Ahad, Mei 07, 2017

PELUK ISLAM DI PROGRAM PELANCONGAN


GERIK, PERAK : Siapa sangka satu program pelancongan yang diadakan di perkampungan Orang Asli berjaya menarik sepasang suami isteri dari masyarakat itu memeluk agama Islam.

Program pelancongan di Kampung Orang Asli Sungai Tiang, Taman Negeri Royal Belum dekat Gerik, Perak yang berkonsepkan Islam itu diperkenalkan buat pertama kali oleh Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak.

Seramai 30 pelajar dari Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Air Jernih, Gerik terlibat dalam program "Syahadah Trail" selama tiga hari yang baru sahaja berakhir.

Pengarah Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak, Mohd Hizaz Mohd Ibrahim berkata, program itu dilaksanakan bagi memeriahkan Tahun Melawat Perak 2017 di samping untuk mempromosikan Taman Negeri Royal Belum kepada ilmuan agama.

Beliau berkata, perkampungan Orang Asli di Royal Belum merupakan antara aset pelancongan yang menjadi tumpuan, bagi pengunjung yang ingin merasai kepelbagaian budaya unik di situ.

Namun, katanya, kehadiran pelajar tahfiz di situ, disulami dengan program amal mempraktis cara hidup Islam dan perkongsian ilmu bersama masyarakat Orang Asli dengan pelbagai aktiviti, antaranya kelas fardhu ain, solat berjemaah dan teknik penyembelihan binatang secara Islam.

Mohd. Hizaz berkata, pada hari kedua program itu berlangsung, tiba-tiba sepasang suami isteri Orang Asli menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam dan ini merupakan satu keberkatan dan kejayaan bagi program pelancongan seperti ini.

"Program kerjasama yang sangat unik yang pernah kita anjurkan kerana program ini berlainan daripada program yang lain yang kita anjurkan sebelum ini yang mana program ini pengisiannya adalah dua ojektif, yang pertama pelancongan dan satu lagi amal, yang mana selama tiga hari kita berada di Royal Belum ini kita telah menganjurkan program bersama Orang Asli, 

"yang penting yang kita nak sampaikan pada orang ramai, pada perlaksanaan program ni pada hari kedua kita telah Berjaya menarik minat dua penduduk orang asli yang bukan beragama Islam untuk memeluk agama Islam dan saya rasa ini satu yang membanggakan bagi pihak saya dan agensi yang terlibat," kata Mohd Hizam

Satu majlis mengislamkan pasangan suami isteri, Anan a/p Kenabang dan Amat a/l Lazim, masing-masing berusia 19 tahun, berjalan lancar dengan kerjasama pelajar-pelajar tahfiz terbabit.

Upacara mengucap syahadah untuk memeluk Islam disempurnakan oleh Mubaligh Islam Orang Asli, Ustaz Mohd Bahari Latih.

Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak kemudian menyerahkan sedikit sumbangan kepada kedua-dua saudara baharu Islam itu yang disampaikan oleh Mohd Hizaz sendiri.

Bagi Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Tiang, Roslan Matdaud, beliau memang mengalu-alukan mana-mana pihak menganjurkan sebarang program di penempatan mereka, namun kesediaan sepasang suami isteri ini untuk memeluk agama Islam dalam program ini adalah diluar dugaan sama sekali.

Katanya, agak sukar untuk menarik masyarakat Orang Asli di sini yang tidak sampai 500 orang jumlahnya untuk memeluk Islam, kerana majoriti mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme.

"Jadi program ini telah memberi apa orang kata pengajaran yang lagi baik…. Kami sendiri tak sangka ada lagi penduduk orang asli di sini nak peluk agama Islam jadi itu saya amat terharulah,".
Peserta Jejak Syahadah, Hanif Mohd Zain berkata, beliau sendiri agak teruja apabila pasangan suami isteri muda itu tiba-tiba terbuka hati untuk memeluk Islam secara tiba-tiba dan ini merupakan satu pengalaman baharu bagi dirinya.

Selain itu, katanya, melalui program ini beliau dan rakan-rakannya turut dapat berkongsi ilmu terhadap budaya kehidupan seharian masyarakat Orang Asli seperti menyumpit, memasak ubi kayu dan menjerat binatang.

"Di samping menjalankan program ni, kami mengadakan kelas asas ilmu fardhu ain kepada mereka dan melalui ilmu asas fardhu ain ini, jadi serba sedikit menceritakan kepada mereka tentang para sahabat Islam dan kelebihan memeluk Islam yang mana untuk mendapat tiket ke syurga," katanya

Sementara itu, saudara baharu perempuan, Anam Kenabang berkata, kali ini secara tiba-tiba beliau terbuka hati untuk memeluk Islam yang agak sukar untuk dilakukan sebelum ini kerana ibu bapanya dan ahli keluarganya masih kuat mengamalkan adat mereka.

Berbanding suaminya, Amat Lazim, yang majoriti ahli keluarganya telahpun memeluk Islam, beliau bersyukur kerana kesediaan isterinya untuk memeluk Islam secara rela hati.

Ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu Amat Lazim selama ini, untuk merealisasikan hasrat mereka untuk memeluk Islam secara bersama.

"saya sangat terharu isteri saya masuk Islam, saya tak paksa dia masuk Islam, dia rela dengan senang hati nak masuk Islam," katanya

Rabu, Julai 01, 2015

CAHAYA HARAPAN RAMADHAN




GURUN, KEDAH : Sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia, pelbagai pihak mengimarahkan bulan puasa itu dengan aktiviti yang penuh keberkatan.

Antaranya Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin turut menganjurkan program menyediakan bubur lambuk di perkarangan Perusahaan NAZA Automotive di Gurun, dekat Sungai Petani, Kedah.

Seramai 30 orang pekerja kilang itu dipilih menyediakan lapan kawah bubur lambur untuk diedarkan kepada masjid berhampiran, rumah anak yatim, rumah orang tua dan pekerja di kilang itu.

Ketua Pegawai Operasi Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd. Roslan Abdul Ghani berkata, selain bubur lambur itu diedarkan kepada pekerja-pekerjanya, ianya turut diedarkan kepada masjid dan rumah orang tua sebagai satu amanat tanggungjawab sosial.

Menurut Roslan, selain pekerja menerima bubur lambuk itu, sebanyak 1,000 pek bubur lambuk turut diagihkan kepada lima buah masjid, dua buah rumah anak yatim dan sebuah rumah orang-orang tua.

Roslan sendiri turun ke padang menyediakan bubur lambuk itu serta mengagihkannya ke rumah orang-orang tua, Seri Kenangan, di Bedong dekat Sungai Petani, Kedah.

Isnin, November 25, 2013

AIR MANIS TANPA GULA

GULA yang berlebihan adalah pencetus kepada pelbagai penyakit. Kenaikan harga gula baru-baru ini membuka ruang kepada orang ramai untuk mengurangkan penggunaannya.

Bagi penggemar kordial ataupun jus buah-buahan, minuman yang dibeli dikedai ataupun pasaraya itu, pastinya mempunyai kandungan gula yang amat tinggi.


Bagaimanapun sebuah syarikat bumiputera di Gurun, Kedah telah berjaya mengeluarkan produk minuman manis tanpa gula yang bakal menjadi pilihan baru minuman seisi keluarga rakyat Malaysia.

Produk minuman keluarannya, dengan jenama ‘Manis Stevia’ hanya menggunakan ekstrak tumbuhan herba stevia bagi menggantikan gula, yang merupakan pemanis semulajadi.

Stevia atau nama saintifiknya ‘stevia rebaudiana’ merupakan pemanis yang rendah kandungan kalorinya dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa.


Usahawan muda, Rahimah Abdullah, 25, merupakan pencetus minuman kordial tanpa gula itu dengan pelbagai rasa seperti oren, roselle, nanas, mangga, sarsi, ros danbuah-buahan tropika. 


Minuman ini baru sahaja berada dalam pasaran sejak setahun lepas.

Menurut Rahimah, kelebihan dan khasiat tumbuhan herba seperti stevia banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia, mendorong syarikatnya mengeluarkan produk minuman 100 peratus tanpa gula.

Harganya setara seperti mana minuman kordial jenama lain, tetapi kordial 'Manis Steva' ini mempunyai nilai tambah sebagai minuman kesihatan yang dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darahmerangsangkan penghasilan hormon insulin di samping meningkatkan tenaga kepada tubuh badan.

Kordial 1 liter pelbagai rasa itu dapat dibeli dengan harga RM11.90 sebotol yang boleh dijadikan sebagai minuman kesihatan untuk seisi keluarga, sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.

Mengamalkan minuman ini boleh melegakan komplikasi kencing manisdarah tinggi dan dapat membantu untuk menurunkan berat badan.

Selain minuman kordial, produk jenama ‘Manis Stevia’ yang lain berada di pasaran ialah air berkarbonat pelbagai perisa yang dijual dengan harga RM2.50 sebotol, teh dengan ekstrak stevia yang dijual dengan harga RM21.90 bagi serbuk 20 uncang (RM11.90 bagi serbuk teh 10 uncang) dan pemanis stevia paket 15 gram dengan harga RM24.90.


Antara lain kelebihan mengamalkan minuman dan makanan yang mengandungi herba stevia ialah:


- mengimbangkan kandungan gula dalam darah
meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan
- melicin serta memutihkan kulit serta awet muda
membantu menurunkan tekanan darah
- membantu mengawal masalah insomania
berupaya mengawal berat badan
melawaskan pembuangan air kencing

Stevia berasal dari Amerika Selatan dan mula digunakan sejak 1,500 tahundahulu sebagai pemanis minuman dan makanan oleh penduduk asli Paraguay.


Bagi mereka yang ingin mencuba dan mengamalkan minuman kordial manis tanpa gula untuk kegunaan di rumah ataupun dijadikan minuman kesihatan tempahan boleh dibuat melalui Matt Nazriee di talian 0111-8844380, minima untuk pesanan pos  ialah pesanan minima tiga botol dengan tambahan kos penghantaran pos RM10.00.

Ahad, November 10, 2013

KENALI ANAK KITA DI KEDAH

AKU ralat juga tidak dapat hadir ke Seminar Kenali Anak Kita PETRONAS peringkat Zon Utara yang dianjurkan oleh Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), baru-baru ini.

Ketika seminar itu berlangsung, aku terpaksa berkampung di Sungai Limau, Yan, Kedah kerana tugasan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan jadual yang begitu padat.

Apa pun aku ucapkan tahniah kepada PENGASIH kerana berjaya mengendalikan seminar itu dengan kehadiran lebih 500 peserta terdiri ibu bapa bersama pegawai-pegawai dari agensi-agensi kerajaan di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Sahabat aku, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah, Badrolhisham Hashim hadir merasmikan seminar itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen TH Hotel, Alor Setar, Kedah.

Turut hadir boss lama aku, Datuk Mohd Yunus Pathi yang juga Yang DiPertua PENGASIH dan Pemangku Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas) Anita Azrina Abd Aziz.

Menurut Anita Azrina, PETRONAS telahpun menjalin kolaborasi melalui kerjasama pintar dengan PENGASIH untuk mewujudkan persekitaran komuniti sejahtera.

Katanya, program Kenali Anak Kita PETRONAS (KAKP) yang akan dilaksanakan sehingga tahun depan adalah lanjutan program 'Kenali Anak Kita' (KAK) anjuran bersama PENGASIH dari tahun 2009 hingga 2011 bagi menyokong usaha kerajaan membebaskan masyarakat daripada dadah menjelang 2015.

Sementara Badrolhisham yang mewakili Menteri Besar Kedah dalam ucapan perasmian seminar itu berkata, ibu bapa perlu meningkatkan keupayaan menangani tingkah laku anak-anak dengan menimba ilmu dan kemahiran melalui seminar dan program-program seumpama itu.

Syabas dan tahniah sekali lagi buat PENGASIH .

Ahad, November 03, 2013

AHLI PAS CIUM JAMIL KHIR

INI bukan foto super-impose tetapi foto nyata, tetapi ini juga bukan perlakuan dari fenomena Lesbian, Gay, Bisexsual & Transgender (LGBT), apa yang nyata seorang pemimpin itu perlu bersedia dan berhadapan dengan sitausi yang tidak dijangka.

Kadang-kadang insiden itu diputarbelitkan berdasarkan rakaman foto dan videonya tanpa penjelasan fakta yang sebenar, sebelum ada yang mahu menjadi antara foto ini sebagai fakta putarbelit, aku paparkan kejadian sebenarnya.

Seorang bekas ahli PAS Mohd Shabri Abdul Wahab,50,dari Sungai Limau, Yan, Kedah, tidak dapat menahan emosinya apabila menangis sambil memeluk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi melahirkan kekesalannya menyertai dan menyokong PAS sebelum ini.


Episod itu cukup terharu, apabila Mohd Shabri yang memberi komennya ketika ditanya wartawan, tiba-tiba menangis sambil memeluk Jamil Khir dan reaksinya itu hampir-hampir mencium mulut dan dagu Ahli Parlimen Jerai itu.

Peristiwa itu berlaku di majlis penyerahan borang 315 pengikut PAS dari beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO dan permohonan untuk menubuhkan lima cawangan baharu UMNO di Kampung Kabu Sepuluh, Sungai Limau pada 2 november lepas.


Beliau yang menyertai PAS sejak 30 tahun lepas berkata, masalah mereka tidak pernah diambil peduli oleh PAS sehinggalah Jamil Khir turun bertemu serta menanyakan masalah yang mereka hadapi.

"lima tahun yang lepas saya cuba nak bawa benda ni kat pas tapi PAS gagal jadi saya terus cari tempat mana yang boleh saya mengadu, syukur alhamdullilah banyak-banyak……," katanya yang terus menangis sambil memeluk Jamil Khir.

Untuk gambaran lebih jelas terhadap insiden tersebut, sebelum foto-fotonya ini dimanipulasikan disebarkan oleh pihak-pihak tertentu dengan membuat tuduhan liar bahawa Jamil Khir pun terlibat dalam aktivi LGBT, sila lihat video di bawah ini.


Jumaat, November 01, 2013

MENANG RM300,000 DARI AIRASIA

AKU terima e-mel 29 Oktober lepas, daripada Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik AirAsia, memberitahu aku telah menang hadiah Bonus High 5 AirAsia 2013 sebanyak RM300,000.

Gembira tak terkata, kerana e-mel itu menyatakan aku terpilih untuk menerima RM300,000 dibawah program Bonus Istimewa Eksklusif AirAsia 2013 yang didaftarkan selaras dengan Lembaga Permainan Asia (AGB).

Siap e-mel tu bagi tahu nombor siri tiket AirAsia yang telah aku menangi, siapa yang tak percaya, ini nombornya: AirAsia-09-0-96-10, dengan nombor siri; AirAsia / 01/2013, dan no ref; AirAsia / 019/2010007 dalam kumpulan A/6183.

Wow! kaya aku dan butiran yang perlu aku e-mel kembali kepada Jawatankuasa Penganjur Program AirAsia High 5 2013 ialah nama, alamat, warganegara, pekerjaan dan nombor telefon.

Siap ada nama pegawai yang perlu dihubungi JK Allen di alamat : AirAsia Program Eksklusif, Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Mangkuk hayun betul penipu ni, dia ingat aku bodoh, dia ingat rakyat Malaysia ni mudah ditipu, tak apa aku layan aku balas e-mel tu dengan butiran yang dia orang minta.

Nampak gaya mereka ini mencari mangsa dari kalangan yang berbangsa Melayu, kerana e-mel yang dihantar itu dalam bahasa Melayu ataupun sendiket penipuan itu dari kalangan warga tempatan.

Aku siasat e-mel itu dan maklumat risikan yang aku perolehi daripada AirAsia, e-mel itu palsu dan tiada kaitan dengan syarikat penerbangan tambang murah itu.

Berhati-hati anda semua, jangan respon e-mel itu, tapi aku respon dan mengharapkan dalam dua tiga hari lagi mereka akan hubungi aku dan giliran aku pula untuk kenakan mereka.

Aku akan buat agar orang-orang ni tertunggu-tunggu depan komputer atau berkejar ke mesin ATM untuk melihat jumlah akaun yang aku masukkan sebagai bayaran perkhidmatan kononnya untuk aku dapatkan hadiah misteri RM300,000.

Kita lihat siapa yang terkena... bodoh nak tipu orang sampai RM300,000 kalau RM1,000 atau RM500 ke, logik lah sikit, pasti ramai yang dapat ditipu mereka, itu pun jika mereka minta RM50 setiap seorang untuk yuran proses.

Tunggu entry yang akan datang, cara aku nak bodoh-bodohkan mereka ini pula. 

Isnin, Oktober 28, 2013

ABBY ABADI DISELAR ULAMA

Nana Unique: Ulama Selar Abby Abadi: Ulama Muda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya menyelar artis Abby Abadi yang keterlaluan menuduh UMNO mengabaikan golongan artis yang berhijrah dan menutup peluang terhadap kerjaya seni mereka.

Katanya, golongan artis yang berhijrah diminta berfikir secara rasional dan jangan keterlaluan menuduh UMNO tidak menyokong penghijrahan mereka selain mendakwa umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Dr Fathul Bari menganggap tindakan artis, Abby Abadi yang menyertai pas bukanlah satu penghijrahan yang ikhlas kerana beliau lantang menyalahkan UMNO membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair dan menyekat peluang kerjaya seninya.


Abby Abadi yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu calon PAS menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. -- klik artikel Nana Unique