Isnin, November 25, 2013

AIR MANIS TANPA GULA

GULA yang berlebihan adalah pencetus kepada pelbagai penyakit. Kenaikan harga gula baru-baru ini membuka ruang kepada orang ramai untuk mengurangkan penggunaannya. Bagi penggemar kordial ataupun jus buah-buahan, minuman yang dibeli dikedai ataupun pasaraya itu, pastinya mempunyai kandungan gula yang amat tinggi. Bagaimanapun sebuah syarikat bumiputera di Gurun, Kedah telah berjaya mengeluarkan produk minuman manis tanpa gula...

Ahad, November 10, 2013

KENALI ANAK KITA DI KEDAH

AKU ralat juga tidak dapat hadir ke Seminar Kenali Anak Kita PETRONAS peringkat Zon Utara yang dianjurkan oleh Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), baru-baru ini. Ketika seminar itu berlangsung, aku terpaksa berkampung di Sungai Limau, Yan, Kedah kerana tugasan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan jadual yang begitu padat. Apa pun aku ucapkan tahniah kepada PENGASIH kerana berjaya...

Ahad, November 03, 2013

AHLI PAS CIUM JAMIL KHIR

INI bukan foto super-impose tetapi foto nyata, tetapi ini juga bukan perlakuan dari fenomena Lesbian, Gay, Bisexsual & Transgender (LGBT), apa yang nyata seorang pemimpin itu perlu bersedia dan berhadapan dengan sitausi yang tidak dijangka. Kadang-kadang insiden itu diputarbelitkan berdasarkan rakaman foto dan videonya tanpa penjelasan fakta yang sebenar, sebelum ada yang mahu menjadi antara foto ini sebagai fakta putarbelit, aku paparkan...

Jumaat, November 01, 2013

MENANG RM300,000 DARI AIRASIA

AKU terima e-mel 29 Oktober lepas, daripada Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik AirAsia, memberitahu aku telah menang hadiah Bonus High 5 AirAsia 2013 sebanyak RM300,000. Gembira tak terkata, kerana e-mel itu menyatakan aku terpilih untuk menerima RM300,000 dibawah program Bonus Istimewa Eksklusif AirAsia 2013 yang didaftarkan selaras dengan Lembaga Permainan Asia (AGB). Siap e-mel tu bagi tahu nombor siri tiket AirAsia yang telah aku menangi,...