Seorang lelaki yang dipercayai pemilik restoran itu tiba-tiba naik angin dan bertegang leher dengan Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar, Dr Narimah Ismail kerana turut membawa pihak media semasa pemeriksaan di lakukan dipremisnya.
Ini gara-gara restoran miliknya diarahkan ditutup selama dua minggu kerana aspek-aspek kebersihan diabaikan.
Antara kata-katanya : “come on la, this is cannot be done in 24 hours, but your want to closed with is, you closed i not want to pay any cent this people (pekerja), you bukan kira orang susah, you know that i tell you what i am making a lot of profit running this business you are wrong, aku nak bagi orang kuala kedah hidup ja, tanya depa lah, no..no come on because this reporter are here you bring the reporter”.
Operasi yang dinamakan ‘Ops Tom Yam dan Seafood’ itu di lancarkan di sepanjang Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, baru-baru ini.
Operasi itu diketuai Dr Narimah bersama 50 anggota penguatkuasa kesihatan pejabat itu dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Menurut Dr Narimah, dalam operasi itu mereka melakukan pemeriksaan terhadap 23 premis makanan yang tertumpu kepada restoran makanan laut dan tom yam.
Dalam operasi itu, beberapa premis makanan telahpun diarahkan tutup selama 14 hari.
1 ulasan:
Program terbaru dan Pertama di Malaysia!
Hanya dengan login sahaja boleh dapat wang. Daftar Percuma.
Hadiah menarik lagi. Ada iPhone, DELL Laptop, Vivaz Sony Ericsson.
Jadi yang terawal. Saya telah berdaftar di sini
http://www.loginwang.com/?a=cobraeite
Catat Ulasan