
Salam Sejahtera untuk semua.Aku pun tidak pasti kenapa keputusan ini aku ambil, setelah aku berehat selama sebulan cuti tanpa gaji dengan sebuah akhbar tabloid popular, akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak mahu bertugas lagi di akhbar itu sebagai wartawan.Aku nekad dengan azam dan cita-cita membara untuk mengembara dan berkelana secara solo ke seluruh pelusuk semenanjung ini bermula 1 Julai 2008.Aku akan mulakan kembara ini dari Taman Seri...