kepala' seperti aku.Beliau kini lebih hebat dari aku. Bertugas di akhbar Kosmo!, kemudian jadi Presiden Kelab Wartawan Terengganu pula.Ayob datang menjenguk aku di lokasi aku berkhemah di Pantai Batu Buruk, berhampiran pusat bandaraya Kuala Terenganu. Setelah bersembang-sembang dan bertanya kabar beliau...

Merdeka Di Kampung Fikri

Niat dihati aku ingin meraikan malam ambang merdeka ke-51, di Kuala Terengganu. Aku meninggalkan Pantai Irama, Bachok, Kelantan setelah bermalam di situ.Aku bertolak agak lewat petang, setelah waktu paginya aku berkesempatan menikuti program Larian Gemilang Kemerdekaan Ke-51, anjuran Rukun Tetangga daerah Bachok di Dataran Perahu, Pantai Irama.Aku melalui jalan pantai yang beitu mepesonakan pemandangan dengan kampung nelayan dan persisiran pantai...