AKU terima e-mel 29 Oktober lepas, daripada Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik AirAsia, memberitahu aku telah menang hadiah Bonus High 5 AirAsia 2013 sebanyak RM300,000.
Gembira tak terkata, kerana e-mel itu menyatakan aku terpilih untuk menerima RM300,000 dibawah program Bonus Istimewa Eksklusif AirAsia 2013 yang didaftarkan selaras dengan Lembaga Permainan Asia (AGB).
Siap e-mel tu bagi tahu nombor siri tiket AirAsia yang telah aku menangi, siapa yang tak percaya, ini nombornya: AirAsia-09-0-96-10, dengan nombor siri; AirAsia / 01/2013, dan no ref; AirAsia / 019/2010007 dalam kumpulan A/6183.
Wow! kaya aku dan butiran yang perlu aku e-mel kembali kepada Jawatankuasa Penganjur Program AirAsia High 5 2013 ialah nama, alamat, warganegara, pekerjaan dan nombor telefon.
Siap ada nama pegawai yang perlu dihubungi JK Allen di alamat : AirAsia Program Eksklusif, Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Mangkuk hayun betul penipu ni, dia ingat aku bodoh, dia ingat rakyat Malaysia ni mudah ditipu, tak apa aku layan aku balas e-mel tu dengan butiran yang dia orang minta.
Nampak gaya mereka ini mencari mangsa dari kalangan yang berbangsa Melayu, kerana e-mel yang dihantar itu dalam bahasa Melayu ataupun sendiket penipuan itu dari kalangan warga tempatan.
Aku siasat e-mel itu dan maklumat risikan yang aku perolehi daripada AirAsia, e-mel itu palsu dan tiada kaitan dengan syarikat penerbangan tambang murah itu.
Berhati-hati anda semua, jangan respon e-mel itu, tapi aku respon dan mengharapkan dalam dua tiga hari lagi mereka akan hubungi aku dan giliran aku pula untuk kenakan mereka.
Aku akan buat agar orang-orang ni tertunggu-tunggu depan komputer atau berkejar ke mesin ATM untuk melihat jumlah akaun yang aku masukkan sebagai bayaran perkhidmatan kononnya untuk aku dapatkan hadiah misteri RM300,000.
Kita lihat siapa yang terkena... bodoh nak tipu orang sampai RM300,000 kalau RM1,000 atau RM500 ke, logik lah sikit, pasti ramai yang dapat ditipu mereka, itu pun jika mereka minta RM50 setiap seorang untuk yuran proses.
Tunggu entry yang akan datang, cara aku nak bodoh-bodohkan mereka ini pula.
0 ulasan:
Catat Ulasan