Isnin, Oktober 28, 2013

ABBY ABADI DISELAR ULAMA

Nana Unique: Ulama Selar Abby Abadi: Ulama Muda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya menyelar artis Abby Abadi yang keterlaluan menuduh UMNO mengabaikan golongan artis yang berhijrah dan menutup peluang terhadap kerjaya seni mereka.

Katanya, golongan artis yang berhijrah diminta berfikir secara rasional dan jangan keterlaluan menuduh UMNO tidak menyokong penghijrahan mereka selain mendakwa umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Dr Fathul Bari menganggap tindakan artis, Abby Abadi yang menyertai pas bukanlah satu penghijrahan yang ikhlas kerana beliau lantang menyalahkan UMNO membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair dan menyekat peluang kerjaya seninya.


Abby Abadi yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu calon PAS menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. -- klik artikel Nana Unique

Jumaat, Oktober 25, 2013

AKHIRNYA DATO' JAMAL ABDILLAH

Akhirnya , Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah dianugerah jua gelaran Dato' atas jasa dan sumbangan seninya terhadap negara.

Sebagai rakan yang aku kenali, aku mengambil kesempatan menghulurkan tahniah kepada Jamal Abdillah dengan menghantar sms kepadanya sebaik sahaja berita itu aku terima.

Jamal membalas ringkas sms aku, "tq very much".

Itulah Jamal, tak banyak bicara bila ada kesempatan bermasej dengan aku, dan kami sebenarnya jarang berhubung, cuma aku kadang-kadang ada juga bertanyakan khabar tentang aktiviti konsertnya.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali dikurniai Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang.

Beliau yang berusia 54 tahun, antara 643 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat yang dikurnia oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu mula dikenali ramai setelah muncul sebagai juara dalam pertandingan Bintang RTM 1979.

Akhirnya setelah 35 tahun mengabdikan dirinya sebagai penghibur negara yang tak lapuk dek zaman, Jamal diiktiraf juga sebagai kelompok masyarakat yang berstatus tinggi dengan gelaran Dato'.

Jika tidak kerana rencah kehidupannya yang turut diwarnai dengan warna-warna kehitaman, sudah pastinya Jamal Abdillah lebih awal diangkat sebagai antara anak seni yang dianugerahkan dengan gelaran dan darjah kebesaran.

Beberapa tahun lepas, Jamal bertanya kepada ku, adakah penglibatan beliau dalam bidang seni akan dihargai negara sepertimana rakan-rakan artis lain yang lebih awal menerima anugerah dan darjah kebesaran daripada istana.

Aku sekadar menjawab, akan tiba masanya nanti untuk Jamal Abdillah bergelar Dato'.

Jamal tersenyum sambil berkata dalam loghat Kedah: "Aku tak minta semua tu, tapi kalau depa bagi aku ambik." 

Walaupun Jamal berasal dari Perak, beliau lebih selesa bersembang dengan ku menggunakan loghat Kedah yang pekat.

Jamal boleh dikatakan rapat juga dengan kaum kerabat diRaja Pahang. Pernah suatu malam, ketika aku ikut Jamal buat show meraikan rumah terbuka aidilfitri seorang kenamaan dalam perjalan pulang beliau menerima panggilan diminta menghadiri majlis sambutan hari jadi salah seorang kerabat diRaja Pahang.

Beliau diminta memeriahkan majlis itu dengan menyumbangkan suaranya, Jamal bergegas ke majlis itu walaupun permintaan itu secara spontan.

Itulah Jamal diminati ramai oleh segenap lapisan masyarakat, baik golongan istana mahupun kalangan pemimpin negara. Antara peminat setia Jamal Abdillah ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Berasal dari Ipoh, Perak, Jamal yang mendapat gelaran 'Raja Pop' mula menceburi bidang nyanyian pada 1973 dan aktif dalam dunia hiburan tanah air sehingga kini.

Namanya memuncak setelah mempopularkan lagu-lagu ciptaan komposer Ahmad Nawab serta membintangi beberapa filem seperti 'Azura' serta 'Kekasih Awal Dan Akhir'.

Jamal yang pernah berumahtangga sebanyak tiga kali dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

Ahad, Oktober 20, 2013

MUKHRIZ BUDIMAN KALAH BERMARUAH

RAMAI yang kecewa, tidak kurang juga yang terpaksa mengalirkan air mata, apabila keputusan tidak memihak kepada Datuk Mukhriz Mahathir dalam saingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Menteri Besar Kedah itu tewas tipis dalam persaingan merebut tempat ketiga jawatan Naib Presiden dengan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang meraih 101 undi dengan Mukhriz sekadar memperoleh 91 undi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal unggul mendahului dengan 185 dan 174 undi. Manakala dua lagi Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Abdul Isa samad sekadar mendapat 15 undi jika kedua-dua undi mereka itu dicampur.

Jika keduanya tidak bertanding dengan andaian 15 undi itu pergi kepada Mukhriz, maka sudah pastinya Mukhriz yang menang.

Apapun, pemerhati politik menyifatkan 'kekalahan' ini merupakan satu kemenangan besar bagi Mukhriz yang pertama kali bersaing bagi merebut jawatan nombor tiga dalam hireiki kepimpinan UMNO.

Apa tidaknya, dalam ada pihak-pihak yang turut menyarankan agar Mukhriz menggunakan sedikit pengaruh 'wang' bagi menjamin kemenangannya, namun beliau menolak dan tidak berminat sama sekali untuk meraih kemenangan dengan cara begitu.

Biarlah.... kalau kalah pun merupakan satu kekalahan yang bermaruah, katanya.

Perwakilan dan mereka yang layak mengundi, memilih dan memangkah pun tahu, memang arif benar tiada sebarang 'pelincir' yang mereka dapat daripada Mukhriz untuk beliau meraih 91 undi itu.

Undi itu ikhlas, tanpa sebarang pengaruh 'sampingan'. Undi itu juga membuatkan jantung banyak pihak dalam debaran dan bukan calang-calang orang mampu memiliki pengaruh sedemikian yang dapat meraih undi budiman seperti ini.

Sebagai aset dan modal untuk pemilihan akan datang, Mukhriz telah punyai segalanya untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja pencabarnya nanti.

Kekalahan ini tidak langsung mengecewakannya, kerana beliau telahpun merasai tekanan kekalahan sebelum ini.

Malah Kemunculan Mukhriz di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ketika sudah tahu kekalahan berpihak kepadanya, pada jam 1 pagi selepas pemilihan, mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun, Tajol Rosli ketika ditanya mengenai pertemuan dengan singkat Mukhriz, berkata kehadiran Menteri Besar Kedah itu bukanlah untuk mengemukakan bantahan. 

"Beliau hadir sebagai seorang lelaki budiman (gentleman) kerana menyangkakan calon yang lain juga berada di sini.

"Tiada bantahan atau sebagainya. Beliau tahu keputusan tidak menyebelahinya tetapi hadir kerana sangka yang lain ada di sini. Itu saja," katanya.

Walaupun gagal dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib Presiden Umno, Mukhriz berjanji akan terus memberi sumbangan kepada agenda transformasi parti itu.

Beliau masih mahu menyumbang atas kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.

"Saya tidak fikir dengan keputusan ini, saya hilang secara tiba-tiba daripada arena politik.

Mengulas lanjut mengenai pertandingan sengit itu, Mukhriz berkata beliau berpuas hati dengan keputusan itu kerana ia memberikan keyakinan baharu terhadap masa depan politiknya.

"Saya terkejut dengan apa yang saya dicapai memandangkan saya terpaksa bersaing dengan penyandang di sebalik sikap pesimis dalam kalangan beberapa pihak mengenai pencalonan saya.

"Pertandingan ini sangat sengit. Saya menyerahkan kepada Allah dan menerima keputusan ini sebagai satu rahmat yang terselindung," katanya.

Yang pasti, suatu hari nanti kemenangan akan berpihak jua kepada si budiman dan kemenangan berpaksikan 'habuan' bukan lagi legasi untuk meneruskan kepimpinan.

Ahad, Oktober 13, 2013

PUTERI TUDUH KHALWAT MENANG

Kejutan dan kebangkitan semula.

Bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun Yusmawati Yaacub, 33,  yang pernah dibicarakan di mahkamah syariah atas tuduhan khalwat muncul semula dalam arena politik  dengan memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO bahagian itu dalam pemilihan sayap parti itu semalam.

Yusmawati sebelum ini menang jawatan Ketua Puteri UMNO bahagian pada pemilihan 2008 tetapi digugurkan daripada jawatan itu  itu pada Jun 2011 berikutan kes khalwatnya.

Pada pemilihan kali ini Yusmawati menewaskan pemangku Ketua Puteri bahagian yang merupakan bekas naib ketuanya Siti Hajar Hayazi.

Yusmawati pada 11 Jun 2011, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra, Kedah atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Beliau pada ketika itu berusia 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei 2011.

Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Perbicaraan kemudian mendapati Yusmawati tidak bersalah dan kedua-duanya dibebaskan daripada tuduhan khalwat.

Syabas Yusmawati kerana diberi peluang sekali lagi untuk kembali mengetuai Puteri UMNO bahagian Jerlun.

Rabu, September 25, 2013

NASIB TIGA NAIB DARI KEDAH

OLEH: MATT NAZRIEE HASSAN
Majlis serah borang pencalonan untuk bertanding dalam pemilihan UMNO Oktober depan sudah pun berlalu. Pastinya pertandingan di peringkat bahagian mahupun di pusat bakal menyaksikan kemeriahan dengan calon-calon yang bertanding.

Apa pun yang menarik, Kedah kali ini menampilkan tiga tokoh yang bakal bersaing untuk tiga jawatan penting dalam hieraki kepimpinan UMNO di peringkat pusat. Tiga orang itu pula dari satu pejabat dan menawarkan diri bertanding untuk satu nama jawatan, iaitu Naib.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO, Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob pula menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO.

Seorang lagi ‘anak buah’ Mukhriz yang juga Exco dengan portfolio Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Negeri Kedah, Datin Nor Sabrina Mohd Noor juga menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan Naib Ketua Puteri UMNO.

Jawatan-jawatan tersebut berstatus elit, antara hieraki tertinggi dalam UMNO dan sayap-sayapnya, bukan calang-calang orang yang boleh menawarkan diri untuk bertanding, mesti ada populariti, komitmen tinggi dan paling penting telahpun membuktikan kesungguhan dan kecemerlangan dalam parti.

Apakah nasib mereka?, berjayakah ‘Tiga Naib’ ini, benar-benar menjadi naib untuk kerusi yang mereka masing-masing bersedia untuk mencurah keringat bakti. Kita lihat nanti, siapa yang menjadi?.


DATUK MUKHRIZ TUN DR MAHATHIR

Agak mengejutkan orang ramai kerana Mukhriz belum pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno tetapi terus bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Beliau adalah calon termuda, 49 tahun, berbanding dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (60 tahun), Datuk Seri Hishamuddin Hussein (52 tahun), Datuk Seri Shapie Apdal (56 tahun), Tan Sri Isa Samad (64 tahun) dan Datuk Seri Ali Rustam (64 tahun).

Kenapa terus bertanding jawatan Naib Presiden dengan pengalaman politiknya yang masih muda. Tidak gentarkah Mukhriz untuk bersaing dengan ‘otai-otai’ UMNO yang pernah mencipta beberapa sejarah kemenangan, tidak kurang juga yang begitu masak dengan ketewasan dan penyingkiran dalam UMNO.
Alasan Mukhriz untuk meremajakan UMNO, di samping peluang 50:50 untuk mencipta kemenangan, bukan asas yang kukuh untuk membuatkan beliau menawarkan diri bertanding dan menang. Pastinya ada percaturan dan pertimbangan lain yang menyakinkan dirinya.

Bukan mudah untuk menawan 146,000 orang perwakilan dalam pemilihan Umno pada 19 Oktober depan, namum Mukhriz sedar popularitinya kini ditahap memuncak dengan segala macam pakej yang beliau miliki.

Apatah lagi, beliau adalah anak seorang negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad yang mana populariti bekas Perdana Menteri Malaysia ke-empat itu, masih tidak ada tolak banding.

Mukhriz juga pernah masak dengan kekalahan dalam beberapa pertandingan dalam UMNO, pernah kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu dan paling sadis ialah kekalahan pada tahun 2009, beliau menentang Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda tetapi tewas kepada Khairy dan Dr Khir Toyo.

Namun kekalahan itu mematangkan dirinya, menjadi lebih dikenali dan menjadi azimat untuk dirinya sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan Naib Presiden ini.

Mukhriz juga menilai percaturan sejarah politik dalam UMNO, Dr Mahathir pernah bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 1972 ketika berusia 47 tahun tetapi tewas kerana pada tahun tersebut beliau bukan menteri. Dr Mahathir hanya Senator dan Pengerusi FIMA, ketika itu.

Tetapi tiga tahun kemudian, 1975, ketika berusia 50 tahun, Dr Mahathir menang Naib Presiden Umno kerana ketika itu beliau adalah Menteri Pelajaran. Selain Dr Mahathir, turut menang ialah Tun Ghafar Baba dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Jika kalah, Mukhriz akan ikut jejak langkah Dr Mahathir yang tewas pada tahun 1972. Tetapi Dr Mahathir menang pada tahun 1975. Ini bermakna jika Mukhriz kalah, pengalamannya cukup masak, beliau ada harapan untuk menang pada tahun 2016.
Tetapi berdasarkan fakta sejarah 1978, Ku Li yang menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan berjaya merampas Kelantan dari PAS pada pilihanraya umum pada tahun tersebut. Ini menyebabkan Ku Li menang tempat pertama dalam pertandingan Naib Presiden Umno pada tahun 1978.

Adakah Mukhriz selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang berjaya merampas Kedah dari PAS pada pilihanraya umum 2013 akan menang Naib Presiden Umno seperti Ku Li?.

Berani saya kata, kejayaan Mukhriz merampas semula Kedah dari PAS, pengaruh bapanya dan popularitinya akan memberi undi kepada Mukhriz pada 19 Oktober depan. Jika Mukhriz menang, siapa yang kena, Zahid, Hishamuddin atau Shapie?.

Percayakah, jika saya katakan Zahid yang akan tersingkir, kenapa bukan Hishamuddin?. Nak kena cakap ka, tak payah lah, tunggu dan lihat sahaja kalau tak percaya.


DATUK SURAYA YAACOB

Suraya, 44 tahun, menolak dakwaan bahawa beliau masih baru dalam wanita, untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO pada 12 Oktober ini.

Beliau bertanding jawatan itu bukan untuk merebut daripada penyandangnya, kerusi itu kosong ekoran naib ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim dipecat dari Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas di kerusi parlimen Kuala Kangsar pada pilihanraya umum lalu.

Beberapa rekod pertandingan Suraya sebelum ini amat membanggakan, contohnya ketika buat pertama kali bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang pada 2004, tiada harapan tinggi diberikan padanya, namun beliau menang dengan bergaya.

Pilihan raya umum 2008, ketika ramai calon-calon Barisan Nasional (BN) tewas sehingga Kedah diterajui oleh PAS, Suraya menang kerusi DUN Sungai Tiang sekali lagi. Pilihanraya umum 2013, dalam percaturan, ramai yang mengatakan Suraya tidak akan dipilih bertanding dan jika bertanding pun akan kalah, beliau membuktikan dirinya masih unggul.

Rekod menang di Sungai Tiang tiga penggal berturut-turut, yang juga antara kawasan kubu kuat PAS, menarik perhatian Mukriz untuk melantik Suraya sebagai salah seorang anggota Exconya dan menjawat portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kedah.

Beliau juga berjaya dipilih selama dua penggal untuk menduduki kerusi Exco Puteri UMNO dan satu penggal pada 2009 dalam Exco Wanita UMNO Malaysia.

Pengalaman berkempen Suraya akan digunakan lagi dalam pertandingan naib ketua wanita kali ini dengan mendekati seberapa ramai perwakilan wanita secara individu.

Pencabar Suraya, Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun dan Datuk Hamidah Osman yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, juga mempunyai peluang untuk meraih jawatan itu, namun dilihat Hamidah lebih mambawa cabaran untuk bersaing dengan Suraya.

Kemudian penarikan diri Hamidah bagi bertanding jawatan itu cukup melegakan Suraya kerana beliau kini hanya perlu berhadapan dengan Azizah.

Dalam menghadapi persaingan seperti ini, Suraya dilihat lebih kental dan strateginya lebih mantap berbanding kedua-dua pencabarnya. Saya yakin Suraya akan menang dalam pertandingan ini untuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia bagi penggal 2013-2015.


DATIN NOR SABRINA MOHD NOOR

Sebagai calon termuda BN Kedah pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Nor Sabrina, 34, telah membuktikan kemampuannya dengan berjaya menewaskan calon PAS Mohd Khairi Mohd Salleh dengan majoriti 2,069 undi di kerusi DUN Bandar Baharu.

Sebagai Ketua Puteri UMNO Kulim-Bandar Baharu dan juga Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sebelum ini, Nor Sabrina dilihat agak kurang menonjol dalam dalam kerja-kerja politiknya, beliau lebih banyak menghabiskan masa di Melaka dengan sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Melaka.

Bagi kembali memantapkan karier politiknya, Mukhriz kemudian melantik Nor Sabrina sebagai salah seorang anggota exco dalam kerajaan negeri dengan memegang portfolio Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi.

Mungkin ada sedikit kelebihan bagi Nor Sabrina dalam menghadapi pertandingan Naib Ketua Puteri UMNO ini, Mukhriz sebagai bossnya kini dan boss lamanya Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga calon Naib Presiden, mungkin boleh bersuara kepada ahli-ahli puteri negeri masing-masing untuk memberi undi kepada Nor Sabrina.

Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohd Yusof juga dari Kedah yang kali ini bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sedikit sebanyak boleh juga membantu untuk wakil dari Kedah ini terus dikekalkan sebagai Naib Ketua dalam pergerakan puteri.

Namun itu bukan penentunya lagi, kerana pesaing Nor Sabrina bagi jawatan naib ketua puteri bukan calang-calang juga iaitu Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Zahida Zarikh Khan dan Nazliah Ali, Ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau.

Namun kelebihan dilihat terarah kepada Nazliah untuk memenangi jawatan naib ketua puteri kali ini kerana Ketua Puteri UMNO sekarang, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bakal berkempen habis-habisan untuk Nazliah.

Nampak gaya, saya yakin Nor Sabrina akan gagal melengkapkan kuota ‘Tiga Naib’ dari Kedah.

Ahad, September 22, 2013

UMNO MUDA LEBIH BERGAYA

KEHADIRAN golongan muda, yang lebih menyerlah pada hari pendaftaran calon UMNO negeri Kedah bagi menghadapi pemilihan UMNO Oktober depan merupakan petanda, sistem baru pertandingan kali ini, menjadi lebih terbuka.

Kelibat pemuda dilihat lebih ramai di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah, sama ada yang datang menyerahkan borang pencalonan atau mengiringi rakan-rakan mereka.

Kesanggupan ramai dari golongan muda menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO Bahagian dan juga Pusat memberi impak jelas bahawa proses peremajaan UMNO sedang berlaku dengan begitu bergaya.

Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO negeri Kedah, Haris Che Mat, golongan muda yang bersedia menawarkan diri bertanding kini lebih matang dengan memiliki pelbagai pakej merangkumii personaliti, profesionaliti, akedemik dan keagamaan.

Antaranya seorang usahawan muda, yang berpendidikan agama, Mohamad Fadzil Zolkipli, 35, menjadi calon untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian Pendang dengan misi menonjolkan anak-anak muda yang menjiwai Islam sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan.

“saya rasa, hasrat beliau untuk memastikan pemuda-pemuda yang berilmu, pemuda-pemuda ada yang berlatar belakangkan agama ini memang perlu diketengahkan sebab apa kita lihat, kebelakangan ini kita lihat orang-orang muda sekarang ini, bila cakap soal agama ini mereka terlalu memencil diri, mereka terlalu terkebelakang, jadi saya juga dan rakan-rakan bukan nak meninggi diri, kita juga nak menawarkan perkhidmatan, kita juga nak menawarkan sedikit ilmu yang kita ada untuk kita memastikan bahawa-bahawa pemuda yang akan datang ini, merupakan pemuda yang berilmu dan beragama,”
kata Mohamad Fadzil.

Golongan muda kini berani menonjolkan diri bertanding ke jawatan-jawatan tinggi dalam usia yang masih muda, berbanding sebelum ini, rata-rata calon hampir mencecah 40an baharu mahu menawarkan diri.


Contohnya, Kamarol Salleh, 34, turut bertanding untuk Exco Pemuda UMNO Pusat, disamping sebagai calon untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian Pokok Sena, menggantikan Haris yang kini sebagai calon Naib Ketua UMNO bahagian itu.

Beliau, Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan mengalas perjuangan golongan muda untuk membangunankan modal insan golongan terbabit, terutama yang tinggal di kawasan luar bandar.

“saya melihat perlunya banyak perubahan terutama golongan muda, golongan daripada luar bandar, kita melihat baru ni ketika pilihan raya umum pembantu utama, factor utama kemenangan dalam pru ke-13 baru-baru ini adalah di mana kita tak mahu melihat golongan orang muda ini dipinggirkan, mereka banyak berjasa kepada mereka jadi banyak-banyak program yang kita nak naikkan golongan muda di luar bandar
,” ujarnya.

UMNO perlu memberi peluang kepada pemimpin muda agar dapat menerajui tampuk kepimpinan parti UMNO di semua peringkat, kata calon Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Terap, Ismail Ibrahim, 34.

“jadi dengan berkat semua pihak, rakan-rakan pemuda semua di peringkat akar umbi memberi komitmen yang baik dengan saya dapat melihat bahawasanya anak-anak muda di padang terap ini masih lagi memerlukan barisan jawatankuasa yang boleh membawa satu perubahan yang baik lah untuk padang terap, jadi focus kita pada kali ini untuk menumpukan anak-anak muda, pemuda yang mana berusia 18 tahun sekarang ini yang kita lihat pada pru yang ke-14 inilah anak-anak muda yang berhadapan dengan pru yang ke-14,” kata Ismail.

Pelbagai perancangan untuk golongan muda bakal ditranformasikan oleh Rudy Mohd Rejab, 36, jika beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kubang Pasu nanti.

tranformasi yang kita akan bawa ini mewujudkan lebih banyak mencari peluang-peluang pekerjaan, kursus-kursus untuk golongan muda ini lebih berdikari tidak mengharapkan bantuan subsidi sepertimana yang kita ketahui negara kita ini adalah negara subsidi jadi kita harap selepas ini dapat membawa pemuda ini kearah yang lebih sistematik pengurusan kewangannya,” kata Rudy.

Sabtu, September 21, 2013

AHLI UMNO BELAJAR MANDARIN

UMNO bahagian Alor Setar bercadang untuk mewujudkan Biro Komuniti Bahasa Mandarin sebagai langkah lebih berkesan untuk mendekati masyarakat Cina di samping memanfaatkan ahli UMNO itu sendiri.

Timbalan Ketua UMNO bahagian Alor Setar,  Muhamad Guntor Tobeng Mansor Tobeng berkata, buat permulaan UMNO Alor Setar akan mengumpul beberapa ahlinya yang boleh berbahasa Mandarin dan bercakap loghat Cina yang lain, sebagai tenaga penggerak.

Menurutnya, kumpulan penggerak itu nanti akan berusaha mewujudkan kelas dan debat bahasa Mandarin bagi membolehkan ahli UMNO dan orang ramai mempelajari bahasa itu disamping mengatur aktiviti sosial bersama masyarakat Cina.

“kalau kita boleh kumpulkan orang melayu boleh berbahasa mandarin ini, kita buatkan satu kuliah ataupun kelas tution bahasa mandarin memperkemaskan pidato dalam bahasa mandarain, ini akan beri satu perubahan pola politik pada pru-14,” katanya.

Muhamad Guntor Tobeng yang fasih berbahasa Mandarin bersedia mengetuai biro itu nanti.

Katanya, jawatankuasa biro komuniti bahasa Mandarin itu nanti akan memainkan peranan dan membuat perancangan untuk mendekati masyarakat Cina secara lebih mesra bagi menarik minat golongan itu menyokong Barisan Nasional (BN).

“saya ada kekuatan sayya boleh berbahasa mandarin.. whua hei, cang chua hee, wha see thu hoi chiau (sebutan mandarin), jadi kita boleh menggunakan kekuatan yang saya ada untuk memperkemaskan jentera kita dengan kaum tionghua, kalau selama ini mereka mempunyai sangkaan yang serong kepada kepimpinan umno, pada hari ini mereka bernasibb baik kerana mereka mempunyai seorang pemimpin umno diperingkat timbalan yang boleh berkomunikasi secara terus dalam bahasa ibunda mereka,” kata beliau.

Menurutnya, umum mengetahui pada pilihanraya umum ke-13 lepas, majoriti masyarakat Cina tidak menyokong BN, justeru itu Komuniti Biro Bahasa Mandarin akan memainkan peranan agar golongan terbabit kembali menyokong BN pada pilihanraya umum ke-14 nanti.

Muhamad Guntur Tobeng percaya, lebih 10 orang ahli UMNO bahagian Alor Setar boleh berbahasa Mandarin dengan baik untuk menggerakkan biro itu nanti.

Khamis, September 19, 2013

PENIAGA TOMYAM MARAH MEDIA

Seorang lelaki yang dipercayai pemilik restoran itu tiba-tiba naik angin dan bertegang leher dengan Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar,  Dr Narimah Ismail kerana turut membawa pihak media semasa pemeriksaan di lakukan dipremisnya.

Ini gara-gara restoran miliknya diarahkan ditutup selama dua minggu kerana aspek-aspek kebersihan diabaikan.

Antara kata-katanya : “come on la, this is cannot be done in 24 hours, but your want to closed with is, you closed i not want to pay any cent this people (pekerja), you bukan kira orang susah, you know that i tell you what i am making a lot of profit running this business you are wrong, aku nak bagi orang kuala kedah hidup ja, tanya depa lah, no..no come on because this reporter are here you bring the reporter”.

Operasi yang dinamakan ‘Ops Tom Yam dan Seafood’ itu di lancarkan  di sepanjang Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, baru-baru ini.

Operasi itu diketuai Dr Narimah bersama 50 anggota penguatkuasa kesihatan pejabat itu dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Menurut Dr Narimah, dalam operasi itu mereka melakukan pemeriksaan terhadap 23 premis makanan yang tertumpu kepada restoran makanan laut dan tom yam.

Dalam operasi itu, beberapa premis makanan telahpun diarahkan tutup selama 14 hari.

Jumaat, September 06, 2013

LETERAN API WARTAWAN

Nana Unique: Leteran Api Wartawan: Matt Nazriee rakan baik Nana, beliau pernah membuat persembahan seni bermain api di Menara Alor Setar, Kedah semasa sambutan malam ambang tahun baru 2013 dan beliau yang juga seorang wartawan, turut menyertai rancangan realiti 'Mimpi Ke Bintang' peringkat zon utara yang disiarkan secara langsung di TV2. Kini beliau bersedia untuk membuat persembahan itu di majlis-majlis keramaian, sambutan hari jadi, resepsi perkahwinan dan lain-lain dengan jenama 'Leteran Api Wartawan (Journalist On Fire).

FIRE Eating and particularly Fire-Breathing is possibly the most dangerous and potentially injurious art to be found in circus, theatre and street performing. 

Experimenting without knowledge may be fatal and the first steps should be taken ONLY in the presence of an experienced person who fully understands the dangers. -- klik Nana Unique untuk semua.

Khamis, September 05, 2013

WANITA HINA TAHAP BABI


Nana Unique: Wanita Hina Tahap Babi - Lagi kes penghinaan Islam dalam tahap yang paling kurang ajar dan tidak dapat diterima akal oleh masyarakat umum.

Bagi Nana memang celaka betul orang itu dengan terang-terang menghina agama Islam dengan mengaitkannya nama Allah SWT.


Seorang pengguna Facebook dengan nama Adlin binti Abdul Jalil telah memaparkan entry terbaharu pada 3 September lepas dengan foto seekor babi yang sedang dipanggang dan pada badan babi itu ditulisnya perkataan yang mengaitkan Allah SWT dengan nama binatang, dalam tulisan jawi. (klik blog Nana Unique untuk cerita sepenuhnya)

Jumaat, Julai 20, 2012

JOURNALIST ON FIRE

Fire Eating and particularly Fire-Breathing is possibly the most dangerous and potentially injurious art to be found in circus, theatre and street performing. Experimenting without knowledge may be fatal and the first steps should be taken ONLY in the presence of an experienced person who fully understands the dangers. Local journalist, Matt Nazriee Hassan, understands the dangers and now he ready to perform fire eating show with branding of "Journalist On Fire". Trained by experts five years ago and like to perform his show every where at any time with free of charge for charity show. Conctact Matt Nazriee, with show Journalist On Fire at 017-4517054 or 014-2475475.

Selasa, April 20, 2010

PEKENA SHISHA KL DOWNTOWN


Memerhatikan gelagat orang ramai menghabiskan waktu malam, dengan aku bersama rakan-rakan dari Pengasih, bersantai di gerai minuman KL Downtown adalah seperti menyaksikan satu pementasan drama tetapi itulah realitinya.

Drama kehidupan itu aku amati dengan asyik, apatah lagi aku bersama rakan-rakan melayan dua hookah shisha membuatkan kami turut diperhatikan. Kanak-kanak, yang tua dan muda, lelaki dan wanita kekadang menjeling, memandang sinis melihat gelagat kami yang sedang leka menghisap shisha. Biarkan, inilah pameran gaya hidup bebas di kota metropolitan.

Asap berkepul, aku menyedut perlahan-lahan hookah yang diletakkan di atas meja. Asap yang disedut menerobos masuk ke dalam kerongkong dan dihembus, berkepul-kepul keluar dari mulut.

Sambil melayan shisha, aku biarkan Khairul, Zainizam, Razali, Black, Hazil dan Madihi bicara dengan omongan kosong mereka. Mata aku lebih fokus ke arah orang ramai berlegar-legar dan lalu lalang.

Ada yang datang keseorangan, tetapi matanya meliar mencari seseorang. Ada yang berpasangan lelaki sama lelaki, lelaki sama wanita dan wanita sama wanita. Ada kumpulan berkeluarga sambil mendukung anak kecil, ada kumpulan bercampur gaul lelaki dan wanita dengan gaya trendy.

Imiginasi pula merawang, yang lelaki dan wanita saling berpimpin tangan mungkin baru berjinak-jinak dalam bermanja, ada wanita sama wanita berpeluk pinggang mungkin dalam bilik pelukan mereka lebih sadis.

Tidak kurang juga wanita yang bertudung dengan baju ketat berseluar sendat. Apatah lagi yang berpakaian seksi ternampak lurah di dada, terbelah di paha. Mungkin minta diperhatikan, semuanya itu kini lumrah bagi warga kota.

Seorang gadis berbadan mugil dan montok melintas di hadapan ku. Baju T dipakainya terlalu sendat sehingga dadanya yang terbonjol nampak jelas. Mata aku terus melirik lenggang lenggok gadis itu. Sempat juga mata mencuri lihat punggungnya yang bergoyang sehingga dia hilang dari pandangan.

Lantas aku teringatkan seorang teman, Ieda Aziz. Dia bukan kategori berbadan montok, Ieda Aziz langsing orangnya. Tapi dia selalu ingatkan aku sebelum ini, “Abang hang jaga-jaga, jangan sampai terkeluar biji mata dah, hang memang pantang tengok yang tembam-tembam”. Entahlah aku sendiri pun tak faham.

Antara sedar atau tidak, aku terlalu asyik melayan ragam manusia malam itu. Bukan kerana penangan shisha. Menghisap shisha bagi aku sama rasanya seperti merokok. Sedutan asapnya kosong semata-mata, begitu juga rokok. Malah rasa nikotin shisha lebih ringan berbanding rokok kerana telah ditapis oleh air dalam balang hookah.

Cuma peralatan untuk menghisapnya sahaja nampak gerun, membuatkan ramai yang bertanggapan mereka yang mengambil shisha sedang mabuk dan berkhayal.

Sebutan shisha berasal dari perkataan Arab yang merupakan tembakau berperisa dan dihisap menggunakan alat dikenali dengan nama hookah yang berasal daripada perkataan Hindi, ianya merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak.

Sebutan jargon dalam bahasa Melayu, hookah bolehlah dipanggil sebagai ‘dapur’. Menghisap shisha ini lebih mirip kepada pengambilan dadah marijuana dengan menggunakan alat yang dipanggil "dapur".

Dulu semasa aku menagih marijuana, apalikasi yang hampir serupa digunakan untuk menghisapnya. Cuma peralatan dapur untuk menghisap ganja menggunakan botol kicap yang diisi air dan paipnya daripada batang betik.

Menghisap shisha yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya. Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.

Apapun kini shisha telah menerap dalam budaya anak-anak muda di Malaysia. Shisha tetap mengundang ketagihan sama seperti merokok.

Khamis, April 01, 2010

HISHAMUDDIN TEMUI AYAH PIN


Dalam kerjaya aku di bidang penulisan, Hishamuddin Rais boleh aku anggap sebagai mentor. Aku suka baca tulisannya. Aku mula baca tulisannya sejak Hishamuddin jadi kolumis Berita Harian dulu, kemudian aku terus ikuti kolumnya di Malaysiakini.com.

Bait-bait ayatnya begitu terkesan di hati, kekadang mengundang juga lelucon. Memetik sebaris ayatnya yang ditulis mengenai seorang pemimpin negara lebih kurang begini: “Kes jahat pemimpin ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis, dakwat seluas Laut China Selatan akan kering”.

Dulu, semasa aku asyik dengan ‘berdegung’ tulisan Hishamuddin aku baca berulangkali. Bersama keasyikan itu aku menangkap tulisannya sampai ke otak.

Baru-baru ini aku layari blog ‘Tukar Tiub’ Hisamuddin. Ada satu entry cerita lawak yang agak lucu dengan topik ‘Ayah Pin Yang Dikatakan Hilang Telah Ditemui’. Bersama foto sindiran gugusan keluarga Ayah Pin, nota kakinya menulis begini:

ini bukan ajaran sesat
ini cara merapatkan
awang pada dara
bujang pada janda
bra pada dada kah kah kah


Dalam banyak-banyak komen pada entry itu bujang duda pula mencelah dengan berkata...

Bila bujang bertemu janda
Mesti bujang tak dapat rasa dara
tapi janda banyak rahsianya
janda pandai membeza rasa...

Selasa, Mac 23, 2010

MILIK SIAPAKAH GADIS INI


Ieda Aziz, namanya persis seorang artis, ada nilai komersial lagi. Medengar keletah dia berbicara, dengan melihat raut wajah dia, ala-ala gedik gitu. Itu tanggapan awal aku terhadap Ieda. Tapi dia tidak begitu, setelah aku kenal akan dia.

Mungkin tidak seberapa sangat, aku mengenali Ieda. Namun gadis itu mampu meruntum kalbu, bagaikan penglipur lara, Ieda boleh dijadikan kawan berbicara. Aku pasti terbahak-bahak ketawa bila bersembang-sembang dengannya. Rupanya Ieda seorang yang periang. Sepanjang aku kenal dia, tidak pernah lagi aku mendengar keluh kesah rasa di hatinya.

Mungkin juga kerana status ‘satu kampung’, aku semakin hari semakin rapat dengan Ieda. Aku boleh berkongsi rahsia bersama Ieda. Ada ketika, aku dan Ieda semakin galak mengutuk seseorang. Kemudian berderai ketawa kami, terasa puas di hati.

Namun jauh di sudut hati Ieda, aku dapat rasakan ada kekosangan di hatinya. Usianya juga telah merangkak tinggi. Namun dia balut ruang-ruang kosong dan kesepian itu dengan rakan-rakan seperti aku.

Ieda seorang yang mudah mesra, rakan-rakan yang rapat dengan Ieda akan merasa kehilangan jika sehari tanpa Ieda. Hilang ceria, kata mereka.

Bagi aku, Ieda membawa pesona yang lain dari yang lain. Ieda pun bukan kategori dari kalangan secantik ratu. Wajahnya bersahaja, hidungnya mancung tak mancung, matanya bulat tak bulat, bibirnya yang mungil dengan senyuman yang lebar ditambah dengan rambutnya yang panjang, maka lengkaplah dan sesuailah sesiapa yang rasa nak ambil dia buat menantu, silakan.

Ieda seorang wanita yang ada karier dan berpenampilan. Amboi… berjela rasanya aku puji gadis ini, dahlah cukup setakat ini. Tapi yang paling aku terkesan, Ieda melihat aku bukan seperti seorang bekas penagih dadah.

Ieda pernah memberi kata dua nasihat kepadaku: “Abang hang janganlah berdegung lagi, kalau hang rasa nak berdegung, hang cakap kat aku… Aku nak berdegung sama”.

Aduhhhh… Milik siapakah gadis ini?.

Isnin, Mac 15, 2010

SIREH PULANG KE GANGGANG


IBARAT sireh pulang ke ganggang, itulah yang boleh aku katakan bila mengikuti rombongan Yang DiPertua Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi ke PUSPEN Besut, baru-baru ini.

Apa yang menarik, seolah-olah aku dapat merasakan dan mengimbas kembali perjalanan hidup Mohd Yunus yang penuh ranjau dan onak berduri sehingga beliau kembali bangun untuk menjadi seorang manusia selepas mendapat rawatan di pusat itu kira-kira 27 tahun yang lampau.

Semuanya ini bermula pada sekitar tahun 1983, apabila beliau ditangkap polis dan dimasukkan ke Pusat Serenti Besut yang kini dikenali sebagai PUSPEN Besut. Kini beliau kembali semula ke pusat itu bagaikan “sireh pulang ke ganggang”. Tetapi “kepulangan” beliau ke situ sebagai seorang yang telah berjaya di dalam kepulihan dan kini mendapat tempat dalam masyarakat.

Aku dapat melihat keyakinan Mohd Yunus melangkah masuk ke pusat itu. Beliau kelihatan flamboyant dengan baju batik berwarna biru, seluar hitam bersih dan Eau de Toilette Polo Ralph Lauren. Kasutnya sentiasa bersih, stokinnya sepadan dengan warna seluar dan kasut, janggutnya dipotong rapat.

Sambil-sambil itu, juga sempat aku membuat perkiraan, jika aku tidak bersama Pengasih inilah tempat aku jua akhirnya.

Mohd Yunus yang aku kenali adalah seorang yang diplomatik kerana bercakap dengan agak berhati-hati depan orang yang tidak dikenali sebaliknya di hadapan anak didiknya residen Rumah pengasih ternyata beliau seorang yang tegas, adakala garang, kompulsif tetapi bersifat ambil berat (caring).

Mohd Yunus hadir ke pusat itu bagi berkongsi pengalaman dengan pelatih-pelatih PUSPEN Besut tempat yang mana beliau pernah mendapat rawatan dan menjadikan dirinya sebagai seorang yang berguna dan dikagumi oleh masyarakat kini.

“Perubahan memang mudah tetapi untuk melaksanakan banyak cabaran yang harus ditempuhi, “ ujar Mohd Yunus bagi memulakan bicaranya selepas berjemaah solat Mahgrib bersama-sama pelatih pusat itu.

Katanya, memang sukar untuk dinafikan bahawa setiap penagih dadah dalam kepulihan sentiasa berdepan dengan ancaman penagihan semula (relapse).

Beliau mengaitkan dirinya yang kini sudah 27 tahun bebas dari dadah dan walaupun kini beliau telah membina keyakinan masyarakat terhadapnya beliau sentiasa dalam pertarungan untuk bebas dadah.

“Tetapi pilihan di tangan saya. Hanya keimanan dan tahap spiritual yang tinggi yang menyelamatkan saya sehingga ke tahap kini,” katanya lagi.

Mohd Yunus banyak menggunakan elemen terapeutik yang digunakan untuk meninggalkan dadah dan terus kekal dalam kepulihannya.

Beliau mengimbas kembali, bagaimana beliau boleh dihantar ke PUSPEN Besut untuk dikongsi bersama.

“Tempoh enam bulan terakhir pada tahun 1983 menyaksikan saya sering keluar masuk lokap kerana kesalahan-kesalahan seperti menggunakan dadah, tidak mempunyai kad pengenalan diri serta disyaki sebagai ejen pengedar dadah,” ujarnya.

Hari demi hari, beliau terjunam ke dalam jurang penagihan dadah. Dan kabus kedaifan yang membungkus hidupnya semakin menebal.

Pada pagi hari raya, tahun tersebut ketika orang sibuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, beliau bersama dua orang rakannya berselindung di balik sebuah kotak usang, lantas memulakan proses pengambilan heroin.

Tidak semena-mena, entah dari mana datangnya, meluru datang dua orang anggota polis narkotik berpakaian preman menggari mereka. Kedua-dua mereka dibawa menaiki van menuju ke Balai Polis Dang wangi.

Dua hari berikutnya, Mohd Yunus bersama lima pesalah yang lain dibawa menaiki van menuju ke Terengganu. Setelah menempuh perjalanan yang panjang mengambil waktu kira-kira lapan jam, van tersebut tiba di perkarangan Pusat Insaf Diri Besut yang kini dikenali sebagai PUSPEN Besut.

Mohd Yunus pasrah dalam lamunan ombak kehidupannya sehingga ke hari raya pertama pada tahun 1983, bila beliau menjadi salah seorang penghuni pusat itu.

Keinsafan bermula bila beliau jatuh sakit ketika mula-mula mendapat rawatan di pusat itu. Beliau jatuh pengsan dan dikejarkan ke Hospital Daerah Besut dan dimasukkan ke wad kecemasan. Beberapa jam beliau sedar kembali dan merasa lega mendapati dirinya masih hidup.

“Dalam kedaan sedar tidak sedar itu, saya dapat menangkap suatu suara bisikan melalui cuping telinganya yang mengucapkan bacaan-bacaan dalam sembahyang. Saya melirik mata untuk mengesan punca suara itu,

Lalu kelihatan seorang wanita bertelekung putih sedang sedang bersolat berhampiran katil saya. Saya tidak kenal wanita itu tetapi amalan wanita itu benar-benar membuat hati saya tersentuh,” ujar beliau.

Sejak dari peristiwa itu beliau mulai insaf dan bertekad untuk kembali ke pangkal jalan untuk mencari keredaan Ilahi. Mohd Yunus kembali ke pusat serenti seperti seorang yang dilahirkan kembali lalu menjalani pemulihan dengan penuh komitmen khususnya dalam usaha untuk meningkatkan ketakwaannya.

Selepas itu Mohd Yunus mula membina keyakinan diri dan tidak segan silu menyatakan kepada masyarakat bahawa beliau adalah bekas penagih dadah dan membuktikan kepada mereka bahawa beliau dan rakan-rakan penagih yang lain juga boleh berubah.

Selepas keluar dari pusat itu, beliau mula mengumpul rakan-rakan sebagai kelompok pembimbing rakan sebaya. Lama kelamaan ianya berkembang sehingga dapat menubuhkan Pengasih seperti yang wujud hari ini. Beliau kemudian mendapat latihan dalam pemulihan penyalahgunaan bahan (substance abuse treatment) di Daytop, Amerika Syarikat dan sebahagian model itu dibawa balik ke Malaysia bagi menggerakkan Rumah pengasih.

Rabu, Mac 03, 2010

KISAH PALING SERAM - GENGBLOGGER.COM


MISTERI RANTAU ABANG

Sehingga kini aku masih tercari-cari jawapan, siapakah wanita dalam chalet dan dari mana datangnya suara kanak-kanak di hutan pinggir pantai Rantau Abang. Peristiwa ini berlaku pada penghujung tahun 2008 ketika aku dalam ekspedisi bermotosikal secara solo menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia.

Pertama kali aku pernah ke Rantau Abang, hampir 20 tahun yang lampau. Dalam ekspedisi itu aku sempat singgah dan berkhemah selama dua malam di Rantau Abang, yang terkenal dengan tempat penyu bertelur.

Rantau Abang aku perhatikan tidak seperti dahulu, tempatnya agak terbiar berbanding 20 tahun dulu. Pinggir pantai penuh dengan hutan dan semak samun. Aku tiba di pantai Rantau Abang ketika senja baru sahaja berlabuh. Beberapa orang nelayan masih ada di pantai memunggah pukat masing-masing. Aku minta izin pada salah seorang nelayan untuk berkhemah di tepi pantai berhampiran pengkalan mereka.

"Boleh buat khemah di sini tapi jangan sampai hujung sana sangat, buat dekat sikit dengan perahu nelayan," ujar salah seorang nelayan sambil menunjukkan ke arah salah sebuah resort yang agak sunyi. Mungkin sunyi tanpa penghuni kerana ketika itu bulan puasa.

Malamnya aku tidur keseorangan di pantai Rantau Abang. Sebelum aku hanyut dibuai mimpi, cuping telingaku sempat menangkap bunyi-bunyian yang tidak tentu hujung pangkalnya. Sebelumnya sempat juga aku memanggang beberapa ekor ikan segar yang diberikan nelayan di situ, sebagai santapan malam yang sungguh enak aku rasa.

Esok paginya perut aku memulas, terus aku mencari hutan berdekatan untuk melepaskan hajat. Aku masuk ke hutan bersebelahan pantai. Terpesona aku sekejap melihat suasana dalam hutan itu, kawasannya agak lapang seolah-olah bagaikan sebuah halaman rumah yang dijaga rapi. Tetapi rumahnya tiada, menambahkan lagi kesepian hutan itu. Ketika aku minta 'izin' untuk melepaskan hajat, aku terdengar suara kanak-kanak bermain-main dan bersembang-sembang. Tapi aku tidak pasti apa yang dibualkan mereka. Suara bising itu semakin lama semakin dekat menghampiri aku.

“Mungkin ada rumah di sebalik hutan ini,” aku berbisik sendirian. Aku mematikan hajat angkara perut yang sedang memulas, lantas membuat pemerhatian di sekitar kawasan itu. Tiada rumah, tiada kanak-kanak yang sedang bermain. Kemudian suara mereka semakin lama,mula menghilang. Kesunyian mula membelah hutan itu diiringi nyaringan unggas-unggas.

Perut yang memulas hilang tiba-tiba, aku lantas meninggalkan hutan itu dan beredar ke chalet berhampiran untuk membasuh muka. Salah sebuah bilik di chalet itu aku rasa berpenghuni. Terdengar suara seorang wanita yang terbatuk-batuk tanpa henti. Agak kronik batuknya. Aku fikir mungkin ada pelancung yang singgah melepaskan penat di bulan puasa ini.

Batuk wanita itu berpanjangan. Kesian juga aku dengar. Waktu berbuka puasa, aku ke chalet itu lagi untuk mengambil air. Aku lihat bilik yang berpenghuni tadi sunyi sepi. Tiada suara batuk-batuk dan bilik itu gelap gelemat, tidak seperti siang tadi yang aku nampak nyata kipasnya berputar.

Mungkin penghuninya sudah meninggalkan tempat itu. Keesokannya aku melihat seorang lelaki sedang menyapu di halaman chalet itu.

"Abang, ada orang sewa ke bilik itu semalam," aku bertanya lelaki itu.

"Bulan puasa ni mana orang yang datang sewa kat sini, releklah sikit kerja saya," katanya.

"Tapi semalam saya dengar suara perempuan batuk-batuk dalam bilik ini," ujar aku.

"Ohhhh.... biasalah dah selalu macam nie, tapi sebenarnya tiada orang, tak apa dia tak ganggu jangan risau," ujar lelaki itu selamba.

Aku kehairanan dengan seribu pertanyaan. Siapakah wanita itu. Menariknya di chalet itu ada seekor burung tiong yang boleh berkata-kata dan memeberi salam. Sebelum aku beredar burung tiong yang dikurung dalam sangkar itu berkata: "Assalamualaikum."

Aku menjawab salam itu dengan penuh misteri.

Rabu, Februari 24, 2010

GADIS USIA 12 JUAL DIRI


IBU ku seorang tukang urut. Tukang urut kampung, bertemu pelanggan untuk rawatannya di hotel yang tiada nama. Sekali sekala hotel itu dijadian sandaran untuk meraih rezeki bagi membayar sewa rumah dan makan minumnya. Kekadang adalah untung setelah ditolak sewa bilik yang harganya tidak seberapa.

Agak lama sudah, aku tidak bertemu dengan ibuku. Lantas baru-baru ini, aku meluangkan masa bertemu dengannya di hotel itu. Sementara menunggu ibuku bersama pelanggannya selesai, aku melabuhkan punggung di lobi hotel.

Bersantai di kerusi rotan beralaskan kusyen empok, mata aku meliar melihat orang berjalan keluar masuk hotel. Sambil sesekali mata aku menjeling ke arah peti televisyen di hadapan, bagaimanapun mata aku lebih tertumpu memerhati gelagat orang.

Melihat orang berjalan keluar masuk,sambil mata melayan kerenah sekumpulan pendatang Pakistan dengan sekelompok wanita yang bersidai di lobi hotel, adalah ruang rehat yang mengasyikkan. Sebatang demi sebatang rokok jenama “Pall Mall” lari dari kotaknya untuk menerobos masuk ke kerongkong.

Rupanya hotel ini juga telah menjadi tempat jantan bertemu betina. Aku sediri tidak sangka, hotel ini sedang menjadi tempat di mana dipertemukan lelaki gersang dengan perempuan bertubuh montok lagi gebu.

Terselit di celah-celah perempuan bertubuh montok dengan mulut bergincu merah dan make-up tebal, mata aku terpaku kearah seorang gadis sederhana lampainya, ketinggiannya pun tidak seberapa. Kecil molek orangnya.

Sesekali kedengaran juga gadis itu memanggil salah seorang perempuan bertubuh montok itu, “Mama”. Mungkin ibunya, agak aku. Perempuan-perempuan montok itu begitu galak melayan lelaki-lelaki Pakistan yang aku rasa ketandusan kerana isteri ataupun kekasih mereka nun jauh di Asia Tengah.

Kelibat-kelibat antara wanita montok itu kemudian hilang dari pandangan ku, mungkin bersama lelaki-lelaki gersang tadi. Kelibat gadis yang menjadi tumpuan aku tadi turut hilang dari pandangan. Kemudian dia muncul semula, diikuti seorang demi seorang perempuan bertubuh montok kembali melabuh punggung di lobi hotel.

Kemudian gadis itu mundar mandir di hadapan ku. Berseluar jeans, berbaju pink yang terdedah sepenuhnya di bahagian belakang tanpa tali bra sudah cukup membuatkan jantan-jantan gersang mengelegak jiwanya. Apatah lagi payudaranya yang kulihat tidak menonjol sebesar mana.

Gadis itu kemudian bersantai betul-betul di hadapan ku di atas kusyen kerusi rotan. Aku merenung matanya tepat, dia membalas kembali sambil tersenyum. Tetapi, di sebalik senyuman itu aku dapat rasa ada keresahan di hatinya.

Aku lantas bertanya: “Dik umur berapa”.

“12 tahun,” jawabnya ringkas.

“Tak sekolah ke,” tanyaku ingin mencungkil lagi. Gadis itu sekadar mengeleng-gelengkan kepala.

“Abis buat apa, kalau tak sekolah,” Tanya ku lagi.

“Kerja dengan Mama,” jawabnya, membuatkan aku terus faham kerja cari makannya.

Ibu apakah itu, sanggup mengadaikan maruah anak gadisnya yang bawah umur, setelah tubuh badannya tidak lagi laku untuk dijamah lelaki.

Terfikir juga aku, untuk bertanya berapa harganya jika aku melanggan harga badan gadis itu dan perempuan-perempuan bertubuh montok tadi. Tetapi aku tidak tergamak, apatah lagi untuk bertanyakan kepada gadis itu. Tetapi, aku hairan ada juga lelaki yang tergamak meratah gadis itu, dalam usianya semuda 12 tahun.

Isnin, Februari 22, 2010

JAMAL ABDILLAH DI PERMATANG BONGLAI


BARU ini aku bersama Jamal Abdillah dan krew Pengasih berkesempatan ke Permatang Bonglai, Jitra untuk program "Kenali Anak Kita" di Kedah. Rakan aku Nazaruddin dari Utusan Malaysia sempat melaporkan aktiviti kami di sana dan di sini aku selitkan kembali laporan yang tersiar dalam Utusan Malaysia.

JITRA 21 Feb. - Lazimnya mereka hanya mengenali beliau melalui media massa yang memaparkan kehebatannya sebagai penyanyi tersohor. Semalam, mereka sama sekali tidak menyangka dapat bertemu secara live dengan penyanyi yang mempunyai vokal amat mengasyikkan, Jamal Abdillah.

Itu yang terjadi kepada penduduk di Kampung Permatang Bonglai, Tunjang dekat sini semasa program Kenali Anak Kita anjuran Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) dan Petronas di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai.

Jamal hadir bagi menjayakan kempen yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun.

Kehadiran penyanyi itu jelas menggembirakan penduduk kampung berkenaan yang selama ini hanya mengenali Jamal melalui media massa.

Pada majlis itu, Jamal menyanyikan beberapa lagu bagi menghiburkan para peminatnya selain membantu Pengasih berkempen mengenai salah guna dadah.

Satu program yang dikenali sebagai Bualbicara Kenali Anak Kita turut diadakan yang disertai oleh Dr. Yahya Don daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Khamsiah Ismail daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Yang Dipertua Pengasih, Mohd. Yunus Pathi.

Program Bualbicara itu menggunakan pendekatan pendidikan hiburan iaitu forum yang disertai hiburan dengan artis popular akan diundang bagi mengadakan persembahan sebagai daya tarikan.

Kempen tersebut menjadikan ibu bapa sebagai kumpulan sasar dalam usaha memperkasakan mereka sebagai ejen perubahan di dalam institusi keluarga.

Mengulas mengenai program itu, Mohd. Yunus berkata, remaja hari ini perlu ditanam dengan sikap bahawa dalam setiap situasi pasti ada pilihan yang akan membawa kebaikan atau sebaliknya.

Katanya, mereka mesti berani mengatakan 'tidak' terhadap perkara- perkara yang boleh mendorong ke arah perlakuan negatif.

"Keberanian itu akan menyelamatkan mereka dan dengan sendirinya akan membina kekuatan diri dan daya tahan daripada terjerumus kepada perkara yang membahayakan diri seperti penagihan dadah," katanya.

Rabu, Februari 10, 2010

KASUT INI JAMAL ABDILLAH PUNYA


Kasut ini Jamal abdillah punya. Itulah jawapan yang ku berikan pada rakan-rakan yang bertanya, berapa harga kasut Crocs berwarna biru, yang sering aku pakai untuk ke pejabat. Bukan menjadi kebanggaan ku untuk diceritakan kerana kasut itu dihadiahkan oleh penyanyi tersohor Jamal Abdillah.

Tetapi, sifat pemurah Jamal. Beliau sering bagi begitu saja, baju, seluar dan kasut yang baru dibelinya kepada penghuni-penghuni Rumah Pengasih. Kadang-kadang penghuni itu tidak rapat pun dengan Jamal, tetapi dia ikram (hadiah) juga. Ada kasut dan seluar yang diikramkan itu mencecah ratusan ringgit.

Kasut ini juga menjadi panduan untuk Jamal sama-sama keluar mencari aku, di rumah adik ku, ketika aku meninggalkan Rumah Pengasih suatu ketika dulu. Jika ada kasut itu adalah dia, kata Jamal.

Itulah Jamal Abdillah kini. Tahap kekukuhan spritualnya kini begitu mantap sekali. Solat tidak pernah tinggal. Jika tiada show di mana-mana, Jamal akan sentiasa kelihatan di Surau Ar-Rahman, Rumah Pengasih bila masuk waktu solat lima waktu.

Jamal agak rapat dengan ku. Beliau banyak memberi panduan agar kepulihan ku terus kekal buat selama-lamanya. Beliau juga sering berkongsi pengalaman dengan ku. Bercerita tentang perancangannya masa hadapan, tentang masalah keluarganya, tentang kes-kes mahkamahnya.

Jamal pernah berkata: “Kau tahu aku akan merasa bersalah jika terlibat semula dengan dadah, kerana satu Malaysia akan tahu Jamal Abdillah menagih semula. Tak macam kau dan orang lain, setakat penghuni Rumah Pengasih dan keluarga saja yang tahu, itulah juga adalah antara kekuatan dalam kepulihan ini untuk terus kekal”.

Aku faham, kata-kata Jamal itu. Dia cuba menggambarkan tentang kerisauannya dan kepayahannya menjadi seorang yang di dalam kepulihan berbanding menjadi seorang penagih. Dia merasa amat bersalah kepada rakyat Malaysia dan peminatnya jika beliau terjebak semula.

Kekadang jika ada ruang aku turut ikut Jamal pergi ke shownya di luar. Kagum aku dibuatnya kerana ramai peminat masih menyayangi dia.

Jamal sepatutnya boleh tinggal di luar dan membawa haluannya sendiri, tetapi dia memilih untuk terus tinggal di Rumah Pengasih, kerana aku rasa pasti ada kedamaian dan ketenangannya di sini.