Sabtu, Januari 30, 2010

PERJALANAN HIDUP JACK


JACK atau nama sebenarnya Sohaimi Ahmad agak unik orangnya. Beliau nampak serius tapi mesra. Pernah melalui liku-liku hidup penuh ranjau berduri, tapi punya kekuatan. Seorang staf Rumah Pengasih yang penuh komited dan dedikasi.

Jack aku anggap sebagai seorang sifu, bila aku mula-mula menyertai keluarga Pengasih. Beliau banyak membantu dan membimbing aku. Baru-baru ini aku bangga sekali bila rakan aku R.K.SHYAMALA dari THE STAR menulis sekelumit kisah tentang diri Jack.

Shyamala menulis dengan sentuhan yang mampu mencetuskan keinsafan. Begini cerita yang ditulisnya.

Perjalanan hidup penagih-penagih dadah memang penuh dengan kecelaruan akibat kebergantungan pada najis itu, malah banyak yang melarat dan merempat akhirnya.
Tetapi bukan semua penagih yang membuat keputusan untuk melalui kehidupan begitu buat selama-lamanya.

Ada segelintir daripada mereka berjaya kembali ke pangkal jalan dengan keluar dari pengaruh dadah, mengubah cara hidup mereka setelah timbul keinsafan.

Antara mereka adalah Sohaimi Ahmad yang kini bergelar Pengurus Program Rumah Pengasih yang terletak di Kuala Lumpur.

Sekilas pandang, tiada siapa yang dapat mengagak beliau sebenarnya merupakan seorang bekas penagih melainkan setelah beliau sendiri mengakui kenyataan tersebut.

Ini kerana susuk badannya tegap dan cara percakapannya penuh dengan keyakinan diri selepas bebas daripada ketagihan dadah, jauh berbeza padan dengan identiti beliau yang terdahulu.

Insan ini pernah dipenjarakan beberapa kali kerana kesalahan mencuri dan mengambil dadah. Beliau juga pernah menjadi peminta sedekah di Stesen Bas Klang dan pusat-pusat serenti bagaikan rumah keduanya suatu ketika dahulu.

Pun begitu, Sohaimi tidak malu mendedahkan pengalaman hidupannya kerana baginya, ia boleh dijadikan sebagai pedoman untuk sesiapa yang ingin mencuba dadah.

“Saya kehilangan 22 tahun daripada usia remaja saya kerana menghisap najis itu dan mula menghisap heroin pada umur 14 tahun.

“Pada masa itu juga saya kehilangan ayah dan ahli-ahli keluarga pernah menuduh saya pembunuh ayah. “Sebelum arwah meninggal, beliau menyuruh saya mengambil air wuduk untuknya sebelum solat subuh. Dan oleh kerana berada di bawah pengaruh dadah, saya memarahinya.

“Itu juga merupakan kali terakhir saya bercakap dengannya,” katanya dengan nada sedih.

Rabu, Januari 27, 2010

KEMBALI SEMULA KE PENGASIH


KEHIDUPAN yang kita lalui ini penuh dengan silang kata. Tidak dapat dijangka. Kekadang apa yang dirancang tidak menjadi, tetapi apa yang tidak kita fikirkan dan bayangkan muncul dalam kehidupan kita secara tiba-tiba.

Begitu juga dengan perjalanan hidup ku. Aku tidak menjangka sama sekali akan kembali semula ke pangkuan Rumah Pengasih. Setelah aku meninggalkan Rumah Pengasih, aku mula membuat percaturan menentukan haluan sendiri. Mula membentuk silang kata dan mengisi kotak-kotak kosong itu sendiri. Aku ke Melaka dan tinggal di Batu Lapan bersama seorang ibu angkat.

Setelah hampir dua minggu meninggalkan keluarga Pengasih, secara kebetulan aku bertemu dengan orang kanan ranking nombor dua di Rumah Pengasih, Abdullah Md Nor. Ketika itu aku keluar membeli makanan dan bertembung dengan Abdullah yang sedang menguruskan pengkebumian jenazah saudaranya yang baru meninggal dunia.

Abdullah tidak banyak bertanya, kenapa aku tinggalkan Rumah Pengasih. Beliau terus menghubungi Yang DiPertua Pengasih, Mohd Yunus Pathi yang lebih mesra dipanggil Yeop oleh keluarga Rumah Pengasih. Aku bercakap-cakap dengan Yeop melalui telefon. Beliau mengarahkan aku kembali semula ke Rumah Pengasih.

Bagaikan mendengar suara keramatnya, aku terus akur akan arahan Yeop. Padahal sebelum ini aku tidak menjawab sepatah pun pesanan ringkas ataupun panggilan telefon daripada Yeop mahupun keluarga Pengasih yang begitu mengambil berat tentang kehilangan ku.

Ada antaranya yang berhubung dengan ku melalui facebook dan e-mel yang minta aku kembali semula ke Rumah Pengasih, antaranya kaunselor Rumah Pengasih Azhar Rahman, berikut aku catatkan kembali masej yang dihantar oleh Azhar Rahman kepada ku.

Azhar Rahman January 12 at 1:03am
balik la nazri... benda kecik je tu...seua orang cari kau ...Yeop suruh cari..apapun kita boleh settle..


Aku dapat tahu daripada Abdullah, ramai yang keluar mencari, ketika aku mengambil keputusan gila meninggalkan Rumah Pengasih. Termasuk yang turut menjejaki aku ialah Raja Pop, Jamal Abdillah. Beliau bersama pembantunya mencari aku di rumah adik ku di Wangsa Maju. Jamal Abdillah sebelum tinggal di Rumah Pengasih memang rapat dengan adik ku dan sering juga ke rumah adik ku.

Sampai di Rumah Pengasih aku terus berjumpa dengan Yeop dan berbincang dengannya dan oleh kerana aku telah melakukan kesalahan, sudah pastinya aku terpaksa melalui learning experience yang menjadi budaya di Rumah Pengasih. Itu aku tidak kisah, aku terpaksa menerima dan menghadapinya. Tetapi yang membuatkan aku terkedu, apabila sekali lagi Yeop berkata: “Nazri tengok, Allah hantar kau lagi sekali ke sini”.

Rabu, Januari 20, 2010

KISAH LELAKI BERNAMA MAN


MAN. Nama panggilan bagi seorang rakan sebaya aku. Sejak dari sekolah rendah, aku bersama Man membesar di sebuah kawasan perkampungan setinggan di pinggir ibu kota. Zaman kanak-kanak, kemudian remaja aku bersama Man penuh dengan kenangan dan nostalgia. Kemudian kami berpisah membawa haluan masing-masing.

Sesekali aku mendengar juga khabar dari Man, pernah juga bersua dengannya. Man masih OK. Baru-baru ini, aku singgah makan di Setapak Jaya, sebuah gerai mamak. Sambil menjamu selera dan juga menjamu mata, aku terpandang seorang lelaki tua yang kurus keding. Duduk dibangku gerai di hadapan ku, tak berbaju sambil membaca surat khabar.

Tangannya terketar-ketar membuka lembaran surat khabar itu. Seperti tak bermaya, di selangseli dengan batuk-batuk kecil.

Selepas makan, aku mahu meninggalkan gerai dan melintasi lelaki itu. Aku henti seketika bila terpandang wajah lelaki yang cengkung itu. Lelaki itu ialah rakan di zaman kanak-kanak aku, Man.

Banyak cerita yang aku kumpul daripada Man, bila kami berbual. Man kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar, giginya pun telah tiada. Rupanya Man hidup terbuang dan keseorangan melawan penyakit. Kehidupannya seolah-olah tidak bakal bertahan lama. Usianya boleh direntap oleh malaikat maut bila-bila masa sahaja. Man sering keluar masuk hospital.

Dengan bantuan Pejabat Zakat RM400 sebulan, Man menyewa bilik di Setapak jaya RM200 sebulan. Tiada lagi sumber pendapatannya, itu saja. Man membawa aku ke biliknya. Di bilik yang tidak terurus, Man sering kepanasan. Dia terpaksa berbogel sepanjang masa di dalam biliknya. Aku simpati melihat perubahan fizikal Man. Bagaikan kulit-kulit sahaja yang menutupi tulang-tulangnya. Isinya telah tiada.

Dulu Man seorang makenik. Gajinya mencecah RM4,000 sebulan. Beristerikan seorang guru dan punyai seorang anak. Kini segala-galanya telah tiada. Mujurlah bekas isterinya sering mengambil berat tentang dirinya, kadangkala dijenguk juga Man untuk memastikan masih adakah hayat Man.

Man menceritakan pada aku wang caruman KWSP yang bakal diperolehi tidak lama lagi. Banyak juga, RM40,000 jumlahnya. Bagi aku, apalah nilai wang sebanyak itu, jika keadaan dirinya ditahap itu. Berjalan pun termengah-mengah. Tapi sifat Man yang aku pasti, keegoannya akan menyerlah bila ia punyai wang yang banyak. Aku rasa biarlah wang yang bakal dia perolehi nanti, sedikit sebanyak disumbangkan untuk membuat kebajikan dan mencari pahala. Sekurang-kurangnya dosa-dosa yang lepas dapat ditebus kembali.

Man adalah secebis kisah manusia yang lupa daratan. Man sering lalai dengan dosa-dosanya. Yang lebih memilukan, Man adalah bekas penagih dadah.

Isnin, Januari 11, 2010

Bermulanya Ekspedisi Kehidupan



BARU-BARU ini, aku ambil satu langkah bodoh. Kebodohan begitu terasa bila aku tinggalkan Rumah Pengasih. Hati aku betul-betul bebal, kerana aku tepiskan kasih sayang dengan semua keluarga Rumah Pengasih. Aku betul-betul tidak mengenang budi terhadap YDP Pengasih, Haji Mohd Yunus Pathi yang lebih mesra dipanggil Yeop, yang telah membimbing aku dan mahu lihat aku berubah dan mengambil aku bekerja sebagai Pembantu Medianya.

Semasa aku mahu tinggalkan Rumah Pengasih, aku ingat Allah SWT dan aku sebut nama Yeop berulang kali supaya kekuatan datang semula. Tetapi bebalnya aku, rasa malu, rasa hormat terhadap Yoep padam begitu sahaja.

Aku tinggalkan Rumah Pengasih kerana kes kecil sahaja. Insiden aku ditengking Hamid Yap membuatkan aku berdendam dengannya. Aku meluat, menyampah dan aku tak boleh tengok muka dia, itu sahaja. Silapnya aku, kerana buat keputusan terburu-buru tanpa berkongsi terlebih dahulu rasa tidak puas hati itu kepada rakan-rakan di Pengasih. Tapi itulah aku, jika aku berterusan bertentang muka dengan Hamid Yap, silap-silap tak muka dia, muka aku kena ludah.

Aku minta maaf banyak-banyak pada Yeop dan semua warga Rumah Pengasih, kecuali Hamid Yap.

Masih tergiang patah-patah ucapan Yeop terhadap aku baru-baru ini: "Nazri mungkin Allah SWT hantar kau datang ke Rumah Pengasih untuk membantu Yeop, harapan Yeop kau buat kerja bersungguh-sungguh, sama-samalah kita berganding bahu".

Bila aku kenangkan kembali ungkapan itu, aku jadi sebak. Aku tak dapat merealisasikan sepertimana yang Yeop harapkan. Aku tidak jujur terhadap Yeop. Lebih senang, bagi warga Pengasih, aku adalah pengecut kerana tidak berani mengambil tanggungjawab dan ambil risiko bila ada masalah. Bagi aku, Yeop buat tafsiran silap terhadap diri aku, pandangan aku Tuhan sengaja hantar aku ke Rumah Pengasih untuk aku jadi kurang ajar terhadap Yeop dan hampakan harapannya. Yeop sekali lagi aku mohon maaf yang tidak terhingga terhadap Yeop.

Aku kini bukan lagi family Pengasih. Aku sendiri yang singkirkan diri aku jauh-jauh. Aku pasti menyesal sampai bila-bila. Untuk diri aku, ini adalah permulaan sebuah ekspedisi kehidupan. -- Cobra Cobraeite

Selasa, November 04, 2008

Akhirnya Cobraeite Ekspedisi


Cobraeite Ekspedisi sudah berakhir, aku selamat sampai di Janda Baik pada 17 September lalu. Selama 77 hari di perantauan, aku banyak mengutip pengalaman dan banyak kenangan manis dan pahit telah aku telan.

Walaupun ekspedisi ini telah berakhir tetapi laman blog ini akan terus beroperasi. Aku akan terus menulis di blog ini apa yang berkaitan dengan ekspedisi yang telah aku lakukan. Selepas ekspedisi banyak kerja yang akan aku lakukan berkaitannya. Antaranya menyediakan skrip dokudrama, menghasilkan buku hasil pengalaman aku menjelajah semenanjung Malaysia dengan modal RM70.57 dan artikel bersiri untuk disiarkan dalam akhbar.

Tunggu catatan sku di blog ini seterusnya.

Ahad, November 02, 2008

Sejarah Aku Di Melaka



SORRY... sebenarnya aku dah lama tamat ekspedisi menjelajah semenanjung secara solo dengan motosikal. Aku kembali semula ke Janda Baik (tempat pertama aku singgah) pada 16 September lalu. Ingatkan dah habis ekspedisi aku boleh relek, tapi macam-macam kerja kena buat sampai aku tak sempat update blog ini.

Aku kini tengah siapkan skrip dokudrama Cobraeite Ekspedisi. Kisah pengalaman aku sepanjang penjelajah 77 hari itu akan difilemkan. Dalam pada itu aku tengah siapkan buku tentangnya. Sebuah akhbar turut menyiarkan pengalaman aku secara bersiri setiap minggu dan macam-macam lagi lah.

Anyway aku sambung balik kisah perjalanan aku selepas meninggalkan Bukit Putus. Aku sampai di Melaka dan mengambil keputusan bermalam saja di rumah ibu angkat aku di Taman Kesidang, Bachang.

Ibu angkat aku seorang pengamal terapi rawatan kecantikan dan urutlogi. Dia memang seorang wanita yang hebat.

Aku berehat di Melaka dengan tinggal di rumah dia selama 4 hari sebelum ke Johor sebagai negeri terakhir aku dalam penjelajahan ini. Di Melaka aku sempat ke sebuah rumah yang dijadikan muzium. Pemilik rumah itu adalah peminat dan pengumpul barang-barang antik.

Aku turut menyerahkan batu terapung yang aku temui di Kelantan untuk dipamerkan di 'Rumah Ku Muzium Ku' itu.

Menariknya sebelum pagi bertolak ke Johor, aku diraikan oleh pihak media di Melaka. Cerita pasal aku disiarkan secara besar-besaran. Semua media ada TV9, Sinar Harian. Kosmo, Utusan Malaysia, The Star dan lain-lain.

Aku ditemubual dan diwawancara di gereja lama Melaka yang lebih popular dengan panggilan bangunan Merah.

Jumaat, September 26, 2008

Misteri Bukit Putus


Selepas bermalam di Sri Jempol, pagi-pagi lagi aku dah nak bertolak ke Tampin melalui Bahau, Daripada situ aku terpaksa melalui Bukit Putus. Bukit Putus pun aku tak tahu di mana... tetapi ada orang pesan.. awas kat Bukit Putus. Aku check internet cari info jumpa dalam Malayaonline.net.

Forum dalam tu ada macam-macam seperti kata Little_duck:ni my uncle la ni punye cite..balik keje tgh mlm..lalu kt c2..selekoh pertame ok je..kedue,ketige pun ok..sampai la kt selekoh tokong cine (org kt cni yg pandai2 letak name tu)..sape2 yg penah lalu mesti perasannye selekoh yg ade anak air tu.kt c2 r bende tu turun ramai2 dri atas bukit tu turun kebawah.dh la ramai..pakaian kaler putih plak..yg betambah gile tu pakcik aku ckp..setiap 2org bwk 1 kerande..pun kaler putih gak..perghh..area bukit putus ni mmg tmpat paranormal buang/campak dieorg punye antu.dulu mase hospital lame k.pilah nk dipindahkan pun dieorg pungut sume penunggu2 kt hospital tu n campak kt bwh gaung tu jugak.yg eksiden mati pun ramai kt cni.ade sorg mamat ni plak cite die lain skit.ni kt area bukit sri menanti plak.balik keje tgh mlm gak,tgh bwk moto die nmpk ade bende mcm kaler putih tggu kt depan,mamat ni pun jln la wt sombong,jln punye jln..skali bende tu saing la plak ngn die..face to face beb..

dan Orange: aquh penah kene gak kat situh.
nmpk nenek kbayan.
anak aer??whatever..
aquh pgl aer terjun kcik.
dkt2 ngan situh gak la aquh nmpk.
tol2 kat slekoh.
a'ah syu..kat n9.from sremban-kp.
hospital lame kp ke brantu tuh??
waa..was born there..
ptt aquh pon psycho cket.hehe..
bru jerk td aquh lalu situh.
stakat aquh idop neyh skali jerk penah kene..
mak lang aquh lak nmpk kambeng gurun kat situh time maghrib.

Tapi aku tak tahu di mana aku sampai. Tapi kat satu selekoh aku nampak ada sebuah bengkel dan aku pun berhenti rehat. Seperti bengkel bas lama, tapi bilik airnya bersih... macam bilik air hotel siap air pancut dan moxek berkilat. Di sebelah bengkel ada rumah.. dinding kaca hitam.. nampak sunyi orang tiada... Ada dua biji bas kat situ. Tiba-tiba seorang pemandu bas hampiri aku dan bertanya tujuan aku.

"Dari mana nie," katanya.

Aku ceritakan segalanya dan tunjukkan buku log. Dia baca dan kemudian bergegas katanya nak ambil budak sekolah. Dia pergi kembali semula. Cepatnya.. Ada seorang budak lelaki keluar dari bas masuk ke dalam rumah.

Aku buat tak kisah.. sebelum bertolak meneruskan perjalanan aku sempat mandi di bilik air bagai hotel itu... sejuk airnya.

Menariknya... sampai di Melaka... aku tanya mereka yang arif laluan itu... di situlah Bukit Putus dan mana ada bengkel dan rumah di situ.... hahahaha

Isnin, September 15, 2008

Di Batu Kikir Ingat Marang



Dari Kuantan, aku terpaksa bermalam di Temerloh, di rumah sahabat Zuki Yunus. Esoknya aku meneruskan perjalanan ke Negeri Sembilan. Perjalanan melalui persisir Sungai Pahang. Sempat juga aku singgah di Bera.

Hari sudah hampir petang, aku berkira-kira untuk singgah menumpang malam di Warisan Homestay di Batu Kikir. Akhirnya aku temui jua Warisan Homestay yang belum pernah aku sampai. Kawasannya agak menarik, tapi hampes.

Pemilik homestay itu aku kira tidak langsung berperikemanusiaan. Permintaan aku untuk menumpang bermalam di tolak mentah-mentah atas alasan, pada bulan puasa mereka tidak menjalankan sebarang operasi. 'Orang Kaya batu Kikir' itu tidak langsung menaruh simpati ke atas diri aku yang agak tersepit dalam perjalanan di samping keletihan berpuasa. Tak apalah, sifat bongkak pemilik Homestay Warisan itu membuat aku teringatkan sifat pemurah dan simpati pengurus di Marang Village Spa & Resort.

Ketika itu aku baru saja meninggalkan bandar Kuala Terengganu untuk meneruskan perjalanan. Tiba di Marang Village, niat di hati ingin berehat sebentar di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Rantau Abang. Lalu aku singgah di resort itu, yang terletak di penghujung pantai kelulut. Kawasan resortnya menarik sekali, tidaklah luas sangat tapi agak unik dengan hamparan pasir dan kedudukan chaletnya yang teratur dihiasi dengan pepohon kelapa dan jambu laut. Chaletnya diperbuat daripada kayu dengan rekabentuk rumah kayu yang kelihatan simple sekali.

Pengurus resort itu, Mohd Hafir Jusuh menghampiri aku dan kami berbual-bual ala kadar. Terkejut aku tiba-tiba dia menawarkan sebuah chalet untuk aku bermalam di situ.

"Saya faham perasaan abang dan ambil lah kunci bilik ini untuk abang mandi dan berehat semalaman," katanya.

Aku mengambil peluang ini untuk aku menikmati malam dan keindahan resort itu. Menurut Hafir resort itu milik ibu saudaranya yang baru beroperasi baru empat bulan. Beliau adalah anak muda yang cukup dinamik dan berwawasan. Berpengalaman dalam bidang perhotelan sebelum ini, beliau berupaya menghidupkan Marang Vilage.

Thank You Marang Village. Good Bye Homestay Warisan.

Kerana aku 'dihalau' dari Warisan Homestay ketika hampir petang, aku terpaksa berbuka puasa di Masjid Jamek Batu Kikir sebelum meneruskan perjalanan ke Mercu Tanda Za'aba di Jempol Jaya untuk bermalam.

Terima kasih kepada Exco Negeri Sembilan yang juga ADUN Serting Shamsuddin Mohd Deli yang bersimpati terhadap kembara ini.

Mengemis Di Saham Wakaf


Setelah meninggalkan Rantau Abang aku meneruskan perjalanan untuk ke Johor, Melaka dan Negeri Sembilan bagi meneruskan baki ekspedisi aku. Hari hampir petang, menyebabkan aku terpaksa bermalam di surau Pantai Kemasik, Kemaman, Terengganu.

Esoknya aku meneruskan perjalanan dan terpaksa menempuh Pahang, sekali lagi. Aku terpaksa singgah di Pahang bagi mencari sumber kewangan kerana modal aku rasa tidak cukup untuk meneruskan perjalanan.

Di Kuantan, aku mati akal untuk mendapatkan bantuan. Jalan terakhirnya aku terpaksa Pejabat Saham Wakaf Pahang yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang untuk meminta sedikit sumbangan.

Seolah-olah rasakan diri ini bagaikan pengemis, apabila minta bantuan di pejabat itu. Seorang petugas wanita di situ mengherdik aku dengan kata-kata:"Bukan masalah kami bila awak mengembara dan siapa yang suruh awak mengembara jika tidak mampu."

Aku umpama musafir. Seorang musafir adalah asnaf yang layak mendapat sumbangan wang zakat. Apatah lagi kembara aku untuk mencari pengalaman dan melihat sendiri keunikkan ciptaan Ilahi.

Dalam kembara ini aku menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT, tambahan ianya turut berlaku di bulan Ramadan, ianya banyak mengajar aku erti kesabaran.

Walaupun aku diberi imbuhan akhirnya, setelah ditanya dengan pelbagai soalan, tapi sebelumnya aku seolah-olah dilayan seperti peminta sedekah.

Mujurlah rakan aku, Ketua Biro Bernama Pahang, Mohd Shukri Ishak dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Pahang, Abdul Wahab Mohd Ali yang turut membantu. Dapat juga aku bernafas meneruskan perjalanan.

Di Kuantan aku sempat dan merasai pengalaman berbuka puasa di masjid besarnya. Sebelum meninggalkan Kuantan aku sempat singgah di pejabat Tourism Malaysia Pahang. Terima kasih kepada boss di situ, Amram Rahman yang memberi galakan dan dorongan untuk aku meneruskan perjalanan.

Misteri Rantau Abang


Aku pernah ke Rantau Abang, kira-kira hampir 20 tahun dulu. Kini dalam ekspedisi ini aku sempat singgah di berkhemah selama dua malam di Rantau Abang, yang terkenal dengan tempat penyu bertelor.

Rantau Abang aku perhatikan tidak seperti dahulu, tempatnya aku terbiar berbanding 20tahun dulu. Aku tiba di pantai Rantau Abang ketika senja baru sahaja berlabuh. Beberapa orang nelayan pantai masih ada di pengkalan mereka berlabuh. Aku minta izin pada salah seorang nelayan untuk berkhemah di tepi pantai berhampiran pengkalan mereka.

"Boleh buat khemah di sini tapi jangan sampai hujung sana sangat, buat dekat sikit dengan perahu nelayan," ujar salah seorang nelayan sambil menunjukkan ke arah salah sebuah resort yang agak popular.

Malamnya aku tidor di pantai Rantau Abang tanpa sebarang masalah dan sebelum itu sempat juga aku memagang beberapa ekor ikan segar yang diberikan nelayan di situ.

Esok paginya perut aku memulas, terus aku mencari hutan berdekatan untuk melepaskan hajat. Aku masuk ke hutan di sebelahan pantai. Terpesona aku sekejap melihat suasana dalam hutan itu, kawasannya agak lapang seolah-olah sebuah halaman rumah. Ketika aku minta 'izin' untuk melepaskan hajat, aku terdengar suara kanak-kanak bermain-main dan bersembang-sembang. Tapi aku tidak pasti apa yang dibualkan mereka. Mungkin ada rumah di sebalik hutan itu.

Selepas melepaskan hajat aku beredar ke chalet berhampiran untuk membasuh muka. Salah sebuah bilik di chalet itu aku rasa berpenghuni. Terdengar suara seorang wanita yang terbatuk-batuk tanpa henti. Agak kronik batuknya. Aku fikir mungkin ada pelancung yang singgah melepaskan penat di bulan puasa ini.

Batuk wanita itu berpanjangan. Kesian juga aku dengar. Waktu berbuka aku ke chalet itu lagi untuk mengambil air. Aku lihat bilik yang berpenghuni tadi sunyi sepi. Tiada suara batuk-batuk dan bilik itu gelap gelemat, tidak seperti siang tadi yang aku nampak nyata kipasnya berputar.

Mungkin penghuninya sudah meninggalkan tempat itu. Esok paginya aku terus ke chalet itu untuk mengambil angin dan aku lihat seorang lelaki sedang menyapu di halaman chalet itu.

"Abang, ada orang sewa ke bilik itu semalam," aku bertanya lelaki itu.

"Bulan puasa ni mana orang yang datang sewa kat sini, releklah sikit," katanya.

"Tapi semalam saya dengar suara perempuan batuk-batuk dalam bilik ini," ujar aku.

"Ohhhh.... biasalah dah selalu macam nie, tapi sebenarnya tiada orang, tak apa dia tak ganggu jangan risau," ujar lelaki itu selamba.

Aku kehairanan dengan seribu pertanyaan. Siapakah wanita itu. Menariknya di chalet itu ada seekor burung tiong yang boleh berkata-kata dan memeberi salam. Sebelum aku beredar burung tiong yang dikurung dalam sangkar itu berkata: "Assalamualaikum."

Aku menjawab salam itu dengan penuh misteri.

Isnin, September 08, 2008

Sumbangan Amal Cobraeite Ekspedisi

Kembara bermotosikal menjelajah semenanjung Malaysia secara solo yang saya mulai pada 1 Julai 2008 bermodalkan RM70,57 dijangka berakhir pada 16 Semtember ini.

Sempena tarikh penutup bulan kemerdekaan (angkat sumpah PM baru kalau jadi) itu saya bercadang menamatkan ekspedisi ini di Pondok Pak Habib, Janda Baik, Pahang yang merupakan tempat pertama saya bermalam bila memulakan ekspedisi ini.

Sempena Ramadan ini, saya bercadang untuk melakukan sedikit kerja dan ibadah amal sempenana pencapaian saya menamatkan ekspedisi ini tanpa modal yang besar dan penaja-penaja untuk memulakan kembara ini.

Justeru itu sebagai tanda komitmen bersama, saya hulurkan tangan memohon sedikit sumbangan daripada pihak Tuan/Puan untuk saya membukukan pengalaman baru, kisah sedih duka yang saya tempuhisepanjang penjelajahan lebih dua bulan ini.

Sebahagian daripada sumbangan yang Tuan/Puan hulurkan, akan saya salurkan kepada anak-anak yatim pada hari ketibaan saya di Janda Baik nanti.

Walaupun sumbangan Tuan/Puan sekadar RM1, kesemua nama penyumbang akan saya abadikan di dalam buku yang bakal saya hasilkan nanti. Di samping itu juga sebahagian daripada sumbangan itu tetap saya agihkan untuk anak-anak yatim.

Semuga dengan sumbangan Tuan/Puan itu dapat jua saya lakukan ibadah amal untuk manfaat bersama sempena bulan yang mulia ini.

Segala sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank No 162405057645 atas nama Mohd Nazri Mohd Hassan. Sumbangan juga boleh dikirim terus kepada saya di alamat Team PSI, Pondok Pak habib, Janda Baik, Bentong, Pahang. Sumbangan berbentuk material juga diterima.

Semuga sumbangan Tuan/Puan akan melancarkan lagi penghasilan dan penulisan buku kembara menjelajah semenanjung Malaysia bermodalkan RM70.57, di samping kita beramal jariah untuk anak-anak yatim.

Saya sangat menghargai sumbangan Tuan/Puan dan semuga ianya diberkati.

Salam dari saya,
Matt Nazriee Hassan, BKM.

Rabu, September 03, 2008

Man Luke Man


MANLUKEMAN adalah orang yang sama dengan nama Mohd Luqman Hakim Ab Rahim. Dia wartawan Kosmo! berprofil tinggi di Kelantan. Dia juga punyai blog sendiri.

Sebelum meninggalkan Kuala Terengganu bertolak ke Rantau Abang, aku sempat melayari blog Luqman dari pejabat Ayob Mamat. Rupanya Luqman minat juga dengan kerja gila aku untuk dipaparkan dalam laman blognya. Terima kasih Luqman. Ilebiu somas.

Foto di atas dirakam oleh Jurufoto Kosmo Biro Kelantan.

Berikut aku paparkan catatan blognya di sini:

AKU DAN MERDEKA

Tak sedar aku rupa-rupanya dah dekat dengan Hari Merdeka..31 Ogos...aaiii..malu aku..nak jadi Melayu mudah lupa...kebetulan ketika aku sedang duduk membuat tugasan aku di pejabat, ada pula mamat datang dari mana datang kenalkan diri sambil menunjukkan keratan akhbar...

Rupa-rupanya mamat yang bernama , Matt Nazriee Hassan, 41, nak cipta rekod jelajah solo menggunakan motosikal Nitro dia bersempena bulan Kemerdekaan..kagum kejap aku tengok dia..Cerita punya cerita, nak tau berapa modal untuk kembara yang diberi nama Cobraeite Ekspedisi’ ni, RM70.57 ..kebetulan pula nombor pendaftaran motosikal dia 7057...geleng kepala aku kata dia ni sah memang gila...

Ada sedikit pengalaman yang Mat Nazriee kongsi dengan aku..antaranya duit dia pernah seketika tinggal RM3 saja yang digunakan untuk mengisi minyak..kalau aku tak silap masa tu dia di Sungai Petani...nak naik ke Kedah...Dia tawakal saja, mujur kemudiannya ada insan yang sudi membantu menghulurkan sedikit wang untuk belanjanya meneruskan perjalanan

Memang 'sembrono' dia ni..main redah je..tak payah nak tunggu orang sponsor besar-besar, buat promo besar-besar, terus jalan...kita biasa ditayangkan dengan orang sana-sini buat program besar-besar sempena bulan Merdeka kita, heboh seantero Malaya..tapi dia ni..memang aku 'respect' la...

Sesiapa yang ingin menghulurkan sebarang sumbangan boleh menghubungi Mat Nazriee di talian 013-5181512 atau melayari blog Cobraeite Ekspedisi di alamat http://cobraeite.blogs pot.com untuk maklumat lanjut.

Puasa Di Kuala Terengganu




31 Ogos 2008, aku di Kuala Terengganu, setelah melalui jalan pantai dari Kampung Fikri. Di sini aku menghubungi rakan wartawan, Ayob Mamat yang 'satu kepala' seperti aku.

Beliau kini lebih hebat dari aku. Bertugas di akhbar Kosmo!, kemudian jadi Presiden Kelab Wartawan Terengganu pula.

Ayob datang menjenguk aku di lokasi aku berkhemah di Pantai Batu Buruk, berhampiran pusat bandaraya Kuala Terenganu. Setelah bersembang-sembang dan bertanya kabar beliau minta diri kerana ada urusan dan berjanji untuk menghubungi aku kemudian.

Hampir petang Ayob hubungi aku dan dia minta aku kemaskan barangan di tapak perkhemahan.

"Tak payah tidor khemah malam ni, aku dah cari hotel untuk kau, malam ni kau tidor hotel saja," ujar Ayob ringkas.

Ayob datang dan belanja aku makan tengahari (sebenarnya dah petang) di gerai Jalan Sultan Sulaiman kemudian dia memberikan kunci bilik nombor 808 di Hotel YT MidTown, Jalan Tok Lam.

Di bilik hotel aku mendengar pengumuman tarikh puasa yang jatuh pada 1 September 2008. Bermakna aku memulakan puasa di Kuala Terengganu dan malam itu aku bersahur di Hotel YT MidTown dengan nasi kari ayam.

Walaupun Ramadan telah tiba, tetapi kembara ini tetap aku teruskan. Kini selepas Terengganu tinggal tiga negeri lagi yang perlu aku jelajahi iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Selepas 'checkout' dari hotel, aku ke tapak khemah di Pantai Batu Buruk. Malamnya aku bersahur menu nasi goreng yang dimasak sendiri di pantai yang bersih dengan kedinginan hembusan bayu Laut China Selatan itu.

Bermalam di Pantai Batu Buruk begitu nyenyak sekali.

Keesokkannya Ayob hantar SMS kepada aku dan minta agar aku tidak berkhemah lagi di situ. Beliau minta aku bermalam saja di pejabatnya di Chendering agar tidor aku lebih selesa.

Pejabat itu digunakan untuk membaca dan menulis buku. Setekat ini Ayob telah berjaya menghasilkan empat buah buku iaitu, 'Warkah', "Memo', "Catatan Hadhari' dan 'Syed Anuar Pejuang Pelajar'.

Syabas, Ayob Mamat -- Aku pun berkira-kira ingin jadi penulis buku segagah kau.

ABOUT PANTAI BATU BURUK

Pantai Batu Buruk (beach of the ugly stone) Kuala Terengganu famous beach, white sandy beaches with swaying casuarinas lining up behind the shore, like a loyal friend to the waves.

During windy days, playing kite on the beach is a good idea but swimming can be dangerous here. Varieties food stalls can be found at Batu Buruk, try fried ice cream (Ais Krim Goreng), Nasi Dagang, Terengganu traditional rice, fried sea foods and Yunnan chicken rice.

There is good night market every Friday from 3.00pm till 7.00pm. Pantai Buruk is also a popular place for strolling and good place to visit especially in the evening,This beautiful beach is just 1 km from the city center and can be reached by walking.

Perhaps this is the cleanest and widest beach inside Kuala Terengganu city. The Culture Centre stage pencak silat (Malay martial art), top spinning, kite flying, sepak raga and other traditional show from 5.00pm to 7.00pm every Friday from 1 April till 31 October, Check with the tourist office.

SIAPAKAH AYOB MAMAT?

Ayob Mamat dilahirkan pada 21 September 1970 di Kampung Gong Pasir, Dungun, Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Batu 48, Dungun sebelum melanjutkan elajaran ke Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun dan kemudian Sek. Men. Tengku Intan Zaharah.

Bermula di situlah beliau didedahkan dengan dunia penlisan selepas menyertai Gabungan Penyair Remaja Intan (GAPRI) bimbingan sasterawan Awang Abdullah. Ketika itu beliau aktif dan gigih dalam pertandingan pidato, syarahan, perbahasan dan pertandingan menulis essei.

Anak kelapan dari sepuluh beradik. Pernah memenangi Peraduan Menulis Essei Belia-Belia ASEAN pada 1998. Seyembara Penulisan Puisi Alam Sekitar Kebangsaan, Johan Deklamator Puisi Alam Sekitar Malaysia di Langkawi pada 1996. Naib Johan Kuiz Kenegaraan Peringkat Kebangsaan.

Tempat pertama Anugerah Kewartawanan Kawat-EXXON Mobil bagi kategori penulisan Berita Sukan Terbaik dan Berita Ekonomi Terbaik selama beberapa tahun sejak 1995.

Ayob Mamat juga aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat negeri dan kebangsaan. Kini beliau Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Pengerusi Persatuan Sasterwan Terenganu (PELITA) Sudut Dungun, AJK PELITA Pusat dan AJK Biro Penerangan UMNO Terangganu.

Beliau kini bertugas sebagai wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo di Terangganu dan juga merupakan penyedia skrip Ulasan Isu-Isu Semasa di Radio Terangganu FM.

Merdeka Di Kampung Fikri




Niat dihati aku ingin meraikan malam ambang merdeka ke-51, di Kuala Terengganu. Aku meninggalkan Pantai Irama, Bachok, Kelantan setelah bermalam di situ.

Aku bertolak agak lewat petang, setelah waktu paginya aku berkesempatan menikuti program Larian Gemilang Kemerdekaan Ke-51, anjuran Rukun Tetangga daerah Bachok di Dataran Perahu, Pantai Irama.

Aku melalui jalan pantai yang beitu mepesonakan pemandangan dengan kampung nelayan dan persisiran pantai yang menawan.

Merantasi sempadan negeri Kelantan-Terengganu kala hari hampir senja. Jalan semakin gelap.

Tiba di Besut, motosikal aku buat hal, lampu terpadam dengan tiba-tiba. Aku meneruskan perjalanan dengan berpandukan lampu (signal) kecemasan.

Dalam teraba-raba di celah kegelapan malam itu, motosikal aku hampir terbabas di bahu jalan. Hampir juga aku di langgar lori. Malah aku gagahi melepasi beberapa buah perkampungan dan pekan seperti pekan Kampung Raja yang merupakan ibu daerah Besut.

Akhirnya aku terpaksa akur dengan malam yang semakin menggelap. Tiba di sebuah perkampungan nelayan, Kampung Fikri namanya, aku berhenti rehat di halaman salah sebuah rumah berhampiran jalan raya. Jarak dari situ untuk ke Kuala Terengganu kira-kira 75 kilometer lagi.

Halaman rumahnya luas dan bersih sekali. Aku bercadang untuk berkhemah di situ bagi menanti hari siang untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Sebelum sempat salam diberi, tuan rumah seorang wanita berusia lewat 40an membuka pintu rumah. Beliau terkejut dengan kehadiran aku bersama motosikal besar yang membawa Jalur Gemilang di hadapan rumahnya.

Aku memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan berhenti di halaman rumahnya. Tanpa rasa curiga, beliau membenarkan aku masuk dan menumpang malam di dalam rumahnya..

"Tak payah buat-buat khemah lah, tidur saja di rumah ini," pelawa beliau yang kemudian aku kenali sebagai puan Mizan binti Ismail.

Beliau menjerang air untuk bancuh kopi buat aku panaskan badan kemudian menanak nasi menyediakan makan malam untuk aku. Suami puan Mizan, encik Kamarudin Abu Bakar sekitar usia 50an masih meneguk kopi bersama-sama rakannya di kedai berhampiran ketika aku di rumahnya.

Sejam kemudian, suaminya pulang dan agak terkejut dengan kehadiran aku di rumahnya. Kami bersembang-sembang pendek. Beliau agak pendiam orangnya. Beliau seorang nelayan dan juga tukang rumah.

Aku diberikan sebuah bilik untuk bermalam, selesa sekali.

Tepat jam 12.00 tengahmalam, malam ambang merdeka bermula. Aku menjerit dalam hati MERDEKA! sebanyak tiga kali dan terasa kepuasannya. Tidur dalam merdeka.

Esoknya, puan Mizan menyediakan sarapan pagi mehon goreng dan kopi panas untuk aku mengalas perut sebelum bertolak ke Kuala Terengganu.

Terima kasih Kampung Fikri, budi baik encik kamarudin dan puan Mizan akan aku ingati sepanjang kembara ini dan sampai bila-bila jua.

SEDIKIT INFO KAMPUNG FIKRI

Kampung Fikri adalah perkampungan nelayan yang agak tersusun. Terletak dalam daerah Setiu dan ianya sebuah perkampungan yang bersih dan majoriti penduduknya adalah nelayan.

Kerajaan juga telah bangunkan pelbagai projek pertanian di kampung itu. Kampung Fikri, Setiu projek ternakan dalam kolam menggunakan teknologi ‘high density recirculation pond water cultured system’ yang dibangunkan di atas tanah seluas 200 hektar milik kerajaan negeri dengan operasi 16 kolam ternakan udang dan siakap yang terbahagi kepada dua fasa.

Projek usaha sama TADC dengan Fenomena Luas Sdn Bhd (FLSB) melalui anak syarikat TRG Aquaculture Sdn Bhd yang menumpukan pasaran produk ke Amerika Syarikat dan Eropah dalam bentuk filet, manakala ikan hidup lebih menjurus kepada pasaran Hong Kong dan Singapura.

Empat peserta PPRT sudah dilantik sebagai peserta program dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM780 sebulan dan penambahan peserta akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut perancangan dan pengoperasian ternakan syarikat.

Aspek pertanian di negeri itu akan lebih cekap dan maju dengan pembinaan Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Hasil Tani di Kampung Telaga Papan, Setiu yang akan menjadi hab masuk dan keluar hasil tani daripada seluruh negeri yang akan melalui proses pembungkusan menepati standard antarabangsa untuk pasaran negara luar dan tempatan.

KAMPUNG FIKRI PUSAT PENGELUARAN UDANG TERENGGANU

SETIU 17 Jun - Terengganu dijangka menjadi pengeluar udang putih terbesar di Pantai Timur dalam tempoh tiga tahun lagi apabila Terengganu Agrotech Development Corp. (TADC) mengusahakan ternakan itu di kawasan seluas 250 hektar di Kampung Fikri dekat sini mulai tahun ini.

Kawasan tersebut bakal dibangunkan dengan kolam ternakan udang putih dari spesies Penaeus Vanname yang kini mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Rozi Mamat berkata, setakat ini sembilan projek perintis dengan beberapa buah kolam yang sedang diusahakan dengan spesies itu memperoleh hasil pengeluaran yang agak memberangsangkan.

Menurutnya, pembesaran projek akuakultur itu secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat terutama kaum nelayan di kawasan berkenaan.

”Buat masa ini kita mempunyai 10 pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada golongan nelayan dari kampung ini,” katanya semasa melawat kolam udang di Kampung Fikri di sini semalam.

Rozi menambah, kejayaan udang putih yang diternak sekarang bukan sahaja dilihat daripada hasil pengeluarannya tetapi spesies tersebut juga mendapat pasaran yang baik berbanding udang harimau.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri mengusahakan ternakan udang harimau di kolam yang sama tetapi hasil pengeluarannya kurang memuaskan selain menghadapi pelbagai masalah lain.

”Namun dengan kejayaan yang kita peroleh melalui kolam seluas 0.4 hektar yang mendapat enam hingga tujuh tan metrik menyebabkan kerajaan yakin memajukan kawasan ini dengan ternakan udang putih,” katanya.

Rozi menambah, projek ternakan udang tersebut mula dilaksanakan sejak tahun lepas di kawasan seluas 25 hektar oleh anak syarikat kerajaan negeri dengan menggunakan teknologi moden.

Katanya, dengan menggunakan kaedah menerusi sistem ‘kuasa air yang tinggi’ akan menjadikan udang putih yang diternak di kawasan itu mendapat pasaran baik selain bermutu tinggi dan berdaya maju.

Untuk pelaksanaan projek itu, termasuk kos pembangunan di kolam berkenaan kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM2 juta.

”Apabila projek ini berjalan dengan lancar kita bukan sahaja menjadi pembekal udang putih yang utama malah kita juga dapat mewujudkan modul latihan kepada anak petani serta nelayan di negeri ini untuk menambah pengetahuan mereka dalam bidang ternakan air.

”Ia juga merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk memajukan tanah terbiar dengan melaksanakan projek ternakan udang yang mampu memberi pulangan yang agak lumayan jika diusahakan secara komersial,” ujarnya.

Kos operasi termasuk benih dan makanan udang bagi kolam seluas sehektar menelan belanja RM50,000 dan memperoleh pendapatan antara RM80,000 hingga RM90,000 semusim.

Khamis, Ogos 28, 2008

Empat Malam Di PCB Kelantan


Di Kelantan, setelah nmelalui perjalanan yang berliku merentasi Lebuhraya Timur-Barat daripada Baling aku berehat dan bermalam di Pantai Cahaya Bulan (PCB) selama empat hari empat malam.

Aku terpaksa berehat panjang kerana tangan kanan aku tiba-tiba sahaja sakit. Mula-mula di rasa kebas-kebas, kemudian tiba-tiba tidak berfungsi untuk membuat pergerakkan. Pergelangan tangan kanan itu macam jadi lumpuh, lembik dan terkulai. Aku terpaksa mencari tukang urut untuk rawatan. Setakat ini OK lah sikit.

MATT NAZRIEE TIBA DI KELANTAN

KOTA BAHARU, 26 Ogos -- Wartawan Matt Nazriee Hassan (tiga, kanan), 41, bergambar bersama kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Biro Kelantan dan orang ramai ketika singgah di pejabat agensi berita itu di sini, hari ini.

Beliau dalam misi penjelajahan diberi nama "Cobraeite Ekspedisi" sebelum ini telahpun sampai ke Pahang, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Matt yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi bernombor pendaftaran BSJ 7057, tiba di bandar ini dari Kedah lewat petang semalam dan dijangka meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu esok.

Anak kelahiran Kuala Nerang, Kedah ini, memulakan penjelajahan dengan hanya bermodalkan RM70.57 di Gombak, Selangor pada 1 Julai lepas. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

Bantuan Di Baitulmal Perlis

Perjalanan yang aku lalui ini bertujuan untuk menyempurnakan kembara arwah ayahanda ku Haji Mohd Hassan Ismail. Pada Usia remajanya, sekitar tahun 1940an, ayahanda ku pernah menjelajah semenanjung denganm berbasikal.

Beliau memulakan perjalanan dari Kuala Nerang, Kedah sehingga ke Singapura dan di Kuala Lumpur, beliau dan seorang lagi rakannya tidak mampu mengayuh lagi untuk kembali ke Kedah. Mereka bertolak balik dengan naik keretapi.

Hasratnya tidak tercapai, jadi aku bertekad menyudahkan impian ayahanda ku dengan mengelilingi semenanjung. Walaupun aku menaiki motosikal tepai beliau berbasikal, tapi aku bermodalkan hanya RM70.57. Difahamkan, beliau bersama rakannya ketika itu hanya bermodalkan RM50 setiap seorang.

Sebagai musafir, dalam perjalanan aku adalah antara yang layak menerima wang zakat dengan status musafir. Bermodalkan RM70.57 untuk mengelilingi semenanjung memang mencabar.

Di Perlis, aku tidak punyai wang lagi. Sudah puas aku cari wakil rakyat untuk dapatkan belas ehsan mereka, tapi semuanya berkampung di Permatang Pauh, bagi membantu kempen pilihan raya kecil di situ.

Akhirnya, pejabat zakat Perlis aku tuju. Di Baitulmal Perlis aku nyatakan hasrat dan tujuan aku yang kesempitan untuk meneruskan perjalanan ekspedisi ini.

Alhamdulillah, mereka faham tujuan aku dan memberikan sumbangan sebanyak RM200. Terima kasih Baitulmal Perlis.

Cobraeite Ekspedisi de Media



Di Kedah, ekspedisi yang aku lakukan ini mendapat liputan meluas dari pihak media. Antara yang memberi ruang ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Harian Metro, Kosmo dan Radio Kedah FM.

Di Kelantan juga begitu, BERNAMA sekali lagi membuat liputan termasuk Kosmo dan Nanyang Siang Pau.

Kedah juga merupakan negeri yang paling banyak aku terima sumbangan daripada penaja dan juga rakan-rakan. Terima kasih kepada Sherry Cafe, Persatuan Peniaga Kecil Daerah Kota Star, Pengasas Kacip Emas Kapten (B) Yusoff Md Saad, Datuk Ariffin Man, Datuk Ghazali Ibrahim, Ketua Pemuda UMNO Padang Terap, Zahir Senapiah, Ramli Motor dan lain-lain lagi


REPORTER TRAVELS AROUND PENINSULAR MALAYSIA WITH ONLY RM70.57

ALOR STAR, Aug 18 (Bernama) -- With only RM70.57, a reporter from a Kuala Lumpur-based newspaper was determined to set a personal record by travelling solo on a high-powered motorcycle throughout Peninsular Malaysia in conjunction with the country's 51st independence anniversary.

Matt Nazriee Hassan, 41, is confident that the expedition named 'Cobraeite Expedition, will come to a finish after he succeeded in travelling almost 6,000km through the Federal Territory, Pahang, Selangor, Perak, Penang, Kedah and Perlis in 46 days.

He said the solo expedition started on July 1 in Gombak where he headed to Pahang with only RM70.57 in his pocket, the number being significant as it is also his motorcyle registration number, BJS7057.

After stopping in Kedah, he will be heading to Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka and Negeri Sembilan to complete his expedition scheduled to end on Sept 16.

"It was hard for me to find the financial resources, but the attitude of Malaysians and their support for the expedition helped me to continue my journey when they gave some financial assistance," he said here today.

Matt Nazriee said the expedition had taught him the meaning of patience and determination in life.

It was proven when the money he brought ran out and he was forced to take up odd jobs at certain destinations. For instance, he helped out at the Elephant Rehabilitation Centre in Kuala Gandah, Pahang to cover the cost of repairing his motorcycle.

"I also helped a businessman deliver goods to some villages in Pahang for three days," he said when met by Bernama, here today.

Besides that, he also experienced camping and spending the night in an area in Selangor where someone was murdered and got to feel the uniqueness of living with an Orang Asli community in a village in Perak.

Matt Nazriee, who was born in Kuala Nerang, Kedah, had always wanted to travel but his busy work got in the way before he decided to take no-pay leave to realise his dream of going on this expedition.

He said he got the idea when he thought of his late father, Mohd Hassan Ismail, who had cycled around then Malaya, including Singapore, but could not continue the journey because he died.

"Father was a religious man and very patriotic. He was willing to cycle during the
independence campaign in those days and I'm impressed with his spirit," he added.

Matt Nazriee plans to record his experiences in a special blog and publish a book on his expedition.

He would also like to prove that Malaysia is peaceful, and economically and politically stable, which allowed him to travel without any disturbance like in other countries.

Matt Nazriee, who has 15 years' experience as a reporter, is grateful that there have been individuals willing to make a contribution for him to carry out his solo expedition.

He said a company producing a health drink, Sherry's Cafe, had donated a hamper and some pocket money, besides a supply of coffee made from tongkat ali, ubi jaga and pegaga for his journey.

Managing director Sharimah Haron said she was proud of Matt Nazriee's willingness to travel around Peninsular Malaysia and campaign for the month of independence.

She also contributed a Jalur Gemilang and placed a Jalur Gemilang sticker on his motorcycle in conjunction with independence day that will be celebrated on Aug 31.

Those who like to make a contribution so that the expedition ends successfully can contact Matt Nazriee at 013-5181512 or visit the 'Cobraeite Ekspedisi' blog at http://cobraeite.blogspot.com. -- BERNAMA

WARTAWAN JELAJAH SEMENANJUNG DENGAN MODAL RM70.57

ALOR STAR, 18 Ogos (Bernama) -- Seorang wartawan sedang menjelajah Semenanjung Malaysia menggunakan motosikal berkuasa tinggi bernombor pendaftaran BSJ 7057 bermodalkan wang dengan angka serupa RM70.57.

Matt Nazriee Hassan, 41, menerusi penjelajahan diberi nama 'Cobraeite Ekspedisi', telahpun sampai ke Pahang, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dengan perjalanan sejauh 6,000 kilometer dalam masa 46 hari.

Ekspedisi solo itu bermula 1 Julai lepas dari Gombak dan beliau kini berada di Kedah. Selepas singgah di Kedah beliau akan ke Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan bagi melengkapkan ekspedisi pada hari pembentukan Malaysia pada 16 Sept.

"Sepanjang perjalanan, saya agak sukar mencari sumber kewangan di tempat orang, namun ada pihak yang menghulurkan sedikit sumbangan " katanya di sini hari ini.

Matt Nazriee berkata ekspedisi itu banyak mengajar beliau erti kesabaran dan kecekalan dalam kehidupan.

Di Pahang, beliau bertugas sebagai sukarelawan selama seminggu di Pusat Pemuliharaan Gajah, Kuala Gandah, di Temerloh, bagi menampung kos memperbaiki motosikalnya yang rosak.

"Saya juga pernah bekerja selama tiga hari membantu seorang peniaga menghantar barangan ke kawasan kampung di sekitar Pahang," katanya.

Beliau berkhemah dan bermalam di satu kawasan orang mati dibunuh di Selangor dan dapat merasai keunikan hidup masyarakat Orang Asli apabila tinggal bersama mereka di sebuah perkampungan di Perak.

Anak kelahiran Kuala Nerang, Kedah, ini sudah lama berazam untuk mengembara tetapi kerana sibuk dengan kerjayanya, rancangan itu tertangguh.

Akhirnya beliau mengambil cuti tanpa gaji untuk merealisasikan impiannya itu.

Katanya, idea ekspedisi itu diilhamkan daripada pencapaian Allahyarham ayahnya Mohd Hassan Ismail yang pernah berbasikal mengelilingi Tanah Melayu termasuk Singapura semasa kempen kemerdekaan ketika dulu.

Beliau bercadang mencatatkan pengalaman dalam laman blognya dan menulis sebuah buku.

"Ekspedisi ini tidak berteraskan keuntungan meterial tetapi lebih kepada minat dan mencari pengalaman di tempat orang selain membantu menjayakan kempen Bulan Kemerdekaan," kata Matt Nazriee.

Sebuah syarikat pengeluar minuman kesihatan memberi sumbangan wang saku serta membekalkan kopi rumusan herba kepada Matt Nazriee untuk tujuan kesegaran.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Matt Nazriee di talian 013-5181512 atau melayari blog 'Cobraeite Ekspedisi' di alamat http://cobraeite.blogspot.com. -- BERNAMA

COBRAEITE TIBA DI KELANTAN

KOTA BAHARU, 26 Ogos -- Wartawan Matt Nazriee Hassan (tiga, kanan), 41, bergambar bersama kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Biro Kelantan dan orang ramai ketika singgah di pejabat agensi berita itu di sini, hari ini.

Beliau dalam misi penjelajahan diberi nama "Cobraeite Ekspedisi" sebelum ini telahpun sampai ke Pahang, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Matt yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi bernombor pendaftaran BSJ 7057, tiba di bandar ini dari Kedah lewat petang semalam dan dijangka meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu esok.

Anak kelahiran Kuala Nerang, Kedah ini, memulakan penjelajahan dengan hanya bermodalkan RM70.57 di Gombak, Selangor pada 1 Julai lepas. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

Jumaat, Ogos 15, 2008

Mengimbau Nostalgia Kedah


Hampir dua tahun tidak menjejak kaki ke negeri kelahiran aku, Kedah, sejak aku bertugas sebagai wartawan di Kuala Lumpur. Ekspedisi ini memberi kesempatan aku singgah di kedah dan nostalgia bertugas dengan BERNAMA selama hampir lapan tahun di Kedah mula terbayang.

Rakan-rakan wartawan aku, masih seperti dulu tidak berubah. Josmani, Fazil, Zaid, Shah dan beberapa rakan lagi masih ada kemesraan. Aku rindu mereka dan juga Kedah.

Aku sempat pulang bermalam di rumah emak di Kuala Nerang. Dia sihat, cuma agak tidak yakin dengan apa yang aku lakukan kini.

Rakan politik yang pernah aku 'tolong' buat liputan dulu ada yang masih tidak melupakan aku. Antaranya, Datuk Ariffin Man. Semasa aku meninggalkan Kedah, Ariffin belum bergelar Datuk. Ketika aku temui dia yang kini bergelar Datuk, perangainya masih sama. Tidak sombong, mudah mesra dan tidak lupa kawan.

Ariffin Man belanja aku keteow goreng di Jalan Sultanah. Sempat bergambar di hadapan motosikal ekspedisi aku selepas kami mahu berpisah. Terima kasih Man Pin.

Selasa, Ogos 12, 2008

Pak Manap Bukit Gantang



PAK MANAP tidak aku kenali sebelum ini, beliau juga tidak mengenali aku secara mendalam sebelumnya. Tapi aku tabik kepada Pak Manap, tanpa banyak soal dan bertanya asal usul aku, beliau terus membenarkan aku bermalam di chaletnya yang terletak di kawasan dusun Bukit Gantang.

Aku tiba di rumahnya, sewaktu Magrib dengan bantuan salah seorang penduduk kampung Abdul Rahim yang aku temui di Hentian Sebelah Bukit Gantang. Aku nyatakan tujuan dan ekspedisi yang aku lakukan kini.

Pak Manap yang peramah orangnya, terus menghubungi anaknya supaya membawa aku bermalam di chaletnya tanpa apa-apa bayaran. Chaletnya sungguh menarik dengan persekitaran dusun buah-buahan berserta deruan anak sungai yang menyegarkan panorama.

Tidak seperti di Lancang, Pahang ketika aku cuba memohon sebagai tenaga sukerelawan di chalet berhampiran Kuala Gandah, aku disoal siasat oleh salah seorang anggota keluarga pemilik chalet itu secara bertubi-tubi, seolah-olah aku cuba memperdayakan dan mengenakan pemilik chalet itu.

Aku cuma bertanya jika dia perlukan tenaga sukarelawan untuk beberapa hari di chalet tersebut, jika tiada tak mengapa. Tapi segala butiran peribadi dan nombor pendaftaran motosikal aku diambil seolah-olah bagaikan aku benar-benar sudah tinggal di situ.

"Jika dia nak tinggal di situ suruh dia bayar," ujar salah seorang lagi anggota keluarga pemilik chalet tersebut.

Begitu sombong dan angkuhnya anggota keluarga pemilik chalet itu.

Tapi Pak Manap tidak begitu, dia begitu meraikan tetamu dan dengan besar hati membenarkan aku menumpang tidur di chaletnya. Mungkin sifatnya yang suka menolong orang, membuatkan Pak Manap lebih mudah.

Pak Manap adalah Pengerusi Bukit Gantang Homestay dan juga pengurus rumah anak-anak yatim di situ.

Terima kasik Pak Manap, budi baik kamu akan aku ingat sampai bila-bila.

BUKIT GANTANG HOMESTAY

Bukit Gantang is historical village surrounded by hills. Its history has prove by far most fascinating.

One place most intresting ia Bukit Gantang Homestay.

"Take in the peaceful kampong scenery and at the same time have a chat with your foster parents over a hot, steaming cup of black coffee on the balcony."
Join this homestay and you will be revived of your childhood days in the kampong. In the evening, take a plunge into the river with the children or you can cycle to the orchards to taste the delectable fruits. Pluck the fruits yourself and sit under the shade to enjoy it.

To while away the evening, you can play 'congkak' (a game played by the womenfolk using pebbles or marbles in holes dug in a block of wood) or play the 'galah panjang' . Take in the peaceful kampong scenery and at the same time have a chat with your foster parents over a hot, steaming cup of black coffee on the balcony. At night, you can join the villagers and listen to the melodious voice of reciters of the 'berzanji' or see people play the 'gendang silat' (a kind of Malay drum).

You can even go fishing by the pond or watch people drying off the tamarind or 'assam keping' under the hot afternoon sun.

Alternatively, go trek up the hill and into the nearby jungle. Watch and be fascinated with the way kampong folks climb up the 'petai' tree. You can also try the various special Malay delicacies, sure to whet your appetite. Or simply take a break from it all and just dip your feet in the nearby hotspring.

To get there here this address, Bukit Gantang Homestay, Pejabat Penyelaras Homestay, Jalan Kuala Kangsar, 34850 Changkat Jering, Perak. You can contact Pak Manap at 019-5439494.

Sabtu, Ogos 09, 2008

8.25 Ekar Untuk Orang Asli



Oleh MATTT NAZRIEE HASSAN

KAMPUNG CHANG, Bidor (9 Ogos 2008): Kerajaan Negeri Perak pada dasarnya bersetuju untuk mengurniakan 8.25 ekar tanah kepada masyarakat Orang asli di negeri Perak, sebagai tanah hak milik tetap mereka.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ngeh Koo Ham berkata dengan adanya tanah milik sendiri dengan ada geran tanahnya, masyarakat Orang Asli boleh mengusahakan tanah itu secara tetap dan mengusahakan hasil pertanian secara komersial.

"Kerajaan Negeri Perak menimbang untuk menganugerahkan tanah seluas 0.25 ekar untuk tapak rumah, dua ekar untuk dusun dan enam ekar untuk tanah pertanian kepada setiap keluarga Orang Asli di negeri ini," katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia peringkat Semenanjung Malaysia di Kampung Chang di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini kebanyakkan Orang Asli tidak memiliki geran tanah sendiri walaupun mereka merupakan penduduk asal di negara ini dan setakat ini hanya 110 geran tanah sahaja yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada penduduk Orang Asli.

Bagaimanapun, Koo Ham berkata, pemberian tanah itu akan dikenakan premiun yang rendah dan tidak membebankan yang dimampu dibayar oleh setiap keluarga Orang Asli.

"Kerajaan Negeri kini sentiasa mengambil berat dan mengutamakan kepentingan masyarakat Orang Asli dalam segala hal dan akan menangani segala masalah mereka terutama terhadap pencerobohan tanah adat mereka di beberapa kawasan," katanya lagi.

Kerajaan negeri, katanya, setakat ini telah merezabkan 370 ekar tanah untuk masyarakat Orang Asli di Gopeng dan sedang berusaha mencari kawasan lain pula untuk Orang Asli di seluruh Perak.

Sementara itu, pengumuman Kerajaan Negeri itu disambut baik oleh masyarakat Orang Asli yang hadir di sambutan Hari Orang Asal Seduania di sini tetapi ianya tidak begitu menyelesakan bagi kepimpinan masyarakat Orang Asli di negeri Perak.

Setiausaha Jaringan Kumpulan Orang Asli Perak (JKOAP), Tijah Yop Chopil berharap masyarakat Orang Asli di sini tidak terlalu menaruh harapan dan bergembira dengan pemberian tanah yang dicadangkan kerajaan negeri itu.

"Pada dasarnya masyarakat Orang Asli hidup dalam kawasan atau negeri yang tersendiri, pemberian tanah itu akan menghadkan pergerakan, budaya dan usaha pertanian di dalam lingkungan sempit dan terhad.

"Pemberian tanah itu lebih bersifat komersial atau perniagaan, bukann itu yang dimahukan oleh masyarakat Orang asli," katanya.

Jsuteru,katanya, hasil perbincangan lanjut dengan Koo Ham, masyarakat Orang Asli diminta menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mewujudkan pemetaan di lingkungan kawasan ataupun negeri masing-masing.

Beliau berkata, pemetaan kawasan itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut bagi menyelesaikan pemberian tanah yang dicadang kerajaan negeri kepada masyarakat Orang Asli. -- Cobra Cobraeite.