Rabu, Februari 24, 2010

GADIS USIA 12 JUAL DIRI

IBU ku seorang tukang urut. Tukang urut kampung, bertemu pelanggan untuk rawatannya di hotel yang tiada nama. Sekali sekala hotel itu dijadian sandaran untuk meraih rezeki bagi membayar sewa rumah dan makan minumnya. Kekadang adalah untung setelah ditolak sewa bilik yang harganya tidak seberapa.Agak lama sudah, aku tidak bertemu dengan ibuku. Lantas baru-baru ini, aku meluangkan masa bertemu dengannya di hotel itu. Sementara menunggu ibuku bersama...

Isnin, Februari 22, 2010

JAMAL ABDILLAH DI PERMATANG BONGLAI

BARU ini aku bersama Jamal Abdillah dan krew Pengasih berkesempatan ke Permatang Bonglai, Jitra untuk program "Kenali Anak Kita" di Kedah. Rakan aku Nazaruddin dari Utusan Malaysia sempat melaporkan aktiviti kami di sana dan di sini aku selitkan kembali laporan yang tersiar dalam Utusan Malaysia.JITRA 21 Feb. - Lazimnya mereka hanya mengenali beliau melalui media massa yang memaparkan kehebatannya sebagai penyanyi tersohor. Semalam, mereka sama sekali...

Rabu, Februari 10, 2010

KASUT INI JAMAL ABDILLAH PUNYA

Kasut ini Jamal abdillah punya. Itulah jawapan yang ku berikan pada rakan-rakan yang bertanya, berapa harga kasut Crocs berwarna biru, yang sering aku pakai untuk ke pejabat. Bukan menjadi kebanggaan ku untuk diceritakan kerana kasut itu dihadiahkan oleh penyanyi tersohor Jamal Abdillah.Tetapi, sifat pemurah Jamal. Beliau sering bagi begitu saja, baju, seluar dan kasut yang baru dibelinya kepada penghuni-penghuni Rumah Pengasih. Kadang-kadang penghuni...

Ahad, Februari 07, 2010

MAAF DARI SALEM

Berakhir ku di pintu besiWalaupun ku terkurung sepiLama lamunan ku hayunkan kakiMasih adakah pintu maaf dihatiUntuk diriku ini.Sesampainya di depan rumah kuKu hanya berdiri terpakuIngin bertemu bersama dirimuTetapi rasa hati maluKu mengecewakanmu.Telah ku sedari, ku insafiTak ingin lagi, ku ulangiHidup dibuih yang terasaMenyeksa diri.Berikanlah aku pintu maafmuAtas segala kesalahan kuBerikanlah aku kunci hati muHulurkan jabat tangankuJangan samakan aku, Seperti dahuluKini aku telah berubah, dalam hidup ku.Telah ku sedari, Ku insafiTak ingin lagi,...

AKU PENGUTIP SAMPAH

Kota ini tidak pernah merasa terhutang pada aku yang mengorbankan wangi dan harum issey, miyaki, minyak atar hingga hiduku kini sukar membezakan masam ketiak sendiri dengan busuk bangkai kucing pecah perut berulat hijau atau kohong perut ikan seminggu diperam dalam tong sampah. Lambat aku, mereka merungut sampah bertimbun makan gaji buta keluar berita waktu perdana, kerek datangnya bersungut baunya, anak-anak tidak boleh bermain bimbang dibaham lori...

Jumaat, Februari 05, 2010

AL-USTAZ DR SAM RASPUTIN

MASIH ingat lagu Saya Anak Malaysia oleh Dr Sam Rasputin yang popular sekitar 1986. Lagu itu kini umpama lagu rakyat. Sering berkemundang sebagai lagu tema pada slot-slot tertentu untuk radio mahupun televisyen. Lagu itu sesuai untuk konsep “One Malaysia” masakini.Ketika di pentas Dr Sam dengan imej dan identiti sendiri. Bertopi ala Pakistan, berjambang dan bercermin mata hitam. Beliau sinonim dengan grup tabilghnya, Musafir yang ketika itu sering...